Thursday, January 29, 2009 0 comments

siapakah kita??

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan
kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di
bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan
cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa
Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan
matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas
junjungan Rasulullah s. a. w. Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan
tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia
mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan
kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan
dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan
harta. Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia
pendek sedang akhirat kekal abadi Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan
akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya. Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya
akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang
memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua
ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan
ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada
orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan
akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

:: siapakah kita??sama2 lah kita bermuhasabah diri...Wallahua'lam..::
Tuesday, January 27, 2009 0 comments

Jangan Berhenti Berusaha

Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.
Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali. Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia!

Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'. Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah. Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda. Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular.
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

USAHA KITA : PILIHLAH
Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita.

3) Bantuan Doa
; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa anda boleh bacanya sebagai :

A: Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

B: Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

C: Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

D: Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
QUNUT NAZILAH
Maksudnya :

"Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU." .Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka. Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka. Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman :
Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

8) Boikot
: perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.


:: dipetik drp iLuvislam.com. ::
Monday, January 5, 2009 0 comments

Contohi Peribadi Saidina Ali

Kelahiran bayi pertama di bawah naungan Kaabah telah menggembirakan seluruh kaum arab Quraisy. Seorang insan agung yang menjadi pembela dan aset kepada bangsa, agama dan negaranya. Dialah Saidina Ali bin Abu Talib khalifah ar-rasyidin yang keempat. Di zaman beliaulah negara arab telah menjadi sebuah empayar yang cukup digeruni.

Namun kebangkitan kekuasaan dan pengaruh negara arab ini bukan semata-mata kerana mereka memiliki aset kekayaan hasil bumi atau keuntungan perdagangan, akan tetapi harta yang bukan harta yang dijadikan aset iaitu remaja yang telah berjaya dibangunkan.

Ketokohan Saidina Ali sebagai seorang khalifah sebenarnya telah diasah dan digilap semenjak dari kecilnya. Keberkatan hidup bersama Rasulullah saw dan dididik oleh Baginda sacara langsung telah berjaya membina keperibadian Saidina Ali yang sangat luar biasa. Apabila berada di tengah-tengah masyarakat, ramai yang tertawan hati. Bila berhadapan dengan musuh sangat digeruni.

Beliau adalah kanak-kanak pertama memasuki Islam. Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah swt dan nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya di hadapan Baginda sendiri. Penyaksian dibuat apabila terkesan dengan akhlak Baginda ketika beribadat menyembah Allah swt.

Beliau bertanya kepada Rasulullah saw "wahai saudaraku, upacara apa yang telah engkau lakukan tadi?"
Baginda juga merupakan sepupu beliau.

Baginda menjawab "wahai Ali, aku sedang menyembah Allah swt, Tuhan yang menjadikan aku dan sekalian makhluk, marilah bersamaku mengesakan Tuhan yang sejati ini."

"Izinkan aku bertanya dengan ibu dan ayahku terlebih dahulu." Balas Saidina Ali.
Ketika ini umurnya baru berusia 10 tahun.

Keesokan harinya beliau bertemu kembali Rasulullah saw dan berkata "sedangkan Tuhan yang menjadikan kedua ibu bapaku tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka, jadi apa perlunya aku berbincang dengan mereka sedang Allah swt itu adalah Tuhanku!"

Terperanjat Baginda mendengar jawapan yang dilontarkan oleh seorang budak yang masih kecil tetapi keberaniannya amat luar biasa. Sedangkan di saat itu kaumnya begitu fanatik dengan agama nenek moyang mereka. Menjadikan Latta dan Uzza sabagai tuhan. Pantang besar sesiapa yang berani menghina keyakinan dan keimanan yang dianggap suci ini.

Beliau juga dididik menjadi seorang ilmuan yang mempunyai ilmu mencakupi pelbagai bidang terutamanya ilmu agama, ilmu kehidupan dan peperangan.Selain itu, Saidina Ali sendiri memiliki kemahiran bercakap dan lantang bersuara.Ini sangat membantu beliau untuk berhujah dengan masyarakat arab yang sangat suka perdebatan.
0 comments

Doa Iblis untuk para Malaikat...

DIRIWAYATKAN, bahawa malaikat Israfil a.s telah terbaca catatan di Luh Mahfuz tentang hamba Allah yang telah beramal ibadat kepada Allah Taala selama lapan puluh ribu tahun, tetapi ibadatnya itu titolak dan dia dilaknat oleh Allah S.W.T. Nama hamba Allah itu tidak dijelaskan dalam catatan tersebut. Oleh sebab itu, Israfil terlalu dukacita dan menangis kerana khuatirkan dirinya sendiri yang dimaksudkan dengan hamba Allah tersebut.

Para malaikat bertanya kepada Israfil untuk mengetahui kenapa dia menangis. Lalu Israfil menyatakan apa yang telah dilihatnya (dibacanya) di Luh Mahfuz itu. Para malaikat semuanya turut menangis. Masing-masing khuatir kalau-kalau keadaan yang amat malang itu akan berlaku ke atas diri mereka.

