Tuesday, December 21, 2010 2 comments

Terbiasa @ Terlupa @ Sengaja????



Mungkin kerana kita telah terbiasa,
Seringkali apabila pen terlepas dari genggaman,
Ucapan "ooppss..." mendahului ucapan "ALLAH..".

Tatkala perut yang lapar sudah kenyang diisi,
Ucapan "huh..kenyangnya.." mengatasi ucap
an "ALHAMDULILLAH.."
Bila diri terpegun dengan keindahan alam,
"SUBHANALLAH!!!" tertutup dengan "wah..cantiknya!!!"

Ada masanya berita kematian berkunjung tiba'
" Kesiannya..." terucap jua...
Kerana kita terlupa mengucapkan
"INNALILLAHIWAINNA ILAIHI
ROJI'UN.."

Kadangkala kita terlupa,
Ada kalanya juga kita sengaja,
Dan mungkin juga kerana dah terbiasa,

Namun...
Walaupun kita sering terlupa,
Sengaja..
Suka atau terbiasa,
Berhati-
hatilah..
Agar...
Di saat Izarail datang menjemput kita,
Ucapan "LAILAHA ILLALLAH"
Tetap menjadi juara di saat itu...

AMIN...

Wallahua'lam...



0 comments

ISLAM SEBAGAI SOLUSI ATAU PUNCA KEGANASAN?

Dua dekad kebelakangan ini, konsep 'Keganasan Islam' (Islamic Terror) menjadi topik perbincangan yang hangat. Selepas serangan 11 September yang menjadikan ribuan orang yang tidak bersalah di New York dan Washington sebagai sasaran, konsep ini bangkit semula menjadi agenda antarabangsa.

Sebagai seorang Islam, kita setentunya mengutuk perbuatan ini dan merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Amerika.

Tulisan ini akan menekankan bahawa Islam bukanlah punca kepada segala keganasan malah keganasan tidak ada tempatnya di dalam Islam. Sungguhpun perampas kapal terbang itu disyaki sebagai seorang Islam tetapi itu tidak bermakna jenayah yang dilakukan itu dilabelkan sebagai 'Keganasan Islam'. Begitu juga tidaklah dinamakan 'Keganasan Yahudi' jika penjenayah itu adalah penganut Yahudi serta bukanlah 'Keganasan Kristian' walaupun penjenayah itu Kristian.

Ini kerana, membunuh orang yang tidak berdosa atas nama agama adalah salah sama sekali. Seperti yang sedia maklum bahawa mereka yang terbunuh di Washington atau New York merupakan orang yang beriman dengan Jesus (Kristian), Nabi Musa (Yahudi) dan orang Islam. Menurut Islam, membunuh orang yang tidak bersalah menjadi satu kesalahan yang besar dan azab neraka adalah paling layak baginya kecuali diampunkan Allah. Justeru, adalah mustahil orang yang beriman terjebak dalam perkara yang tidak diredhai ini.

Apa yang jelas ialah penjenayah-penjenayah itu sebenarnya telah merosakkan nama agama sendiri. Mereka sebenarnya telah menyebabkan sesebuah agama itu dipandang jahat di mata orang dan telah menanam rasa kebencian kepada mereka yang soleh. Akibatnya, setiap serangan yang dikatakan mewakili 'agama' sebenarnya secara tidak langsung 'memerangi' agama mereka sendiri.
Kesemua tiga agama samawi menganjurkan kasih sayang, belas dan keamanan. Keganasan jelas amat kontra dengan agama kerana ia ganas, sadis, sengsara dan menumpahkan darah. Oleh hal yang demikian, ketika menyelidiki latar belakang seorang pengganas itu mestilah diperiksa kepercayaannya bukan agamanya. Orang yang berlatarbelakang fascist, communist, racist atau materialist merupakan antara yang berpotensi menjadi penjenayah. Nama atau identiti pemetik picu tidaklah penting kerana jika mereka boleh membunuh orang yang tidak bersalah dengan memejam mata, itu tidak patut dilabelkan sebagai seorang yang beragama tetapi layak yang sebaliknya. Mereka menyerang tanpa rasa takut kepada tuhan kerana gila untuk menumpahkan darah dan melakukan kerosakan.

