Kita sering mengeluh sewaktu kita ditimpa kesusahan.
Kita juga sering merungut apabila perjalanan kita berliku-liku serta dipenuhi dengan onak dan duri,
Kadang-kadang kita terasa letih dan lemah tatkala ada ujian yang menimpa kita,
Kadang-kadang kita terasa penat kerana terlalu banyak melayan kerenah manusia di sekeliling kita,
Kadang-kadang juga kita terasa amat lemah dan tidak berdaya apabila terpaksa menghadapi kegagalan setelah kita benar-benar berusaha,
Di saat itu, terdetik di hati kita : “Ya Allah, kenapa aku terpaksa menghadapi kegagalan ini? Kenapa mesti aku yang terpaksa menghadapinya, sedangkan aku telah berusaha untuk mengecapi kejayaan?”
Di saat itu kita menangis memikirkan kegagalan tersebut,
Di saat itu segala perasaan bercampur baur,
Namun, adakah kita sedar, kita sedang persoalkan qadha’ dan qadar dari Allah?
Dan pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri
Adakah ketika kita ingin menghadapi sesuatu keadaan, kita telah bertawakkal bersungguh-sungguhnya pada DIA?
Pernahkah kita terfikir walaupun kita telah berusaha, tidak mustahil seandainya apa yang dicita itu tidak akan tercapai?
Cuba kita renung sebentar, pernahkah apabila kita mendapat nikmat,
Kita akan merasakan itu adalah hasil daripada penat lelah kita semata,
Sehingga terlupa itu adalah pemberian dari-Nya?

Namun, apabila musibah mendatang,
Kita cepat-cepat mengeluh,
Kita terasa resah,
Kita terasa gelisah hingga terasa seolah-olah ingin rebah,
Sehingga kadang-kadang kita terlupa pada DIA..
Kita terlupa seketika untuk kembali kepada-Nya,
Untuk memohon agar dileraikan segala keluh-kesah,
Agar dileraikan segala kesesakan yang membelenggu diri kita ini,
Serta dikurniakan ketabahan dalam menempuh ujian itu,
Juga disingkapkan segala hikmah di atas ketentuan itu,
Supaya kita cepat-cepat bangkit dari kelalaian kita itu agar kita tidak lupa bahawa hanya pada-Nya segala ketentuan.
Agar kita tidak terlalu “jauh” dengan-Nya.
Sedangkan, di saat kita diuji,
Ketenangan yang dicari itu akan ditemui saat kita cuba mendekati-Nya,
Segala keresahan itu akan digantikan dengan kedamaian serta kelapangan..
Memang benar, ujian yang menimpa itu pedih! pahit! Jerih serta melemahkan! Namun, sudah janji Allah bahawa ujian itu adalah untuk menguji tahap keimanan kita. Kita mahukan perjalanan kita lancar tanpa sebarang halangan, supaya kita lebih mudah tiba di 'destinasi' yang dituju. Itu hanyalah keinginan kita, sedangkan jalan raya juga kadang-kadang terdapat pelbagai halangan, seperti jalan yang rosak serta berlubang, inikan pula perjalanan dalam sebuah kehidupan yang lebih panjang. Sudah tentulah lebih banyak cabaran dan halangannya. Namun, bersungguh-sugguhlah serta bergantunglah sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi halangan serta cabaran iti. Yuk, sama-sama kita bermuhasabah dan 'ikatkan' kembali keyakinan kita pada janji Allah s.w.t. bahawa setiap kesusahan itu akan adanya kesenangan.
Firman Allah yang bermaksud:
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."-(Surah al-Insyirah:5-6)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
" Allah SWT berfirman: ' Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirrinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku di majlis, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka.Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dalam jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak. "
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibn Majah)
betapa kasihnya Allah kepada kita..jom sama-sama kita dekatkan diri kita kepada-Nya.. kerana DIA sentiasa ada bersama kita..


2 comments:
" dan Dia sebaik-baik pelindung.."
~ sharing is caring..(^_~) ~
--> peRmaTa_ aGamA : yup..btol 2, DIA sebaik-baik pelindung.. ^_^
Post a Comment