Insan Istimewa
saya sayang sangat kat awak!
Sebab tu saya kata sayang awak tau..
semester baru
Bismillahirrahmanirrahim……
Ku mulakan coretanku pada semester baru ini dengan ucapan Alhamdulillah, kerana hari ini masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk terus mengirup udara yang segar di bumi Allah ini bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang hambaNya yang hina di sisiNya, bagi meneruskan kehidupan sebagai khalifah, sebagai seorang da’ie, seorang anak, seorang pelajar, seorang sahabat yang masih belum selesai menyempurnakan segala tanggungjawab yang telah ditaklifkan di bahu ini.
Semester baru? Ada apa dengan semester baru? Betulkah makin banyak tanggungjawab? Ya, tepat sekali! Memang semakin banyak. Semakin banyak kerja yang perlu dilakukan. Semakin bertambah subjek yang perlu diambil. Semakin banyak amanah yang perlu digalas. Semakin banyak yang perlu disampaikan pada yang lain. Semakin banyak amanah yang perlu digalas. Jadi, semakin bertambah umur semakin bertambahlah tanggungjawab kan? Dan ana baru mendapat satu kerja, satu amanah, satu tanggungjawab extra yang merupakan sebuah hadiah oleh Allah sebagai jalan pintas untuk ke syurga sekiranya ia dipikul dengan seikhlas hati, dengan penuh rasa tanggungjawab dan jika ianya hanyalah kerana Allah.
Ya Allah,
Ikhlaskanlah hati ini dalam melaksanakan segala amanah yang kau letak di bahuku,
kuatkanlah aku untuk terus istiqamah dalam menempuh jalan ini..
apa kata hati?
- Muhasabah kembali adakah benar diri ini berjaya mendapatkan ijazah di Universiti Ramadhan yang lalu? Kenapa masih lagi ku ulangi perkara yang sama dengan yang telah ku lakukan sebelum mendaftar di universiti itu? Adakah Ramadhan kali ini masih belum benar-benar mentarbiah diri ini...
- Recheck iman, hati,amal.
# Day 29
بسم الله الرحمن الرحيم
Masa begitu pantas meninggalkan kita. Detik demi detik terasa begitu cepat berlalu, seolah-olah tidak sabar meninggalkan kita semua. Ramadhan juga bakal melabuhkan tirainya untuk memberi laluan kepada takbir kemenangan yang menjadi penanda bahawa Syawal ingin membuka tirainya. Takbir kemenangan dan hadiah ke atas kejayaan kita bermujahadah selama sebulan. Namun begitu, benarkah takbir yang bakal kedengaran itu adalah satu kemenangan? Adakah benar kita telah berjaya menggenggam segulung ijazah di Universiti Ramadhan? Adakah ijazah itu dapat menjadi bekalan sepanjang 11 bulan yang akan datang? Dan adakah setelah perginya Ramadhan, amalan-amalan yang dilakukan selama 1bulan itu akan kita laksanakan
secara berterusan atau hanya dilaksanakan apabila tiba Ramadhan yang akan datang? Persoalannya, adakah kita akan bertemu lagi dengannya pada tahun hadapan? Jika begitu, adakah ini satu petanda kita benar-benar berjaya mendapat ijazah Ramadhan?
Satu analogi:
Seorang pelajar akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan CGPA 4.00 atau anugerah dekan pada setiap semester. Kerana apa? Kerana apabila bergraduasi nanti akan mendapat 1st class degree honour ditambah lagi dengan soft skill yang sangat membanggakan lalu mudah untuk dia mendapatkan kerja yang baik. Dan apabila dia telah bekerja, dia menggunakan sepenuhnya ilmu serta pengalaman yang didapati sepanjang kehidupan di universiti. Hasilnya, telah berjaya menguasai dan menggunakan apa yang dipelajari ketika di universiti dengan sebaiknya sehingga ilmu itu mampu menjadi bekalan kepadanya di alam pekerjaan.
Begitulah yang seharusnya berlaku kepada kita setelah berjaya ber ‘graduate’ di Universiti of Ramadhan, segala amalan yang dilakukan mampu menjadi bekalan sepanjang perjalanan dalam kehidupan yang di tempuh pada 11bulan yang seterusnya.. [credit to Makcik Lah ketika penyampaiannya di UG bersama makcik-makcik dan akhawat Kuala Terengganu dalam pengisian Ihya’ Ramadhan]
Jom Muhasabah.. Cek balik Muttaba’ah Amal kita dan renungkan adakah amal ibadah kita sudah sempurna. Dan adakah amalan-amalan tersebut di terima Allah? Jom perbanyakkan doa agar segala amal ibadah tersebut diterima di sisiNya dan kita akan mendapat keampunan dari Nya.