Berdasarkan itulah, 'Keganasan Islam' amat tidak cocok dengan ajaran Islam. Lebih-lebih lagi Islam tidak bersetuju langsung dengan keganasan malah mencegah keganasan dengan menganjurkan keamanan dan kesejahteraan ke serata alam.

Al-Quran Menganjurkan Kebaikan, Keadilan dan Keamanan

Jika dikaji dengan terperinci dapat disimpulkan bahawa keganasan itu dilakukan seseorang bagi mengejar target dalam agenda politiknya. Dalam erti kata lain, mangsa keganasan bukanlah sasaran utama tetapi yang sebenarnya ditujukan kepada pihak lain. Perbuatan keji yang dilakukan Hitler dan Stalin menjadi contoh yang tepat dan sememangnya bertentangan dengan moral keadilan manusia.

Al-Quran diturunkan untuk memandu manusia menurut kebenaran dan Allah memerintah hamba-Nya supaya mengadaptasikan akhlak dalam kehidupan. Akhlak yang merangkumi cinta, belas kasihan, toleransi, dan keamanan boleh diamalkan ke seluruh dunia:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keamanan (Islam) secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.(Surah al-Baqarah: 208)

Ajaran dari Al-Quran yang diimani orang Islam bukan sahaja menjadi panduan hidup mereka tetapi sesuai juga untuk bukan Islam kerana isi kandungannya mencakupi keadilan, memelihara orang yang memerlukan dan bersalah serta mencegah dari segala kerosakan. Allah juga berfirman, "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (Surah al-Qasas: 77)

Membunuh seseorang tanpa sebab yang diterima merupakan salah satu contoh kerosakan. Allah mengulangi di dalam Al-Quran seperti yang pernah diungkapkan kepada Yahudi di dalam Old Testament:

Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak di antara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam membuat kerosakan di muka bumi. (Surah al-Maidah: 32)

Jelas diperkatakan bahawa membunuh seseorang kecuali jika orang itu membuat kekacauan di muka bumi adalah satu jenayah yang diibaratkan seperti membunuh manusia seluruh alam. Begitu juga dengan kes yang membunuh manusia beramai-ramai dengan cara serangan membunuh diri (suicide attacks) juga terlibat sekali. Allah memberitahu kita akan balasan di akhirat bagi mereka yang sekejam ini:

Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. (Surah ash-Shura: 42)

Justeru, bagaimana boleh timbul satu tema 'Keganasan Islam'? Dari apa yang dijelaskan adalah mustahil jika dikaitkan Islam dengan keganasan. Apa yang jelas di sini ialah punca keganasan bukanlah dari agama tetapi dari faktor fenomena sosial.

Tentera Salib: Manusia Tidak Bertamadun Yang Menginjak Agamanya Sendiri

Isi kandungan agama yang benar atau sistem kepercayaan adakalanya boleh diseleweng oleh penganutnya yang palsu (pseudo-adherents). Contoh yang tepat boleh dilihat ketika zaman kegelapan dalam sejarah Kristian yang diputarbelitkan oleh tentera perang salib.

Tentera salib yang terdiri dari penganut Kristian Eropah yang bermatlamat untuk menjajah Holy Land (Palestin) dari tangan orang Islam di akhir abad ke-11 sebenarnya dikatakan berjuang atas nama agama. Tetapi mereka telah memanipulasi pengikutnya dengan memasuki tanah itu dengan keganasan dan kekejaman. Orang ramai yang tidak bersalah menjadi mangsa pembunuhan dan banyak kampung dan kota diceroboh.

Jerusalem yang menjadi kediaman orang Islam, Yahudi dan Kristian di bawah pentadbiran Islam yang aman telah bertukar menjadi medan pertumpahan darah yang amat dahsyat. Kekejaman mereka tidak berhenti setakat itu sahaja malah kota Istanbul yang merupakan kota Kristian juga diceroboh dan habis emas permata dicuri dari gereja-gereja.

Tanpa disangkal bahawa keganasan ini amat bertentangan dengan ajaran Kristian kerana agama Kristian yang dimaksudkan Bible ialah 'Gospel of Love'. Di dalamnya menurut Matthew, Jesus mengatakan, "Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu" kepada penganutnya (Matthew, 5/44). Menurut Luke pula, Jesus mengungkapkan "Jika seseorang memukul pipi kamu, balaslah dengan cara yang lain" (Luke, 6/29). Di dalam bahagian New Testament pula tidak ada langsung rujukan yang melegitimasi keganasan.

