Saturday, January 16, 2016 0 comments

Kau. Aku.


Teringat satu ketika dahulu,
Kau dan aku pernah berpimpin tangan,
Beriringan melangkah menuju satu arah yang sama,
Berganding bahu dalam menggalas amanah bersama,
Bahu membahu di kala aku dan kau sedang lemah,
Saling bersandar di kala kau dan aku ingin hilangkan lelah seketika,
Saling mendengar tatkala ada sesuatu yang kau dan aku perlukan nasihat,

Kau dan aku pernah berjanji,
Pernah ungkapkan,
Ukhuwah yang terbina ini tak akan terputus,
Walau sejauh mana kita terpisah,
Walau sejarak mana kau dan aku berada,
Kita akan terus tetap bersama,
Hubungan kita tidak pernah akan terputus,
Kerana pada waktu itu,
Kau dan aku yakin,
Bilamana hubungan antara kau dan aku,
Diikat dengan rasa cinta kerana-Nya,
Pasti akan tidak akan terputus,
Ia pasti akan berterusan,
Ya!! aku dan kau terus yakin dengannya!

Kini..
Kau dan aku dipisahkan,
Kau di sana dan aku di sini,
Namun aku tetap yakin,
Bahawa ukhuwah kita masih akan tetap utuh,
Kau dan aku masih lagi berhubung walau terpisah,

Namun saat ini,
Tiada lagi kiriman khabar berita darimu untukku,
Mungkin kau sedang sibuk berjuang dengan amanahmu di sana,
Namun bisikan hatiku sering tertanya-tanya...
Adakah kau di sana masih mengingatiku?
Adakah namaku masih lagi diseru dalam doa rabithah mu?
Atau kau sudah melupakan ku di sini?

Aku sering mengintai-intai dirimu dari jauh,
Masihkah ada tanda-tanda kau masih mengingatiku?
Aku menunggu, dan terus menunggu,
Aku menyepi dan kau pun menyepi,
Aku dan kau tidak berhubung lagi seperti dahulu,

Di saat itu aku tertanya-tanya,
Adakah janji kita dahulu,
Hanya sekadar ungkapan di bibir?
Tiada langsung berbekas di hati?
Ya... Ukhuwahku di sini sedang diuji..

Waktu itu aku terlupa,
Bahawa Ukhuwahfillah itu tidak bermakna,
Kau dan aku perlu berhubung setiap masa,
Bukan juga bergantung kepada kekerapan kita berjumpa,
Bukan juga bergantung kepada bilakah kali terakhir kita bertukar cerita.

Namun...
Ukhuwahfillah itu,
Apabila aku dan kau benar-benar berkasih sayang dan cinta kerana Allah,
Apabila aku sering menyebut-nyebut namamu di dalam doaku,
Apabila kau dan aku saling berbaik sangka di kala berbagai persoalan yang datang

Andai aku sedang meragui adakah kau telah lupakan aku,
Aku sendiri perlu lihat pada diri ku adakah aku masih mengingatimu,
Adakah nama mu masih kuseru dalam doa rabithahku?
Andai aku menginginkan dirimu bertanya khabarku,
Aku sendiri perlu memulainya

Andai ukhuwah kita diuji lagi,
Jangan lupa periksalah hati kita,
Periksa iman kita,
Periksa amal kita,
Mungkin kerana itu ukhuwah kita diuji.
Jangan lupa memohon kepada Yang Maha Memelihara,
Agar hati kau dan aku terus dipelihara oleh-Nya.
Agar amal kau dan aku akan terus berterusan,
Agar kita bisa bertemu kelak,
Andai tidak bisa ketemu di dunia,
Moga kau dan aku,
Bisa bertemu dan berpimpin tangan kembali di Syurga kelak.

Allah,
Tolong jagakan dia, dia, dia dan dia untuk ku..

Buat Sahabat.

16.01.16.
Gong Badak, Kuala Terengganu.




"Bila dua diri mencintai Ilahi,
Bergabunglah jiwa, bersatulah hati,
Dua jiwa satu cinta,
Dua jasad satu matlamat,
Bila cinta kerana Allah,
Berpisahnya tidak gelisah,
Bila rindunya kerana Yang Satu,
Bertemunya pasti tak jemu,
Ukhuwah itu indah,
Bertemu dan berpisah kerana Allah.."


 Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati, 
Tetapkanlah hatiku dengan agamaMu serta ketaatan kepadaMu...

Wednesday, December 23, 2015 0 comments

cintaku itu hanyalah cinta PALSU??

Bismillahirrahmanirrahim..setelah lama tidak bertemu di alam maya, Alhamdulillah diberi juga kesempatan untuk menulis hari ini..




My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers 
All for You..
And I SWEAR that I will NEVER put anyone
Or anything BEFORE YOU
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers
All for You..

[ I Love You So by Maher Zain]





Sunday, January 13, 2013 0 comments

Insan Istimewa

بسم الله الرحمن الرحيم

Post ini ditujukan buat adik-adik yang ku sayang kerana Allah..
Teringat daku di saat awal perkenalan kita
Bermacam-macam perasaan bermain di jiwa ku 
Terasa gembira, berdebar, gusar dan macam-macam lagi
Gembira kerana berpeluang mengenali dirimu,
Gembira juga kerana berpeluang menyampaikan mutiara-mutiara buat mu
Gembira juga kerana meneruskan perjalanan Rasulullah
Berdebar dan gusar kerana merasakan diri ini serba kekurangan
Juga kerana risau seandainya diri ini tidak mampu untuk menggalas amanah yang besar ini,
Amanah untuk membina umat Nabi Muhammad agar turut menelusuri jalan yang dilalui oleh Baginda.

