Saturday, May 29, 2010 3 comments

Teka-teki Imam Ghazali

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

benarlah jawapan-jawapan yang diberi oleh Imam Ghazali benda yang paling dekat dengan kita adalah mati. Semakin bertambah umur kita, semakin dekat detik kematian itu menghampiri dengan kita. cuma kita sebagai manusia tidak tahu waktu,tempat, serta keadaan kita ketika itu.. Adakah dalam keimanan? InsyaAllah, semoga kita tergolong dengan golongan yang mendapat pengakhiran yang baik ataupun husnul khotimah iaitu, orang yang pergi dalam keimanan..

masa lalu pula paling jauh dengan kita kerana apabila masa itu berlalu, ia tidak akan kembali lagi. oleh sebab itu, kita sebagai umat Islam seharusnya lebih baik dari semalam, esok pula lebih baik dari hari ini. benda yang paling besar pula adalah nafsu kerana disebabkan nafsu juga lah kita melakukan pelbagai perkara yang boleh mengheret kita ke arah jahanam. contohnya disebabkan nafsu, berlakunya maksiat, disebabkan nafsu juga berlakunya pembaziran dan sebagainya.

perkara yang paling ringan pula ialah meninggalkan solat. kita boleh lihat umat Islam kini terutamanya anak-anak muda, apabila kita membuat survey di sekolah-sekolah, siapa yang pernah tinggalkan solat, kebanyakan antara mereka mengakui yang mereka tidak tunaikan solat. bukan itu sahaja, golongan yang telah bekerja juga begitu, mereka hanya sibuk mengejar urusan dunia sehingga lupa tujuan mereka diciptakan diatas muka bumi ini .

perkara yang paling berat pula adalah menanggung amanah. sekarang kita dapat lihat banyak penyelewangan yang berlaku dalam kalangan para pekerja dan lebih menyedihkan berlaku di kalangan umat Islam sendiri. dahlah amanah sebagai khalifah di muka bumi ini tak dipikul dengan baik, amanah mereka sebagai pekerja, sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan kewangan orang lain dan sebagainya juga tak dipikul dengan baik.. kenapa jadi begini? sedangkan mereka tau perkara tersebut merupakan satu kesalahan..

dan yang terakhir adalah benda yang paling tajam.. iaitu lidah..lidah manusia memang sangat tajam kerana dengan lidah boleh mmecah belahkan suasana yang harmoni, mengadu domba, menfitnah, berbohong dan sebagainya. sebab itulah di akhirat kelak seluruh anggota badan akan menjadi saksi atas perbuatan kita kecuali lidah..

Wallahua'lam..


Thursday, May 20, 2010 0 comments

Imtihan dunia & Imtihan Akhirat

Alhamdulillah, 7 Mei yang lalu merupakan hari terakhir ku menduduki peperiksaan akhir bagi semester 2, tahun 1. Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus mengulangkaji semua matapelajaran, dapat juga menjawab semua soalan sekadar yang ku termampu. Malam sebelum hari peperiksaan biasanya aku dengan housemate ku membaca balik nota-nota yang telah ku buat atau bertanya-tanyakan soalan tanpa melihat buku serta baca dan jawab semula soalan-soalan dari kertas-kertas peperiksaan yang lepas. Dan memang aku bersyukur sangat-sangat sebab kebanyakan soalan-soalan yang ditanya dalam peperiksaan akhir tersebut kebanyakannya telah ku jawab sebelumnya dan Allah permudahkan ku untuk menjawabnya. Terfikir juga sebelum ni, macam manalah kalau aku tak mampu nak menjawab soalan-soalan ni?? Tapi, di saat ku dihantui dengan persoalan ini, aku diingatkan oleh seorang sahabat mengenai sepotong Kata-Kata dariNYA: “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu, sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka” (Surah Ar-Ra’d) dan ku masih ingat lagi kata-kata nya,

“ kat dalam Al-Quran pun Allah dan janji kat kita kalau kita nak ubah nasib kita contohnya kalau kita nak berjaya, kita yang patut berusaha, bukannya kejayaan itu datang dengan sendirinya, yang penting kita usaha, lepas kita dah usaha semaksimum mungkin tu pulak, janganlah kita yakin dengan usaha kita tu dah terlalu banyak, lepas tu dah lupa diri, dah tak ingat nak mohon petunjuk dari Allah. Walau apa pun yang kita buat, jangan lupa minta petunjuk dan pertolongan kepada Allah. Iyelah, kita sendiri tak tau macam mana keadaan kita bila menghadapi peperiksaan. Allah boleh buat apa je kat kita untuk uji kita, boleh jadi je time kite nk jawab exam, tiba-tiba je kita blur..dah tak ingat ape-ape, walaupun kita dah ingat betul-betul sebelum masuk dewan periksa tu. Jadi, kita ni sebagai hamba Allah ni jangan sombong nak berdoa dengan Allah. Sebab Allah dah sebut “ berdoalah kepada KU, nescaya akan KU perkenankan.” Berpeganglah pada kata-kata ni, tapi kalau kita tak dapat apa yang kita nak, janganlah kita cepat putus asa, tapi kita patut bersyukur dengan ape yang kita dapat sebab kalau kita sentiasa bersyukur, InsyaAllah, Allah akan tambah lagi nikmat pada kita. Tapi, ni bukan bermakna kita kena cepat puas hati dengan apa yang kita dapat, kita kena pastikan apa yang kita buat hari ini lebih baik dari semalam, esok pula lebih baik daripada hari ini. Kita kena bersangka baik pada Allah, kalau kita tak dapat ape yang kita nak sekarang, mungkin Allah dan janji sesuatu yang lebih baik akan datang. Kalau bukan kat atas dunia ni, insyaAllah kat akhirat nanti..”