Yang menjadi persoalan ialah jika Kristian adalah agama yang berteraskan kasih sayang, bagaimana boleh terjadi peristiwa berdarah yang dilakukan tentera salib? Punca utama berlaku sedemikian ialah kerana tentera salib itu dibentuk dari mereka yang jahil tentang agama, yang tidak pernah membaca atau melihat Bible sepanjang hayat atau mereka yang tidak menghayati ajaran yang terkandung di dalam Bible.

Mereka dihimpunkan menjadi tentera salib di bawah slogan "God wills it".

Mengikut sejarah, pada zaman itu kehidupan penganut Kristian di Timur lebih bertamadun jika dibandingkan dengan Kristian di Barat. Cuma selepas peristiwa berdarah itulah barulah Kristian Ortodoks mengambil pendekatan untuk hidup bersama orang Islam. Menurut Terry Johns, pengulas BBC, dengan berakhirnya perang salib di timur tengah 'telah mewujudkan kehidupan bertamadun dengan gabungan tiga agama di bawah satu bumbung keamanan'. Nyata bahawa tentera salib itu bukanlah penganut sejati Kristian tetapi mereka terdiri dari orang yang jahil dalam segala ilmu lalu dipergunakan untuk menjayakan sesuatu ideologi walaupun tidak wujud langsung sebarang kepentingan ideologi itu dalam agama. Kekejaman Khmer Rouge di Kemboja menjadi contoh kerana terpengaruh dengan ideologi komunis yang cenderung kepada keganasan. Sebabnya juga kerana mereka terdiri dari orang yang jahil. Mereka yang jahil ini sebenarnya keliru dengan tujuan keganasan yang kononnya digunakan untuk membanteras keganasan (atau untuk agama).

Sifat Orang Badwi di dalam Al-Quran

Pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) wujud dua bentuk penempatan di tanah Arab iaitu penduduk kota dan badwi (gurun Arab). Mereka yang tinggal di kota banyak terdedah dengan dunia luar dan kehidupan mereka lebih bertamadun. Kehidupan mereka penuh dengan nilai-nilai murni selain membudayakan hidup dengan kesusasteraan terutamanya puisi. Berbeza dengan mereka yang mendiami di gurun yang hidup berpindah randah (nomad) dengan nilai kebudayaan yang carca merba. Kesenian dan kesusasteraan langsung tidak dipedulikan menyebabkan mereka membangun tanpa nilai murni dan sifat yang luhur.

Islam yang mula berkembang di Mekah merupakan kota yang penting di semenanjung Arab. Justeru, ramailah yang memeluk Islam dan penduduk di gurun juga tidak ketinggalan memeluknya. Setelah itu timbul masalah kerana penghuni gurun ini mundur dari segi kebudayaan dan intelektual yang menghalang mereka memahami dan mendalami Islam sepenuh jiwa. Allah menyatakan hal ini di dalam Al-Quran:

Orang-orang Arab Badwi itu, lebih banyak kekafiran dan kemunafikannya, dan lebih wajar tidak mengetahui hukum-hukum yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah at-Taubah: 97)

Nyatalah bahawa orang badwi itu merupakan kumpulan yang terdiri dari orang yang kufur yang munafiq serta cenderung untuk mengengkari perintah tuhan. Di dalam zaman nabi sendiri orang-orang sebegini menjadi petulang di dalam dunia Islam. Contohnya seperti golongan 'Kharijiyyah' yang jelas bersifat luar tatasusila kerana mereka merupakan kelompok yang keluar dan memberontak dari golongan Syiah.

Golongan fanatik, liar dan ekstrem ini mendakwa diri mereka Islam walaupun tidak memahami Islam sepenuhnya selain menyeleweng isi

Al-Quran untuk memerangi orang Islam sendiri. Saidina Ali yang merupakan sahabat paling rapat dengan nabi sehingga diiktiraf 'pintu segala ilmu' juga dibunuh angkara aktiviti ganas golongan kharijiyyah ini.