Sepanjang perkenalan ini, banyak yang dapat ku pelajari darimu ukhti..
Aku dapat belajar erti bersabar, erti berlapang dada, erti kehidupan..
Di saat ku terasa lemah, dirimu lah yang memotivasikan diri ku agar lebih kuat,
Diri mu jua lah yang banyak menginsafkan diriku dari segala kekhilafan

Kini detik pertemuan kita yang singkat di sini makin hampir ke penghujungnya.. 
Namun ku akur pada hakikat setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Ku ingin diri mu mengerti bahawa dirimu sangat istimewa untukku
Kerana dirimu telah banyak mengajar ku erti kehidupan

Terima kasih  Mutarobbiku, 
Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau menghadirkan insan istimewa ini untuk ku

Buat Mutarobbi ku yang ku sayangi,
Doaku moga dirimu terus istiqamah dan thabat di jalan ini,
Dikau adalah penyambung mutiara perjuangan Rasulullah
Jangan pernah gentar, jangan pernah rasa goyah di jalan ini
Yakinlah jalan ini adalah jalan yang benar!
Di saat kau terasa lemah, singkap lah kembali perjalanan hidup Rasulullah
Ujian yang Baginda dan para sahabat lalui memang langsung tak dapat kita bandingkan dengan ujian yang kita lalui!

Ukhti, moga kita bisa dipertemukan lagi pada masa akan datang..
Andai akan datang kita tidak bisa bertemu di dunia hakiki,
Moga kita bertemu dalam mimpi, 
Andai kita tidak bisa dipertemukan di dalam mimpi indah,
Moga kita terus bertemu di dalam rabitah,
Andai tidak bisa juga memadailah jika kita bertemu di Syurga kelak .. 
Teringin berpimpin tangan dengan mu sambil menuju Syurga-Nya 


"Kita laungkan Allahu Akbar, Allah Maha Besar, 
Seiring Sehaluan SATU CITA dan IMPIAN,
Susah dan senang kita harungi bersama,
Bertemu berpisah kerana ALLAH.."   
[Seiring Sehaluan by UNIC]  

Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati, 
Tetapkanlah hatiku dengan agamaMu serta ketaatan kepadaMu...
Saturday, September 15, 2012 0 comments

Tetamu itu..

Apabila tetamu itu datang bertandang,
Seringkali hati ini menyambutnya dengan keluh kesah..
Sering juga dirasakan kedatangannya 
Merupakan satu bebanan yang berat,
Malah, andai diri ini bisa diberikan pilihan,
Sudah tentu diri ini tidak bisa bertemu dengannya,

Kadang-kadang  tertanya,
Kenapa gerangan tetamu itu juga yang datang menemui ku?
Kenapa tidak pada orang lain?.
Di saat ia tiba menemui diri ini, terasakan diri ini terlalu lemah dan tak berdaya.. 
Sehingga titis-titis air jernih itu tanpa segan silu  terus menitis..

Namun, ketika itu juga ayat-ayat cinta darinya terus menjawab segala-galanya..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" [2:286]

Sungguh, DIA sangat mengerti dan memahami hamba-hambaNya, 
kerana di saat hamba-Nya berkata kenapa tetamu bertandang kepada hambaNya itu sahaja,
DIA telah pun sediakan jawapannya 
bahawa tetamu itu hanya akan mendatangi orang yang mampu berhadapan dengannya sahaja,
bukan orang yang tidak mampu untuk menghadapi.

ya..benar.. Tetamu yang sering tidak dialu-alukan itu adalah UJIAN 
Ujian hanya pada mereka yang mampu memikulnya sahaja
setiap orang didatangkan ujian yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing..
jadi adakah kita akan terus persoalkan kenapa kita diuji sebegini,
 kenapa mereka tidak dapat rasakan seperti yang kita rasa?
  
DIA juga menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? " [29:2]

Sebenarnya tetamu itu didatangi menemui kita 
untuk tingkatkan darjat kita di sisi-Nya,
Namun, segala-galanya juga bergantung kepada diri kita,
bagaimana kita menghadapi serta melayan tetamu tersebut.





Bicara hati:
  • lemah kan diri kita?? di saat kita diuji, terus kita terasa keluh kesah, kita rasa lemah, malah kadang-kadang kita rasa seolah-olah kita tidak mampu berdiri dengan sendiri, tapi kita rasa sangat memerlukan tempat untuk kita bergantung.
  • Di saat itu juga kita tercari-cari si DIA. Cuba kita fikirkan, di saat kita tidak ditimpa dengan ujian yang hebat adakah si DIA juga akan kita cari sepertimana di saat kita di datangi ujian??
  • So, ingatlah DIA di saat kita senang&susah.
  • Bersangka baiklah dengan DIA dalam setiap perkara kerana setiap sesuatu yang DIA berikan kepada kita pasti terselit hikmahnya.
  • Ingatlah, betapa banyak nya nikmat yang telah DIA kurniakan kepada kita sehingga kita sendiri tak terdaya untuk menghitungnya



Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati, 
Tetapkanlah hatiku dengan agamaMu serta ketaatan kepadaMu...


 
;