Ku mulakan coretan kali ini dengan ungkapan yang
mulia… Bismillahirrahmanirrahim…
Fuuh….hari ini berpeluang juga untuk “menyapu”
kembali habuk-habuk dan sawang-sawang yang semakin menebal di blog ini..
yelah..dah lama tuan empunya blog tak meng“update” blognya.
Entri kali ini lebih berkisar dan bertujuan untuk menceritakan mengenai “someone special for me”. Yelaah..dah ramai sangat kawan-kawan yang sibuk ber“couple”, ber“boyfren” n ber“girlfren”, saya pun nak ceritakanlah juga tentang “dia” yang special di hati saya. Oopss..adakah anda fikir saya terpengaruh dengan orang di sekeliling saya?? Anda perlulah membuat pertimbangan mengenai persoalan ini setelah anda habis membaca cerita tentang “dia”.
Entri kali ini lebih berkisar dan bertujuan untuk menceritakan mengenai “someone special for me”. Yelaah..dah ramai sangat kawan-kawan yang sibuk ber“couple”, ber“boyfren” n ber“girlfren”, saya pun nak ceritakanlah juga tentang “dia” yang special di hati saya. Oopss..adakah anda fikir saya terpengaruh dengan orang di sekeliling saya?? Anda perlulah membuat pertimbangan mengenai persoalan ini setelah anda habis membaca cerita tentang “dia”.
Apabila saya rasa dekat dengan dia, hati saya
terasa tersangat-sangat tenang hingga lupa sebentar segala masalah yang
berlaku. Sebab, dia juga sentiasa tenangkan hati saya dengan kata-katanya. Dia
sentiasa ingatkan saya apabila saya terlupa melalui surat-surat cintanya.
Kadang-kadang saya rasa sedih kerana tak mampu mencapai apa yang saya inginkan,
tapi di saat itu, walaupun tiada siapa yang memahami suara hati saya, dia
datang kepada saya lalu dihulurkan madah-madah yang tiada siapa pun mampu
mengucapkan sesuatu yang lebih hebat darinya. Dia memang sentiasa memahami
keadaan saya.
Dia sangat sweet.. sebab kadang-kadang dia juga buat
sesuatu yang “surprise” untuk saya. Sebab, kadang-kadang saya minta dia berikan
sesuatu kepada saya, biasanya dia akan berikan apa yang saya minta. Tapi, ada
juga masanya dia tidak berikan sesuatu yang saya inginkan itu pada masa yang
saya inginkan sehingga kadang-kadang saya pernah terasa seolah-olah saya
dipinggirkan sedangkan saya tahu dia tak akan tinggalkan saya, sebab dia pernah
cakap yang dia akan sentiasa dekat dan rapat dengan saya. Tapi, biasalah, saya
juga manusia..kadang-kadang apabila kita tidak dapat apa yang kita perlukan,
kita akan rasa sedih, macam tu juga saya bila saya dia tak bagi apa yang saya
inginkan. Tapi kan..yang sweeetnya dia ni, sebab kadang-kadang dia akan berikan
sesuatu yang lebih “besar” dan lebih “baik” untuk saya, sedangkan saya tak
pernah memintanya, dan apa yang dia berikan kebiasaannya adalah benda yang
benar-benar saya perlukan ketika itu. Kadang-kadang juga dia melambatkan
pemberian itu untuk menguji sejauh mana kesabaran dan perasaan saya terhadap
dia. Adakah saya sentiasa percaya padanya atau tidak. Dia sentiasa memberi
sesuatu yang saya perlu, bukanlah sesuatu yang saya inginkan.
Dia sentiasa ingatkan saya, dia sentiasa menegur
saya, dia sentiasa memberi semangat kepada saya, dia sentiasa memaafkan saya..
Setiap kali saya membuat kesilapan, saya akan memohon maaf kembali kepadanya,
kerana saya tau.. dia terlalu baik dan dia terlalu pemaaf malah tiada siapa
yang dapat menandinginya. Kadang-kadang, bila saya rasa rindu pada dia, saya
akan baca balik surat-surat cinta yang dia beri kepada saya. Dan kadang-kadang di saat itulah saya dapat
rasakan yang saya terlalu banyak buat silap, malah saya rasa sangat hina jika
nak dibandingkan dengan dia.. Sebab kadang-kadang saya terleka, kadang-kadang
saya terlupa nak cari dia ketika saya gembira. Saya biasa cari dia di saat saya
sedih dan berdukacita sahaja.. Sedangkan dia sentiasa membawa berita gembira
dan peringatan kepada saya.. Tapi, dia tak pernah marahkan saya, dia sentiasa
memberikan kemaafan kepada saya walaupun ada ketikanya saya terlupa seketika
padanya.
Sweet kan “dia”?? Saya rasa takde siapa pun yang
lebih hebat dari “dia” kat dunia ni. Ni baru sikit yang saya ceritakan tentang
“dia”, kalau saya ceritakan lebih banyak lagi, mesti semua orang akan terkejut
dan kagum akan “dia”. Tapi, “dia” memanglah yang selayaknya untuk dikagumi.
Tau tak...Saya tak dapat bayangkan jika suatu masa “dia”
menjauh dari saya.. Saya tak nak jauh dari “dia”... Saya sangat perlukan “dia”
untuk menempuhi sepanjang perjalanan hidup saya. Saya perlukan “dia” untuk
terus berjalan tanpa henti..T_T.. Kerana “dia”lah tempat yang selayaknya untuk
saya sandarkan kehidupan saya... Kerana “dia”lah tempat untuk saya mengadu dan
bergantung harap. “Dia”lah yang akan sentiasa memberi panduan dalam hidup saya.
“Dia”lah segala-galanya bagi saya. Kerana DIA lah pencipta saya. DIA lah Allah
SWT...
Cintaku kepada DIA,
Rinduku hanya pada-Nya,
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasih ku kasih yang setia,
pada yang punya......
Wahai Tuhan yang
membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hatiku dengan
agamaMu serta ketaatan kepadaMu..
Nota kaki:
1. rasa sangat malu
pada DIA...
2. DIA tak pernah
lupakan saya..
3. DIA sentiasa
sediakan, berikan serta janjikan yang terbaik buat saya.. walaupun kebiasaannya pada permualaanya saya tidak dapat menilai kenapa DIA berikan sesuatu yang bukan saya inginkan.
4. tapi, saya
seringkali terlalai dengan dunia yang sementara ini.. Allah..ampunkanlah diri
ini..hambaMu ini terlalu lemah..
jumaat,
23122011, 03.00 a.m.
KKSI, USIM,
BANDAR BARU NILAI,
NEGERI
SEMBILAN.
[credit to: Asmad & Zaimah krn memberi ruang kepada sy untuk menulis.. :) ]



0 comments:
Post a Comment