Telah terbukti bahawa tentera salib mengganas setelah ajaran Kristian diseleweng dan disalahtafsirkan, begitu juga dengan puak-puak yang mengkhianat Islam semata-mata untuk menghalalkan keganasan. Apa yang sama antara tentera salib dan orang badwi ini ialah mereka jahil, tidak faham, kurang didikan, liar dan terpencil dari umum. Keganasan yang dilakukan mereka berpunca dari struktur sosial bukannya agama yang menuntut melakukannya.

Hari ini, dunia Barat telah menyalahertikan fungsi organisasi atau pertubuhan Islam di seluruh dunia. Bagi mereka semua organisasi atau pertubuhan itu merupakan pendukung kepada kegiatan keganasan. Persepsi ini perlu diubah walaupun terdapat badan pengadilan yang boleh membuktikan kesahihan dakwaan itu. Yang penting ialah langkah jangka masa panjang perlu dirangka supaya dapat menyelesaikan permasalahan ini.

Dunia Barat terutamanya Amerika yang mempunyai kuasa majoriti di dunia tidak patut mempergunakan kuasa itu untuk memerangi Islam atau orang Islam tetapi sebaik-baik dipergunakan untuk memberi khidmat bagi menyantuni keperluan dunia Islam. Teori 'benturan peradaban' (clash of civilization) yang menjadi doktrin bermula 90an ini sewajarnya dilenyapkan.

Dalam masa yang sama, umat Islam diseru bersatu bagi menyebarluaskan maklumat tentang Islam yang menganjurkan kasih sayang, persaudaraan, keamanan dan kesejahteraan. Sebarang informasi yang salah boleh menimbulkan perbalahan dan menyemai semangat radikal. Selain itu, umat Islam seharusnya menonjolkan akhlak-akhlak mulia yang ditonjolkan Al-Quran.

Dari penjelasan di atas dapat difahami bahawa punca keganasan ialah kesempitan fikiran dan setentunya pendidikan merupakan jalan keluar baginya. Orang yang kesal dengan keganasan dan yang mengatakan keganasan hanya menghancurkan dan merosakkan Islam dan seluruh masyarakat seharusnya mengambil inisiatif untuk mencari alternatif mendidik masyarakat bagi membendung keganasan.

Harapan semua orang supaya dapat menyelamatkan dunia dari segala keganasan, huru-hara dan kekejaman patut diberi perhatian.

Amerika Syarikat yang didominasi oleh populasi Kristian yang mendakwa negaranya 'a nation under God' sebenarnya mempunyai perkaitan rapat dengan orang Islam. Allah juga mengatakan penganut Kristian sebagai"...paling dekat persabahatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". (Surah al-Maidah: 82).

Dalam sejarah, orang yang jahil (tentera salib dan orang badwi) sebenarnya tidak memahami fakta sebenar sehingga menimbulkan perbalahan antara dua agama yang besar ini. Supaya kejadian ini tidak berulang, penganut Kristian dan Islam sepatutnya duduk semeja untuk saling bekerjasama. Duduk semeja bukan untuk mencari siapa salah tetapi bermusyawarah menghasilkan penyelesai masalah agar tidaklah lagi agama dikaitkan dengan sebarang keganasan. Susu sebelanga akan dibuang sekiranya dimasuki walau hanya setitik nila!

Aug 10, 2005

sumber: harunyahya.com

Friday, December 10, 2010 0 comments

Daerah Ini by Algebra

Hari ini ana rasa mcm nk b'kongsi lirik lagu yang jadi lagu tema utk S.O.S ( Shift OurSelves) yang bertempat di DF..Lagu ni memang best..bila ianya dihayati, lagi best..

Tajuk: Daerah Ini
Munsyid: Algebra

Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

Di daerah ini, biarlah aku..



Monday, November 8, 2010 1 comments

Imtihan????