Begitulah panjang lebar ingatan sahabatku ini pada diri yang lemah ini.. Alhamdulillah, ku bersyukur mendapat seorang sahabat yang sentiasa mengingatkanku kepada Allah dalam setiap keadaan. Dan sentiasa menenangkan ku dengan ayat-ayat cinta dariNYA walaupun berjauhan denganku.


Sekarang ni pulak, aku sedang mengikuti semester pendek. Belum sempat nak bercuti lepas final exam, dah kena sambung ‘short sem’ dan ‘elsp&alsp3’ pulak. Tapi, kenalah ikhlaskan hati untuk menuntut ilmu ni. Iyalah, kita sebagai umat Islam wajib menuntut ilmu dan kita pun dituntut menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Kadang-kadang terasa juga diri ini dah jadi macam robot. Setiap hari isnin hingga hari khamis kena pergi kelas pukul8,lepas tu balik pulak pukul2 @ 5. Perbuatan yang sama je setiap hari. Apa beza kita dengan robot?? Hmm..fikir-fikirkanlah.. kita sebagai manusia ada tugas,tujuan dan matlamat dalam hidup ini. Kita ditugaskan sebagai khalifah kat muka bumi ini, tujuan dan matlamat hidup kita adalah nak mencapai keredhaan Allah. itulah bezanya kita dengan robot. Robot tak tahu tujuan dan matlamat hidup dia, hanya mengulangi perbuatan yang sama je sehinggalah dah tak dapat digunakan.


Semalam ada seorang sahabat bertanya pada ku:

“ Su, enti dah prepare ke untuk shortsem ni? Prepare untuk belajar, ulangkaji sebelum masuk kelas? Dah start ke? Preparation untuk exam bagi sem ni? Dah dapat dah past year punye final exam paper..?” aduh..terkedu aku mendengar persoalannya. Tak dapat ku nafikan, soalan-soalan past year bagi aqidah islam dan fiqh ibadah&munakahat telah siap ku download 9set soalan untuk setiap subjek. Tapi, belum lagi start lagi untuk mengulangkaji pelajaran. Tak sangka pula akan ditanya soalan macam ni.. lepas ku beritahu keadaanku ini barulah ku faham mengapa dia bertanya begitu.. Dia kata : “ Alhamdulillah,sekurang-kurangnya enti dah ada sedikit persediaan untuk menghadapinya. Tapi, kan.. enti pernah tak terfikir,kita semua memang selalu buat persediaan untuk imtihan kat dunia ni dengan bersungguh-sungguh kan, walaupun kita tak tahu apa yang bakal ditanya semasa exam nanti. Tapi imtihan kat akhirat nanti kita dah cukup ke persediaanya ye? Walaupun soalan-soalan yang bakal ditanya di akhirat nanti dah lama terbocor dan mungkin bagi kita soalan-soalan tersebut terlalu simple untuk kita jawab kan. Tapi, di saat pesoalan-persoalan itu ditanyakan, hanya amalan lah yang dapat menentukan sama ada kita mampu menjawab dengan mudah ujian di akhirat kita itu kelak atau tidak. Bersediakah kita nak menghadapi ujian terakhir kita itu agar dapat lulus dengan cemerlang?? Mampukah kita?? Adakah amalan-amalan kita selama ini dapat membantu kita di dalam imtihan di akhirat kelak??” begitulah antara persoalan yang ditimbulkan oleh sahabatku ini yang menyebabkan ku bermuhasabah kembali diri ini. Terima kasih sahabatku kerana mengingatkan ku. Benarlah katanya, adakah kita dah cukup bersedia untuk menghadapi kematian? Teringat sepotong kata-kata yang mengatakan “dunia ini ibarat ladang tanaman di mana merupakan tempat untuk kita bercucuk tanam, manakala akhirat nanti tempat kita menuai hasil-hasil tanaman kita..” jadi sebagai manusia kita seharusnya berusaha untuk mendapatkan natijah yang baik dengan membuat amal-amal kebaikan di dunia ini sebagai persediaan kita di akhirat kelak. Dunia ini juga merupakan tempat untuk kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah. Persoalannya, adakah kita dah cukup bersedia untuk menghadapi hari pembalasan kelak? Wallahua’alam.. tepuk dada tanyalah iman.

Dunia tempat kita menyemai,

Akhirat nanti tempat kita menuai,

Beribadahlah seolah-olah kita akan mati esok hari,

Kerana itulah matlamat kita dijadikan di dunia,

Namun, bekerjalah seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi,

Demi kecemerlangan diri dan pewaris generasi nanti,

Taburlah sebanyak-banyak bakti kepada insan,

Kerana ganjaran kebaikan,

Penuh kemanisan...


Wallahua’alam..

 
;