Wednesday, December 10, 2008 1 comments

hari raya aidiladha....

Raya haji tahun ni aku beraya d nilai…. Ni laa kali pertama aku beraya di rantauan…nk buat cmne..cti hnye 1hr…hr isnin je..slase dh start lcture..sdeyhh btol…klo ikutkan aku mmg blh nk blk Terengganu..tp..klau aku blk,aku trpkse ponteng kuliah n tutor hr rabu…dh r tym tutor akaun tu kne present…klau bkn sbb kne present ni aku mmg cnfirm blk trengganu… Tp,xpe r merasa jgak aku braye jauh dr family…tp kn..serba xkna je…coz tiap thn aku tlg umi n abah aku bg daging kt org,tgk org smblh lmbu,bkr sate n mcm2 r g…kcuali thn 2003 aku xleh wat sume ni coz tym tu umi n abah aku pergi mngerjakan haji n aku n kakak aku duk kt umah datuk aku…adk2 aku duk kt umah mk sdare aku kt Pahang… mcm mn r agknya suasana ry haji kt umah thn ni ye..ntahlaa…msti len ckit kot cor z thn ni abah aku beraya kt mekkah..skali lg abah dpt jejakkan kaki kt tanah suci…tp kali ni abah hnya pergi sorang coz bnyk pkara yg mnyebabkn umi x p…lgpn abah pegi haji kali ni utk nenekku..niabah haji r..psl ry ni plak…klau iktkn ht ni nk kt sedih tu x de r sedih sgt coz rmai gak mmber aku xblk…yg blk tu hr khmis mlm lg dyorang balik…ms hr sabtu n ahad da xrmai dh kt hostel ku…kdai2 mkn semua tutup..tp kn Alhamdulillah r ade sorang mkcik yg jual mknn kt hostel sblh snggp nk htr mknn kt ktorang…ktorang juz oder n dye htr..hari ahad,7 disember 08,bsamaan 9 zulhijjah ialah hr wuquf d Arafah n dsuntkn pose…ktorng pn puase…ptg tu umi tel…umi tnye aku puase ke x..bgtau wktu2 mstjb doa..ms tu aku hnya rs biase je,xsedih pn sbb x blk..tp tym lps bkak puas 2 ktorang dengar pkcik2 kt surau bwh ni takbir raya…tym tu r br trase sayu sgt braye jauh dr fmly ni…ade gak kwn aku yg mnangis dgr tkbir raye..sayu sgt tym tu n ktorang tgh bmbng cmne r nk p solat sunat raye ms hr ry nnti...alhmdulillah,kitorang ade no te teksi coz msjid jauh…n ktorang blh p solat sunat hr raye yg merupakan sunat muakkad tu.. yg plg ktorang hepi sgt smalam mkcik ni bw mknn utk ktorang yg xblk utk mkn pg…ye r…hr raye..kt mn nk cr mknn…blh r ktorang mkn rmai2…syok gak r…xtau r mcm mn nk ckp…hanya Allah je yg mmpu bls jasa mkcik ni kt ktorang… Ptg tu plak..2org housemate kwn aku dtg bw ketupat,rendang,lemang utk kitorang…2 bradik kmbar tu blk hstel skjap smate2 nk htr mknn kt housemate nye…ssh nk jumpe org mcm ni…Alhamdulillah,ktorang x blk braye pn xde mslh bab mknn ni,xyah r mkn maggi hari2..Mmg kitorang bersyukur sgt2 sbb dpt dtemukan dgn insan2 yg baik ht mcm ni…
Monday, November 24, 2008 0 comments

JEJAKA KACAK DI DALAM SEBUAH HADITH

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan
Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang
mana syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan
keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.
Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan
pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang
meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata: "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan
meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:
"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat." "Janganlah engkau bimbang. Selepas
pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi"
Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.
Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa
berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.
Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.
Wallahu 'Alam...
"Ya Allah, janganlah Engkau gelincirkan hati kami setelah Engkau beri hidayah kepada kami, dan berikanlah kepada kami daripada sisiMu Ya ALLAH rahmat kasih sayang yang banyak. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang boleh memberi segala-galanya."" (HR An-Nasa
Friday, November 14, 2008 0 comments

Ilmu Dari Seekor Anjing

Suatu hari, Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba ekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut pakaiannya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas.
Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, "Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci hatta dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci."
Abu Yazid berkata, "Wahai anjing,kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika."
"Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun," jawab anjing itu.
Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: " Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya'? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui pekara-perkara yang kecil."


.:: Subhanallah....sungguh besar kekuasaan Allah Yang Maha Agung...sedarkah kita betapa banyak nya dosa di dalam hati kita yang selama ini kita sendiri tidak sedar...Wallahua'lam....
Wednesday, November 12, 2008 0 comments

Wasiat Imam Syafie....

Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu imam As-Syafi'e rahimahullah

1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata
2. Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.
3. Imam Syafi'e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur, maka beliau menjawab : Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah
4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan
5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demekian.
6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya
7. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir
8. Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya
9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain
10. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.
11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya
12. Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil )
13. Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ihklas dengan ilmu
14. Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi
15. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui
Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar
16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu
17. Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu
18. Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah lembut
19.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka sebenarnya dia telah berbohong
20. Sekalipun seseorang itu bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah
Tidak mengetahui seseorang tentang riya’ ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas
21. Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki
22. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya
23. Terlalu mengharapkan kelebihan dunia merupakan azab Allah kepada ahli tauhid ( beragama )
0 comments

.:: BloG oH BloG ::.



setelah sekian lame diri ini asyik baca blog org,
terpikir jugak bile r aku pn nk ade blog...
akhrnye terbuka jgak hati ini untuk membuat blog ini....
 
;