Dalam keadaan berdukacita itu, para malaikat itu tiba-tiba teringat kepada Izazil, hamba Allah yang terkenal dengan doanya yang paling mustajab. Lalu mereka mengambil keputusan untuk pergi meminta pertolongan kawan mereka yang bernama Izazil itu. Secara beramai-ramai mereka pergi menemui Izazil. Kepada Izazil mereka ceritakan masalah yang mereka hadapi itu dan seterusnya memnta Izazil berdoa supaya nasib yang malang itu tidak melibatkan mereka. Izazil pun berdoalan untuk para malaikat itu, tetapi terlupa hendak mendoakan dirinya sendiri.

Sebenarnya, Izazil sendiri pernah melihat satu surat di atas pintu syurga yang mengisahkan tentang seorang hamba Allah, diantara hamba-hamba Allah yang muqarrabin, yang enggan mematuhi satu perintah Allah S.W.T. Lalu Izazil mengutuk hamba Allah yang ingkar itu, selepas memohon keizinan untuk berbuat demikian daripada Allah S.W.T. Maka terlaknatlah hamba Allah itu selama seribu tahun. Tidak disangkanya, bahawa hamba Allah itu ialah dirinya sendiri.

Kedua-dua suratan yang tercatat di Luh Mahfuz dan di atas pintu syurga itu sebenarnya mengenai diri Izazil sendiri, iaitu apabila dia enggan mematuhi perintah Allah S.W.T supaya sujud keapda Adam a.s. Sejak itulah namanya diubah daripada "Izazil" kepada "Iblis". Dan seterusnya, Iblis atau Izazil ditolak dari pintu rahmat Allah S.W.T untuk selama-lamanya.


Wallahu a'lam...
Saturday, January 3, 2009 0 comments

SAHABAT.........


Siapakah sahabat bg kita? Apakah erti sahabat? Adakah orang yang paling rapat dengan kita? Orang yg snggp mndengar kisah suka dan duka kita? Atau org yg bersama dgn kita time kita senang sahaja?Hakikatnya, sahabat adalah org yg sntiasa berada di sisi kita bila kita senang dan susah,bukan sahaja waktu senang,malah juga apabila dalam kesusahan…seandainya kita renungi kisah sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang sentiasa bersama mnyokong p’juangan baginda dalam menegakkan syariat Allah walaupun ditentang hebat oleh golongan musyrikin. Apabila kita renungi kisah semasa Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur ketika hendak berhijrah ke Madinah. Ketika baginda sedang tidur,ada haiwan yg berbisa yg ingin keluar dari satu lubang,tetapi Saidina Abu Bakar menutup lubang tersebut dgn tapak kakinya sehingga terkena bisa haiwan tersebut. Namun begitu, Saidina Abu Bakar cuba menahan kesakitan tersebut kerana tidak mahu mengejutkan Rasulullah yang sedang tidur sehinggalah menitiskan air matanya akibat terlalu sakit menahan bisa tersebut.. seandainya perkara tersebut berlaku terhadap kita dan sahabat kita, adakah kita sanggup melakukan perkara yang sama demi seorang sahabat? Adakah kita sanggup berkorban demi sahabat? Baru-baru ini aku terbaca novel sejarah mengenai sahabat Rasulullah iaitu Tariq bin Ziyad yang merupakan salah seorang sahabat yang berjuang demi menegakkan agama Allah. Setelah tentera Islam memperoleh kemenangan, ramai di antara mereka yg tercedera dan syahid ketika berperang. Ketika itu ada seorang sahabat yang tercedera sedang kehausan tetapi bekalan air yg mereka ada terlalu sedikit. Setelah mendengar sahabat tersebut meminta air, Panglima Tariq bin Ziyad segera memberikan air kepada sahabat tersebut. Dalam masa yg sama, seorang lagi sahabat sedang mengerang kesakitan dan meminta air lalu sahabat tadi meminta Panglima Tariq bin Ziyad memberi minuman kepada sahabat yang ke-2 tersebut dan dalam masa yang sama seorang lagi sahabat sedang kehausan dan meminta diberikan air lalu sahabat yg ke-2 itu td menyuruh panglima mereka memberi kepada sahabat yg ke-3 tersebut. Manakala sahabat yg ke-3 itu menyuruh panglima mereka memberi air tersebut kepada sahabat yg pertama itu tadi. Apabila Panglima Tariq bin Ziyad kembali kpd sahabat yg pertama itu tadi, beliau mendapati sahabat itu telah mati syahid dan beliau pergi pula kepada sahabat yg ke-2,sahabat tersebut juga telah syahid dan begitu juga sahabat yang ke-3. MasyaAllah…begitu hebat pengorbanan seorang sahabat demi sahabatnya walaupun berada di ambang kematian,mereka tetap mendahulukan sahabat mereka daripada diri mereka.. Menitis air mata aku ketika membaca kisah para sahabat kerana pernah diriku terfikir adakah aku sanggup berkorban sebegini rupa demi seorang sahabat?? Dan adakah kita hanya bersama-sama dengan sahabat ketika waktu senang sahaja ataupun di waktu senang dan susah??Sama-samalah kita bermuhasabah terhadap diri kita semua… sesungguhnya kita hanyalah hambaNya yg lemah yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Renung2kanlah… Wallahua’lam…
 
;