Setelah sekian lama tidak meng'update' blog.. akhirnya, t'gerak jugak hati supaya jari-jari ini menekan keyboard lptop dan ditambah dengan desakan dr beberapa orang sahabat especially nye nadhirah untuk update blog ni.. n xmau jgk dinobatkan sbg org yg juz update blog every sem..kak yan yg faham... ^_^> (maaf, ayat agak b'terabur)

Hr ni nk ckp pasal imtihan ckit.. .Imtihan ni ape ye sebenarnye? Ujian? Peperiksaan? lebih kurang same lah mksudnye.. 2-3 hr ni sy menerima beberapa mesej yang kebanyakannya mengucapkan 'gud luck', 'semoga berjaya dalam peperiksaan yang bakal menjelma.', 'smoga tersenarai dalam pelajar yang mendapat dean's list sem nnti' dan mcm2 lagi. Pernah tak kita terfikir kenapa semua orang berharap sangat untuk mendapat kejayaan dalam setiap peperiksaan? Untuk senang dapat kerja ble da grad nanti ke? untuk orang hormat kita ke? untuk senang nak apply scholarship? iyelaa..sbb kan matlamat hidup kita ni nak berjaya kat dalam kehidupan,gembirakan hati mak ayah yang hantar kita belajar jauh2, nk dpt 4flat,dean's list, kerja yang profesional..Ermm..itulah kebanyakan jawapan yang saya dengar daripada kebanyakan orang yang pernah saya tanyakan soalan ini.

Tapi, hanya segelintir sahaja yang menjawab bahawa kejayaan di dalam imtihan dan kejayaan di dalam kehidupan adalah salah satu perintah daripada Allah. Eh?? iye ke Allah suruh kite berjaya? Betul ke Allah suruh kita dapat 4flat? fikir-fikirkan kembali..bahawa

"mu'min yang kuat lebih dicintai dan disayangi oleh Allah daripada mu'min yang lemah "

Hadis diatas adalah mutiara bagi orang yang celik hatinya dan ingin mengambil pengajaran daripadanya. Hakikatnya yang jelas menggambarkan model kehidupan orang mu’min yang amat menakjubkan. Apabila Rasulullah menyatakan bahawa orang mu’min yang kuat adalah lebih dicintai oleh Allah, maka pada ketika itu orang mu’min dituntut untuk bersungguh-sungguh menjadi jaguh atau juara dalam segenap bidang kehidupannya.

Kefahaman yang jelas terhadap hadis diatas akan membentuk peribadi muslim yang seimbang dunia dan akhiratnya seperti yang digambarkan dalam satu lagi komponen hadis tersebut:


“Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa le
mah”

Sifat berlumba-lumba, bersungguh-sungguh untuk mengejar kebaikan disamping sentiasa memohon pertolongan dari Allah akan membentuk peribadi muslim yang menakjubkan, seperti yang digambarkan dalam satu lagi hadis :

"Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: Yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyu

kur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)

jadi, sekiranya kita faham potongan hadis di atas, kita sebagai mu'min mestilah berlumba-lumba untuk mengejar kebaikan @ mencapai kejayaan. Bukankah kejayaan juga merupakan sesuatu kebaikan?? tapi, untuk mendapatkan kejayaan kita mestilah mempunyai persediaan. Teringat satu analogi yang dibawa oleh Makcik Shakirah semasa I'dad Imtihan tentang sebuah kereta. Iaitu kalau kita nk gerakkan kereta itu, apa yang kita perlu lakukan? Hmm.. tym 2 bnyk r jwpn yg diberikan. Antaranya:

- start engine, turunkan handbrake,tekan minyak,isi minyak, cek air ke ade ke x, dan mcm2 lagi jawapan yang diberi.

Jawapan yang diberikan itu makcik bahagikan kepada persediaan dari segi dalaman(isi minyak,cek air) dan luaran (start engine, tekan minyak,...) . Begitulah juga kita sebagai manusia, kita perlukan persediaan dari segi dalaman dan luaran. So, apa lagi?? jom bersama-sama mengejar kejayaan..!!!





Tapi, dalam usaha kita mengejar kejayaan dalam hidup ini, kita tak boleh lupakan tujuan dan matlamat sebenar kita hidup di dunia ini. Dan kita perlu ingat bahawa kejayaan kita di dalam hidup ini adalah merupakan salah satu alat untuk mendapatkan kejayaan di akhirat kelak. Dan setelah kita berusaha semaksimum mungkin, janganlah pula kita lupa untuk bertawakkal kepada Allah kerana mungkin ada sesetengah orang yang merasakan mereka telah banyak berusaha, so, sudah tentu mereka akan berjaya. Kita perlu ingat, bahawa ilmu itu adalah milik Allah, sekelip mata sahaja Allah boleh menarik hak milikNya daripada kita. Jadi, jangan lupa pergantungan yang sepenuhnya kepada Allah setelah kita berusaha. Moga- moga kita dipermudahkan oleh Allah dalam semua perkara.






p/s: nadhirah...akak da update blog...special 4 nadhirah ni..hehe.. ^_^
smoga kita sm2 berjaya dalam kehidupan untuk dapatkan kejayaan di akhirat..
Amin...