Ya Allah..
Inilah bulan Ramadhan yang di dalamnya Engkau turunkan Al-Quran
Aku berlindung dengan kekuasaan-Mu yang mulia,
Wahai Pemilik fajar yang terbit dari malam-malamku,
Dan pemilik bulan Ramadhan yang hampir berlalu ini,
Kepada-Mu aku mengadu
Akan kesahanku dan dosaku yang dengannya
ENGKAU akan menyeksaku pada hari perjumpaan dengan-Mu kelak,
Ampunilah aku
Ya Allah..
Janganlah ENGKAU jadikan puasa ini
Sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku,
Seandainya ENGKAU menetapkan sebaliknya,
Maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati,
Bukan yang sia-sia.
Ya Allah..
Jadikanlah puasaku ini
Di dalamnya mendapat pahala serta diterima
Sebagai amalan yang mendatangkan keredhaanMu dan Rasul-Mu.
Ya Allah..
Perbaikilah untukku agamaku,
Yang merupakan penjaga urusanku.
Dan perbaikilah untukku duniaku,
Yang di dalamnya adalah kehidupanku.
Dan perbaikilah untukku akhiratku,
Yang kepadanya aku kembali.
Dan jadikanlah kehidupan ini,
Untukku berbuat kebaikan.
Dan kematian menghentikanku daripada setiap kejahatan.
Ya Allah..
Bebaskanlah aku daripada seksa api neraka,
Dan lapangkanlah untukku rezeki yang halal,
Dan palingkanlah daripadaku
Kefasikan jin dan manusia,
Wahai Zat Yang Hidup dan terus-menerus
Mengurus makhlukNya..
Amin Ya Rabbal ‘Alamin..
Wallahua’lam..
apa kata hati?
- masa yg berlalu terasa begitu pantas.
- rasa sedih dan sayu kerana tetamu yang mulia sudah ingin mengundurkan diri.
- Moga kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan.
- saat untuk meninggalkan bumi penyu semakin hampir, dan akan kembali berjuang di bumi Nilai.
- Alhamdulillah,diberikan kesempatan untuk berukhuwah bersama akhawat di Kuala Terengganu sepanjang cuti ini. walaupun selepas ini masing2 akan bertebaran di tempat masing2, namun kita masih lagi akan bersama di jalan ini dan tetap akan disatukan di bawah kalimah syahadah yang mulia.
- selamat hari raya aidilfitri diucapkan untuk semua,maafkan segala kekhilafan sama ada yang disengaja atau tidak di sengajakan.
Mendamba KasihMu
Tuhan,
Terasa lembutnya belai sayangMU,
Bersama kurnia sekalung hidayah,
Tapi,
Adakalanya terasa membahang kemurkaanMU,
Seiring patahnya sayap mujahadahku,
Tuhan,
Langkahku bagaikan mati,
Mendaki kasihMU nan sayup tinggi,
Namun cintaku bukan palsu,
Biar langkahku ke sana sering terganggu,
Tuhan,
Terlerai sudah ribuan taubatku,
Terungkai bersama semua janjikan yang dulu,
Kataku sering ku mungkiri,
Walau ku tahu cintaMu tak pernah meminggir,
Tuhan,
Walau apa pun, aku masih terus di sini,
Mengemis di dermaga janjiMu yang pasti,
Di sini aku masih mendamba kasihMu,
Kerna ku yakin kasih Mu tak pernah sirna selama-lamanya..
"Mengharap Cinta Sejati,
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang dan kesempatan untukku terus menulis dan berkongsi sedikit input yang dapat ketika daurah bina iman selepas exam hari tu . Sebenarnya ikut planning asal nak post pasal sirah atau sahabat, tapi bila tengok post Kak Hanifah pasal DF di 61:14 rasa nak berkongsi and nak bagi sedikit penambahan melalui pembacaan buku ini sebelum ni..
