2 Januari 2012.. lebih kurang pukul 9 @ 10 malam.. : Tengah sibuk bertungkus-lumus menghabiskan pembacaan yang masih belum lagi habis sebab esoknya 3 Jan 2012 pukul 2.30 ptg akan menghadapi final exam bagi paper Human Resource Management..
Tiba-tiba........
"When U're searching for the light an u see no hope inside......" ringtone handphone ku berbunyi, dan nombor telefon rumahku tertera di skrin. Rasa sangat pelik. tak kan umi call guna telefon rumah, biasanya umi call guna handphone je.. pantasku mengangkat handphoneku, dan kedengaran suara adikku cemas. Lagilah pelik!
Ainun : Kakngah, Abg Hok baru meninggal tadi, arwah naik motor, accident dengan lori. Umi kata mak bagitau hospital tepon kata jenazah arwah tak dituntut kat hospital Kuantan.
Ainun : Sape main-mainnya! Ade ke orang bergurau pasal mati? umi pesan suruh ikut su dgn paksu balik keratong malam ni jugak. Nak tepon orang lain plok ni.. Assalamualaikum.
Saya masih lagi terdiam 1000 bahasa, masih tak percaya.. benarkah berita itu, dan dalam masa yang sama kedengaran suara terkejut makcik ku dari tingkat bawah seperti baru menerima berita itu dari panggilan telefon makcik ku yang berada di Keratong 5. Masa tu baru tersedar itulah kebenaran dan terus ku khabarkan pada adikku di bilik sebelah, dan menelefon kakak ku. Masing-masing terkejut dan rasa macam tak percaya, susah untuk menelan pahitnya kebenaran itu. Malam itu juga semua berangkat ke Felda Keratong 5 untuk menziarahi arwah bagi kali yang terakhir. Namun saya tidak dibenarkan ikut sebab esoknya ada exam. Perasaan ketika itu bercampur-baur, terkejut, rasa macam tak percaya, rasa terkilan sebab tak dapat tengok arwah untuk kali terakhir, sedih, sebak dan macam-macam lagi perasaan. dan masa tu juga terlintas dalam fikiran..
"Ya Allah, arwah muda lagi! lebih tua 2 tahun je dariku! benarlah kematian tak mengenal usia, sihat atau sakit! ya!! arwah tidak demam ataupun sakit-sakit lain sebelum bertolak ke Kuantan! tapi tiba-tiba dapat tahu arwah dah takde! rasa macam kematian tu dekat sangat dengan diri ini.. bila-bila je Allah boleh ambil nyawa ni..!! Ya Allah.. KAU tempatkanlah dia di kalangan hamba-hambaMu yang beriman, serta kalangan hamba-hamba yang KAU redhai.."
Ya!!! Saat itu pasti tiba! Dan setiap insan pasti akan merasainya tanpa mengira tua atau muda, miskin atau kaya..sihat atau sakit..
Kematian!! apakah yang biasa bermain di fikiran kita apabila disebut tentang kematian?
Adakah ini respond kita : -
"arggh..apa laa mati,mati ni..aku lambat lagi laa nak mati. Aku kan muda lagi..haiih.."
atau...
"Aku taknak mati lagi..amal aku masih belum cukup lagi..." [hanya berkata-kata tanpa berbuat sesuatu]
atau..
"Kematian? mati itu adalah pasti.. Namun, amalku masih belum cukup. Aku kena perbaiki diri aku agar bertemu dengan-Nya dalam keadaan yang baik sebab bila-bila masa je DIA boleh jemput aku.." [cuba untuk perbaiki diri dari semasa ke semasa]
Yang mana satu akan terdetik dalam hati kita setiap kali mendengar perkataan kematian?? Tepuk dada, tanyalah iman di hati..
Hakikatnya kematian itu adalah satu kepastian. Satu ketetapan yang telah ditetapkan-Nya tanpa kita semua ketahui bilakah saatnya itu. Kita tahu setiap insan pasti akan menghadapi detik kematian! Namun, kadang-kadang seringkali kita terlupa bahawa kematian itu semakin lama semakin menghampiri kita. Kita terlupa bahawa tidak mustahil sebentar lagi Izrail akan datang menjemput kita.. Ya!! Kita sering terlupa dan terleka!
Diri ini juga seringkali terleka dengan nikmat dunia yang sementara sehingga kadang-kadang terlupa bila-bila masa je Allah boleh ambil balik nyawa, sedangkan kita sering memohon dan berdoa agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah, tapi adakah amalan dan segala perbuatan kita selama ini melayakkan kita untuk mendapatkannya?????
