Tuesday, December 22, 2009 0 comments

INGATLAH...

APABILA KITA DIUJI, INGATLAH....

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut: 2-3

APABILA KITA TAK DAPAT APA YG KITA IDAM-IDAMKAN?INGATLAH...


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah:216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI? INGATLAH..


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah :286

APABILA RASA FRUST?KECEWA? INGATLAH...


"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran :139

BAGAIMANA HARUS KITA MENGHADAPINYA?


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah:45

APA YANG KITA DAPAT DRPD SEMUA INI?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah:111

KEPADA SIAPA KITA BERHARAP? INGATLAH...


Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".
-Surah At-Taubah:129


PUTUS ASA??? INGATLAH...


"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf :87

moga2 kta semua dapat jadikannya sebagai pedoman sepanjang hidup kita dalam menempuhi liku-liku hidup yang penuh cabaran dan dugaan ini.......

wallahua'lam


0 comments

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

Source: BicaraMuslim.com
Saturday, December 19, 2009 0 comments

SALAM MAAL HIJRAH 1431..

Selamat menyambut maal hijrah buat seluruh umat Islam di dunia ini. Semoga dengan kedatangan tahun baru Islam ini,kita semua tanamkan azam baru dalam diri kita agar lebih baik dari tahun sebelum ini. Tapi, sebelum tu…sama-sama lah kita muhasabah diri kita adakah telah tercapai semua yang diazamkan sebelum ini? Kalau masih belum tercapai, kenal pasti dulu segala kelemahan yang membuatkan azam kita tidak tercapai agar tidak berulang kembali kerana
“ …..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri mengubah nasib mereka……” 13:11
Di sini kita dapat memahami bahawa untuk berubah atau untuk melakukan sesuatu, kita sebagai umat Islam tidak boleh semata-semata bertawakkal kepada Allah tanpa sebarang usaha sebaliknya kita seharusnya berusaha terlebih dahulu sebelum bertawakkal. Akhir kata, Salam Maal Hijrah 1431.. Semoga hari ini kita lebih baik dari semalam dan Esok pasti lebih baik dari hari ini… Wallahua’lam…
Wednesday, December 9, 2009 0 comments

Berakhirnya LSP....

Alhamdulillah…tepat jam 5ptg semalam berakhir jua ELSP&ALSP yang berlangsung selama 8hari. Dapat juga aku menjalaninya dengan sempurna walaupun pada mulanya hatiku ini agak tidak bersemangat untuk mengikuti program ni. Yelaa..tym cuti..hati sentiasa teringat kat rumah. Tapi, aku sedar..program ini adalah demi kebaikan kami juga sebagai pelajar dalam usaha meningkatkan kemahiran dalam penguasaan bahasa arab dan bahasa inggeris. Setelah sedar akan kepentingannya, aku cuba untuk ikhlaskan hatiku ini untuk mengikutinya. Alhamdulillah, banyak tips-tips yang bermanfaat yang telah ku perolehi sepanjang program ini terutamanya tips-tips untuk meng`improve’ kan skill bagi muet. InsyaAllah..akan ku cuba mempraktikkan tips-tips yang diberikan oleh Mr. Hairol Azmy dalam MUET nanti…Thanks so much sir…Tidak kurang juga buat ustzh Siti Nur Aminah yang sabar melayani kerenah kami semua dari kumpulan31…Jazakillahu khaira kathiran, ustazah atas tunjuk ajar ustazah selama 4hari ini..

P/S: Alhamdulillah…Pkl9 malam ni boleh pulang ke rumah…(^_^)
 
;