Suka untuk saya berkongsi satu ayat yang ditulis di bahagian kata pengantar buku ini:
“ Setiap mereka yang melaksanakan DF hendaklah menentukan tempoh masa tertentu untuk dia membawa seorang mad’u ke jalan dakwah. Dia hendaklah berfikir, tekun dan menggunakan sepenuh tenaganya untuk menjayakannya. Dia hendaklah menganggapnya sebagai ujian bagi dirinya.. Kejayaan dakwah fardiah yang dilakukan bermakna dia telah berjaya menambah bilangan pekerja Islam, pembawa panji-panji jihad di jalan Allah, bermakna dakwah dapat disebarkan dengan cepat, bermakna meramaikan bilangan muslimin (betul-betul muslim), dan memperkuatkan kekuatan mereka, bermakna kita telah mara ke hadapan untuk merealisasikan cita-cita muslimin…..” [ kata pengantar dari : Pusat Kajian dan Pelajaran Islam (Majalah Ad- Dakwah) ]
Mungkin kita semua dapat bermuhasabah melalui kata pengantar tersebut bahawa seorang da’ie seharusnya menentukan, menetapkan atau dalam erti kata lain mempunyai target untuk berapa lama tempoh masa yang akan kita gunakan ketika men“DF” kan mad’u kita. Dan jika kita mempunyai target bagi sesuatu perkara, sudah tentu kita akan cuba dengan sedaya upayanya untuk mencapai target tersebut. Sebelum ini saya juga pernah tertanya-tanya adakah kita sepatutnya mempunyai tempoh tertentu bagi melaksanakan DF dan berkesankanh DF kita pada orang yang di“DF”kan itu. Kata-kata di atas turut menyentuh bagaimanakah kejayaan sebenarnya DF itu, iaitu apabila seorang da’ie itu telah berjaya menambahkan bilangan pekerja Islam yang mana maksudnya seorang da’ie itu telah berjaya membina mad’u itu sehingga mereka mendapatkan kefahaman yang sepenuhnya terhadap Islam, malahan turut bersama-sama menyampaikan dakwah kepada orang lain juga.
Dalam buku ini, Mustafa Masyhur membincangkan mengenai 2 aspek iaitu:
1. Uslub dan marhalah DF
2. Keistimewaan DF & ciri-ciri para da’ie yg melaksanakannya.
Dalam post yang sebelum ini kak Hanifah dah berkongsi mengenai 7 marhalah DF, so..saya hanya nak share mengenai Keistimewaan DF& ciri-ciri para da’ie. Antara keistimewaan DF yang disampaikan oleh Mustafa Masyhur dalam buku ini ialah:
1. Mewujudkan ikatan dan hubungan antara da’ie dan mad’u dan ia berbeza berbanding dakwah ‘ammah yang tidak dapat mewujudkan hubungan secara langsung antara da’ie + mad’u.
2. Memberikan pengalaman & pelaksanaanya melakukan dakwah secara praktikal.
3. Bekalkan da’ie: hasil & bekalan untuk melaksanakan tugas dakwah.
4. Mendorong para da’ie menjadi contoh teladan.
5. Memberi kesempatan kepada mad’u bagi meminta penjelasan tentang sesuatu kekeliruan & hapuskan keraguan dlm diri bagi menyempurnakan pembentukan dirinya.
6. Hasil DF mampu mencapai angka yang berlipat ganda dalam masa yang singkat. Mcm MLM
Seterusnya adalah antara ciri-ciri penting buat seorang da’ie:
1. Ikhlaskan niat kerana Allah
2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yg dipikul
3. Laksanakan tugas dengan bijaksana
4. Sikap: ramah mesra, akhlak yang baik, tidak cepat marah....dll
5. Faham cara hidup & budaya mad’u
6. Belajar & faham sirah Rasulullah à jadikan sebagai bekalan. [habiskan RM cepat2 ye!! J]
7. Hafaz Al-Quran à jadikan sebagai dalil dalam kerja dakwah.
8. Setiap perbualan+perbincangan, unsur logik akal dipandukan dengan unsur perasaan untuk membangkitkn unsur perasaan dan kejiwaan.
Wallahua’lam.. Moga-moga menjadi panduan dan bermanfaat untuk kita semua.. J
Berebut dengan ati & muni buku ni sebab tinggal 1 je lagi masa kat“LATIHAN DAKWAH INTERAKTIF” di Masjid Ladang.. Akhirnya, kami mengalah pada ati yang dah nak balik Kemaman, pastu kami pegi cari sendiri kat kedai pakcik Asmadi lepas hbs program.. ^_^
sekarang sedang mencari buku “Tips menjadi Murabbi Success”, and akan beli buku “How to Win Friends and Influence people”

Indahnya Belajar dari Alam
Aku sering memandang ke luar jendela.
Merenung ke langit melihat pokok, bintang, langit yang biru, pokok-pokok yang berdiri tegak dan bintang-bintang yang berkelipan di kala malam.