Moga-moga kematian dapat memotivasikan kita untuk mendekatkan diri kepada-Nya dan perbaiki kelemahan diri kita. Jom sama-sama perbaiki diri dan amalan kita..
nota kaki:
1. Semoga roh arwah sepupuku, Ishak bin Sidek dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan diredhai-Nya.. Amin..
2. Moga-moga kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertaubat dan memperbaiki diri kita agar kita dapat melayakkan diri kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah.
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hatiku dengan agamaMu serta ketaatan kepadaMu..
Ku mulakan coretan kali ini dengan ungkapan yang
mulia… Bismillahirrahmanirrahim…
Fuuh….hari ini berpeluang juga untuk “menyapu”
kembali habuk-habuk dan sawang-sawang yang semakin menebal di blog ini..
yelah..dah lama tuan empunya blog tak meng“update” blognya.
Entri kali ini lebih berkisar dan bertujuan untuk menceritakan mengenai
“someone special for me”. Yelaah..dah ramai sangat kawan-kawan yang sibuk
ber“couple”, ber“boyfren” n ber“girlfren”, saya pun nak ceritakanlah juga
tentang “dia” yang special di hati saya. Oopss..adakah anda fikir saya
terpengaruh dengan orang di sekeliling saya?? Anda perlulah membuat
pertimbangan mengenai persoalan ini setelah anda habis membaca cerita tentang
“dia”.
Kenapa saya rasa “dia” sangat special di hati saya?
Sebab..di saat saya sedih, “dia” lah tempat saya untuk mengadu dan ceritakan
segala masalah. “Dia” sentiasa sudi mendengar masalah saya, dia tak pernah rasa
bosan mendengar segala luahan hati saya, malah dia sangat suka ketika saya
meluahkan sesuatu kepadanya, kerana apabila saya luahkan, ceritakan
segala-galanya kepada dia, dia semakin dekat dengan saya. Dia memang pendengar
yang setia.
Apabila saya rasa dekat dengan dia, hati saya
terasa tersangat-sangat tenang hingga lupa sebentar segala masalah yang
berlaku. Sebab, dia juga sentiasa tenangkan hati saya dengan kata-katanya. Dia
sentiasa ingatkan saya apabila saya terlupa melalui surat-surat cintanya.
Kadang-kadang saya rasa sedih kerana tak mampu mencapai apa yang saya inginkan,
tapi di saat itu, walaupun tiada siapa yang memahami suara hati saya, dia
datang kepada saya lalu dihulurkan madah-madah yang tiada siapa pun mampu
mengucapkan sesuatu yang lebih hebat darinya. Dia memang sentiasa memahami
keadaan saya.
Dia sangat sweet.. sebab kadang-kadang dia juga buat
sesuatu yang “surprise” untuk saya. Sebab, kadang-kadang saya minta dia berikan
sesuatu kepada saya, biasanya dia akan berikan apa yang saya minta. Tapi, ada
juga masanya dia tidak berikan sesuatu yang saya inginkan itu pada masa yang
saya inginkan sehingga kadang-kadang saya pernah terasa seolah-olah saya
dipinggirkan sedangkan saya tahu dia tak akan tinggalkan saya, sebab dia pernah
cakap yang dia akan sentiasa dekat dan rapat dengan saya. Tapi, biasalah, saya
juga manusia..kadang-kadang apabila kita tidak dapat apa yang kita perlukan,
kita akan rasa sedih, macam tu juga saya bila saya dia tak bagi apa yang saya
inginkan. Tapi kan..yang sweeetnya dia ni, sebab kadang-kadang dia akan berikan
sesuatu yang lebih “besar” dan lebih “baik” untuk saya, sedangkan saya tak
pernah memintanya, dan apa yang dia berikan kebiasaannya adalah benda yang
benar-benar saya perlukan ketika itu. Kadang-kadang juga dia melambatkan
pemberian itu untuk menguji sejauh mana kesabaran dan perasaan saya terhadap
dia. Adakah saya sentiasa percaya padanya atau tidak. Dia sentiasa memberi
sesuatu yang saya perlu, bukanlah sesuatu yang saya inginkan.
Dia sentiasa ingatkan saya, dia sentiasa menegur
saya, dia sentiasa memberi semangat kepada saya, dia sentiasa memaafkan saya..