Sunday, October 10, 2010 0 comments

Hadiah Ukhuwah

Berfirman Allah Ta’ala dalam surah Al-Hujrat ayat 10 :-


﴿إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُواْ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُواْ اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ﴾

Yang bermaksud: Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu yang bertelagah itu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu peroleh rahmat.



Saudaraku,

Ukhuwah itu menjana bahagia,

Biarpun dengan linangan air mata,

Kerana ukhuwah itu dibina,

Atas asas iman kepada Allah Yang Maha Esa,

Iaitu Pencipta kita,

Sumber kebahagiaan kita,

Dan tempat pergantungan kita.

DIA yang lebih menyayangi kita,

Lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri.

Dengan ukhuwah,

Kita diikat erat dengan aqidah yang sama,

Disegarkan dengan kefahaman:

Siapa hamba?

Siapa Pencipta?

Dan disuburkan juga,

Dengan perjuangan untuk hidup dan mati,

Dengan penuh makna.



Saudaraku,

Serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada,

Dan setinggi-tinggi ukhuwah adalah ithar,

Iaitu mengutamakan orang lain dari diri sendiri.



Justeru,

Bukan semua kemesraan adalah ukhuwah,

Kerana bukan semua kemesraan dibina atas dasar iman,

Hanya jiwa yang disegarkan dengan iman,

Bisa membentuk manusia,

Yang sanggup berlapang dada,

Dan mengutamakan orang lain.


Bersyukurlah saudaraku dengan hadiah ukhuwah ini,

Sesungguhnya ia adalah anugerah!

اَلْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِيْ اَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِنَا فَاَصْبَحْنَا بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً.

Segala puji bagi Allah yang telah mempertautkan hati-hati kami,

Maka dengan nikmatNya,

Jadilah kami bersaudara.

Semoga kita selalu mengingati hadith 13:

عَنْ أَبِيْ حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّم عَنِ النَّبِيِّ صلِّى الله عليه وسلَّم قال: لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبّ لِأَخِيْهِ كمَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. [ رواه البخاري ومسلم]

Seseorang diantara kamu tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

(Bukhari&Muslim)


Bukankah nikmat yang paling kita harapkan,

Untuk diri kita adalah redhaNya?

Maka itu jualah yang diharapkan untukmu,

Wahai saudaraku.


Saudaraku,

“ Sesungguhnya seorang muslim itu,

Apabila dia berjalan di jalan dakwah,

Dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,

Malah dibawa bersama hati saudaranya,

Justeru,

Setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya,

Pasti akan terbias,

Untuk saudara seperjuangannya.”

-Mustafa Masyhur-


Kerana nikmat yang paling kita harapkan,

Untuk diri kita ialah nikmat hidup dan mati,

Dalam iman kepadaNYA..

Maka itu jualah yang kita harapkan,

Untuk sahabat-sahabat kita.


Saudaraku,

Orang-orang yang hidup di bawah,

Naungan cinta dan ukhuwah kerana Allah,

Akan merasa kebahagiaan,

Dan ketenangan yang tak pernah dirasa,

Oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan duniawi..

Kerana asasnya indah,

Justeru hadiahnya juga indah!

Malah Allah telah menjanjikan,

Syurga dan naunganNya,

Untuk mereka yang bertemu dan berpisah keranaNya!!

Hanya keranaNya!!


Justeru saudaraku,

Jika kita tidak bertemu lagi selepas ini,

Semoga Allah pertemukan lagi,

Kita di Syurga nanti!!!

Amiin!!

Friday, September 17, 2010 0 comments

Puasa Enam Syawal

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Hikmah Dari Segi Kesihatan

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.

Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Konsisten

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Puasa Enam dan Puasa Ganti

Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu.

Ini adalah kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.

Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.

Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.

Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid.

Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT.

Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.

from: iluvislam.com
 
;