Malah aku sebenarnya sangat tertarik dengan sebatang pohon di hadapan jendelaku yang kelihatan sangat lebat dan rendang daunnya.
Setiap kali aku memandang keluar jendela, pohon itulah yang sering menambat perhatianku terlebih dahulu.
Dalam hatiku pula, aku sering tertanya-tanya apakah yang dapat aku pelajari dan aku fikirkan daripada alam ciptaan Allah ini.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang ada tanda-tanda bagi orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka'' (3: 190-191)
Suatu hari aku terdengar petikan kata-kata Ustaz Zahazan dalam satu kuliahnya menerusi radio -
"orang beriman umpama pohon yang merendang. Akarnya sangat kuat dan sangat sukar untuk dipatahkan.
Malah akarnya bisa mencengkam ke dasar tanah. Begitulah jua dengan orang beriman.
Keimanannya teguh semata-mata kerana Allah yang Esa.
Daun pohon itu sangat rendang dan lebat umpama orang beriman yang semakin berusia, semakin bertambah pula amal ibadatnya semakin bertambah jua ilmunya.
Pohon itu sangat teguh dan kukuh di situ.
Meskipun kadangkala dahan dan dedaunnya meliuk lintuk dan bergerak dipukul angin kuat, namun pohonnya tetap di situ.
Akarnya yang kuat mampu menahan dirinya daripada tumbang."
Ya! Seperti orang yang beriman, meskipun kadangkala iman itu ada naik dan turunnya, meskipun terkadang hampir ditewaskan dengan pujuk rayu syaitan dan nafsu, namun keimanan yang teguh yang mendasari hati mengatasi segalanya.
Pohon itu tahan diuji dengan panas dan hujan. Malah meskipun disambar petir dan angin yang kencang.
Sepertimana orang yang beriman, meskipun diuji dengan dugaan dan ujian yang sangat berat, namun dia pasrah dan sabar.
Mereka tetap meneruskan hidup dengan senyuman dan tidak pernah mengalah.
Dedaun yang kering dan sudah tua tidak kekal di atasnya.
Ianya akan jatuh ditiup angin atau jatuh sendiri, dan akhirnya menyatu dengan tanah.
Sepertimana orang beriman yang tidak pernah membiarkan dirinya bersalut dosa, sering mencari peluang untuk bertaubat dan menyucikan diri, agar diri termasuk dalam kalangan orang yang diampunkan.
Pohon itu juga menjadi tempat untuk insan berteduh daripada kepanasan, bersandar kerana keletihan.
Tambahan itu, mereka juga dapat berlindung daripada panas dan hujan sepertimana orang beriman yang menjadi pelindung kepada saudaranya yang lain serta membantu saudaranya yang dalam kesusahan di samping membela nasib orang miskin dan anak-anak yatim.
Burung-burung juga sering singgah di dahan pohon tersebut.
Itulah umpamanya orang beriman yang dalam masa yang sama, menjadi penolong agama Allah dengan menyebarkan hidayah dan petunjuk-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang lain yang perlukan bimbingan. Mereka mengajak ke arah kebaikan, menyeru ke jalan yang benar dan mencegah daripada kejahatan.
Namun, pohon itu tetap pohon.
Sebatang pohon yang merupakan makhluk Allah. Dia tidak kekal dan saatnya akan tiba, Pasti ia akan mati jua.
Walau seteguh mana pun ia di situ, aku sedar, saatnya akan tiba di mana aku tidak mampu lagi menyaksikan ianya berdaun lebat dan berdiri kukuh di situ.
Sepertimana orang beriman, tiba masa dan ketika, dirinya tetap kan pergi menghadap Ilahi.
Namun kehilangannya pasti dirasai, jasa dan bakti mereka tetap dalam sanjungan.
Dan akhirnya aku dapat mempelajari sesuatu daripada sebatang pohon yang sering aku pandang selama ini.
Ini mengajarku untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik kepadaNya.
Bukan sekadar untuk dipandang, namun jua untuk dipelajari dan diambil pelajaran daripadanya. Semoga kita semua mampu belajar sesuatu daripada alam yang terbentang luas ini sebelum mata ini terpejam buat selamanya.
Juga, semoga kita bisa meningkatkan keimanan dan amal soleh kepada NYA ,serta termasuk dalam kaum yang memikirkan. Insya Allah.
Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kokoh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat Allah). ( 50:7-8 )




- Follow Us on Twitter!
- "Join Us on Facebook!
- RSS
Contact