Setiap kali saya membuat kesilapan, saya akan memohon maaf kembali kepadanya,
kerana saya tau.. dia terlalu baik dan dia terlalu pemaaf malah tiada siapa
yang dapat menandinginya. Kadang-kadang, bila saya rasa rindu pada dia, saya
akan baca balik surat-surat cinta yang dia beri kepada saya. Dan kadang-kadang di saat itulah saya dapat
rasakan yang saya terlalu banyak buat silap, malah saya rasa sangat hina jika
nak dibandingkan dengan dia.. Sebab kadang-kadang saya terleka, kadang-kadang
saya terlupa nak cari dia ketika saya gembira. Saya biasa cari dia di saat saya
sedih dan berdukacita sahaja.. Sedangkan dia sentiasa membawa berita gembira
dan peringatan kepada saya.. Tapi, dia tak pernah marahkan saya, dia sentiasa
memberikan kemaafan kepada saya walaupun ada ketikanya saya terlupa seketika
padanya.
Sweet kan “dia”?? Saya rasa takde siapa pun yang
lebih hebat dari “dia” kat dunia ni. Ni baru sikit yang saya ceritakan tentang
“dia”, kalau saya ceritakan lebih banyak lagi, mesti semua orang akan terkejut
dan kagum akan “dia”. Tapi, “dia” memanglah yang selayaknya untuk dikagumi.
Tau tak...Saya tak dapat bayangkan jika suatu masa “dia”
menjauh dari saya.. Saya tak nak jauh dari “dia”... Saya sangat perlukan “dia”
untuk menempuhi sepanjang perjalanan hidup saya. Saya perlukan “dia” untuk
terus berjalan tanpa henti..T_T.. Kerana “dia”lah tempat yang selayaknya untuk
saya sandarkan kehidupan saya... Kerana “dia”lah tempat untuk saya mengadu dan
bergantung harap. “Dia”lah yang akan sentiasa memberi panduan dalam hidup saya.
“Dia”lah segala-galanya bagi saya. Kerana DIA lah pencipta saya. DIA lah Allah
SWT...
Cintaku kepada DIA,
Rinduku hanya pada-Nya,
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasih ku kasih yang setia,
pada yang punya......
Wahai Tuhan yang
membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hatiku dengan
agamaMu serta ketaatan kepadaMu..
Nota kaki:
1. rasa sangat malu
pada DIA...
2. DIA tak pernah
lupakan saya..
3. DIA sentiasa
sediakan, berikan serta janjikan yang terbaik buat saya.. walaupun kebiasaannya pada permualaanya saya tidak dapat menilai kenapa DIA berikan sesuatu yang bukan saya inginkan.
4. tapi, saya
seringkali terlalai dengan dunia yang sementara ini.. Allah..ampunkanlah diri
ini..hambaMu ini terlalu lemah..
jumaat,
23122011, 03.00 a.m.
KKSI, USIM,
BANDAR BARU NILAI,
NEGERI
SEMBILAN.
[credit to: Asmad & Zaimah krn memberi ruang kepada sy untuk menulis.. :) ]
Kita sering mengeluh sewaktu kita ditimpa kesusahan.
Kita juga sering merungut apabila perjalanan kita berliku-liku serta dipenuhi dengan onak dan duri,
Kadang-kadang kita terasa letih dan lemah tatkala ada ujian yang menimpa kita,
Kadang-kadang kita terasa penat kerana terlalu banyak melayan kerenah manusia di sekeliling kita,
Kadang-kadang juga kita terasa amat lemah dan tidak berdaya apabila terpaksa menghadapi kegagalan setelah kita benar-benar berusaha,
Di saat itu, terdetik di hati kita : “Ya Allah, kenapa aku terpaksa menghadapi kegagalan ini? Kenapa mesti aku yang terpaksa menghadapinya, sedangkan aku telah berusaha untuk mengecapi kejayaan?”
Di saat itu kita menangis memikirkan kegagalan tersebut,
Di saat itu segala perasaan bercampur baur,
Namun, adakah kita sedar, kita sedang persoalkan qadha’ dan qadar dari Allah?
Dan pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri
Adakah ketika kita ingin menghadapi sesuatu keadaan, kita telah bertawakkal bersungguh-sungguhnya pada DIA?
Pernahkah kita terfikir walaupun kita telah berusaha, tidak mustahil seandainya apa yang dicita itu tidak akan tercapai?
Cuba kita renung sebentar, pernahkah apabila kita mendapat nikmat,
Kita akan merasakan itu adalah hasil daripada penat lelah kita semata,
Sehingga terlupa itu adalah pemberian dari-Nya?
Namun, apabila musibah mendatang,
Kita cepat-cepat mengeluh,
Kita terasa resah,
Kita terasa gelisah hingga terasa seolah-olah ingin rebah,
Sehingga kadang-kadang kita terlupa pada DIA..
Kita terlupa seketika untuk kembali kepada-Nya,
Untuk memohon agar dileraikan segala keluh-kesah,
Agar dileraikan segala kesesakan yang membelenggu diri kita ini,
Serta dikurniakan ketabahan dalam menempuh ujian itu,
Juga disingkapkan segala hikmah di atas ketentuan itu,
Supaya kita cepat-cepat bangkit dari kelalaian kita itu agar kita tidak lupa bahawa hanya pada-Nya segala ketentuan.
Agar kita tidak terlalu “jauh” dengan-Nya.
Sedangkan, di saat kita diuji,
Ketenangan yang dicari itu akan ditemui saat kita cuba mendekati-Nya,
Segala keresahan itu akan digantikan dengan kedamaian serta kelapangan..
Memang benar, ujian yang menimpa itu pedih! pahit! Jerih serta melemahkan! Namun, sudah janji Allah bahawa ujian itu adalah untuk menguji tahap keimanan kita. Kita mahukan perjalanan kita lancar tanpa sebarang halangan, supaya kita lebih mudah tiba di 'destinasi' yang dituju. Itu hanyalah keinginan kita, sedangkan jalan raya juga kadang-kadang terdapat pelbagai halangan, seperti jalan yang rosak serta berlubang, inikan pula perjalanan dalam sebuah kehidupan yang lebih panjang. Sudah tentulah lebih banyak cabaran dan halangannya. Namun, bersungguh-sugguhlah serta bergantunglah sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi halangan serta cabaran iti. Yuk, sama-sama kita bermuhasabah dan 'ikatkan' kembali keyakinan kita pada janji Allah s.w.t. bahawa setiap kesusahan itu akan adanya kesenangan.
Firman Allah yang bermaksud:
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."-(Surah al-Insyirah:5-6)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
" Allah SWT berfirman: ' Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirrinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku di majlis, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka.Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dalam jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak. "
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibn Majah)
betapa kasihnya Allah kepada kita..jom sama-sama kita dekatkan diri kita kepada-Nya.. kerana DIA sentiasa ada bersama kita..
Ku mulakan coretanku pada semester baru ini dengan ucapan Alhamdulillah, kerana hari ini masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk terus mengirup udara yang segar di bumi Allah ini bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang hambaNya yang hina di sisiNya, bagi meneruskan kehidupan sebagai khalifah, sebagai seorang da’ie, seorang anak, seorang pelajar, seorang sahabat yang masih belum selesai menyempurnakan segala tanggungjawab yang telah ditaklifkan di bahu ini.
Semester baru? Ada apa dengan semester baru? Betulkah makin banyak tanggungjawab? Ya, tepat sekali! Memang semakin banyak. Semakin banyak kerja yang perlu dilakukan. Semakin bertambah subjek yang perlu diambil. Semakin banyak amanah yang perlu digalas. Semakin banyak yang perlu disampaikan pada yang lain. Semakin banyak amanah yang perlu digalas. Jadi, semakin bertambah umur semakin bertambahlah tanggungjawab kan? Dan ana baru mendapat satu kerja, satu amanah, satu tanggungjawab extra yang merupakan sebuah hadiah oleh Allah sebagai jalan pintas untuk ke syurga sekiranya ia dipikul dengan seikhlas hati, dengan penuh rasa tanggungjawab dan jika ianya hanyalah kerana Allah.
Ya Allah,
Ikhlaskanlah hati ini dalam melaksanakan segala amanah yang kau letak di bahuku,
kuatkanlah aku untuk terus istiqamah dalam menempuh jalan ini..
apa kata hati?
Muhasabah kembali adakah benar diri ini berjaya mendapatkan ijazah di Universiti Ramadhan yang lalu? Kenapa masih lagi ku ulangi perkara yang sama dengan yang telah ku lakukan sebelum mendaftar di universiti itu? Adakah Ramadhan kali ini masih belum benar-benar mentarbiah diri ini...
Recheck iman, hati,amal.
"Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hatiku di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu"
- Follow Us on Twitter!
- "Join Us on Facebook!
- RSS
Contact