Saturday, February 5, 2011 0 comments

Muntalaq


FRESH berakhir pada 30 Januari, 31 Januari balik Terengganu dan Alhamdulillah, sampai kat stesen bas Kuala Terengganu pukul 6ptg, sebab ambik tiket pagi. Mungkin agak lambat sampai, tapi Alhamdulillah, selamat juga sampai akhirnya. Sampai kat rumah, umi bgtau ade Daurah Muntalaq untuk GAB 2-4 Februari 2011, umi ajak pergi sebab umi pn kne pantau budak2 GAB. Masa tu, ade jgk t’detik kt dalam hati ini “Allah…umi ni..aku baru je sampai..dahlah balik lambat dari orang lain sebab join program, blk ni pun nak ajk g program lagi???” monolog ku terhenti tiba-tiba.. “Astaghfirullah…” iman di hati mula bersuara. “ Eh, umi ajak pergi tempat yang xde faedah ke? Bukan, kan?? Tapi kenapa boleh ada perasaan macam tu?? Tengoklah tu, bila-bila masa je syaitan datang nak menghiasi futur agar diri ini tak sedar yang diri ini sedang futur dan merasa selesa dengannya .. Sepatutnya aku kena bersyukur sebab aku beruntung ada umi dan abah yang mengenal dakwah dan tarbiyah sebelum aku lagi, tambahan pula terlibat dengan program tarbiyah budak2 ipt di Terengganu, jadi senanglah aku nak join program dyorang.” Namun, tiba-tiba ada seorang kawan yang bertanya kepadaku, “sue.. jadi ke nk g ziarah rumah si _ __ _?” tapi aku menolaknya dengan baik dengan memberitahu ada program. Bila dye tau aku ade program terus je dye jwb, “eh, bukan ke hari jumaat sampai ahad dah ada program? Kan baru balik umah hr isnin, xkan hari Rabu sampai jumaat ni ada program lagi, kot?? Xletih ke? Xsedih ke duk kt umah 2hari je? Orang lain boleh duk rumah 1minggu, xjeles ke?” Lebih kurang mcm ni lah soalannya. Apa lagi, terus je aku jawab, “ Eh, mana ada duk 2hari je kt umah.. sy smp kt umah hari isnin ptg, pas2 selasa pn kt umah, hari rabu sy g sana tengah hari, jumaat 2 saya blk awal, kre balik pg r, hari sabtu pun duk kt umah lagi, malam nye baru naik bas..ble kre-kre ade r dalam 4hari, lame jugak 2, mn ade skejap..lgpun, fmly sy sume g sane..so, knape nak sedih plak..?” dye hanya mampu tersenyum mendengar jawapanku. Begitulah cerita nya sebelum pergi ke Agro Resort, Setiu.

Sampai2 je kat dalam dewan, ustaz Salam dah bagi GAB rehat untuk makan tengah hari. Sempat juga bertanya pada Sakinah, IPG Sultan Mizan ustaz bagi pengisian ape sebelum kami sampai? Rupanya ustaz terang mengenai kedudukan peta tanah Arab, Mesir, Palestin, Syria, Jordan n banyak lagi beserta dengan percentage umat Islam di sana.. dan ustaz minta mereka semua lukis dan hantar lukisan peta kepadanya dan ustaz bagi markah. Lepas makan tengah hari dan solat Zohor ustaz mulakan dengan muqaddimah and my expectation at that time that he will go to 1st chapter, but this muqaddimah is not a muqaddimah from that book, but muqaddimah ni mengenai biodata penulis iaitu Muhammad Ahmad Ar-Rasyid. Huhu..mula2 2 tercengang jugak.. tapi, terus je aku terfikir ustaz xkan buat sesuatu tanpa sebab, jadi setiap benda yang ustaz terangkan mesti ada sebab-sebabnya tertentu. Antara intipati di dalam penerangan ustaz mengenai penulis adalah mengenai persekolahan dan masa beliau. Beliau bersekolah di sekolah yang ternama di Baghdad, beliau suka membaca bahan kesusasteraan Arab sejak umur 8tahun. Cuba bayangkan, buku-buku sastera arab mempunyai gaya bahasa yang sangat tinggi, jadi xhairanlah beliau boleh menulis dengan bahasa yang sangat baik di dalam buku ini. Selain itu, ustaz juga menceritakan bagaimana penulis ini mengenali ikhwan sejak umurnya 13 tahun. Masa dengar ustaz cerita 2, rasa macam kelakar jugak, tp, Subhanallah! Bukan sia-sia sahaja setiap sesuatu yang terjadi, Allah memang dah susun dari awal lagi perjalanan hidup Sheikh ini. Antara intipati yang lain adalah mengenai guru-guru yang sheikh ini berguru, mengenai suasana di Iraq ketika itu, mengenai ilmu&fikrah, nasihat sheikh ini kepada ikhwan dan sebagainya.
Pada malamnya hinggalah keesokan paginya pula ustaz menerangkan mengenai sinopsis setiap bab bermula bab1 hingga bab5. Secara ringkasnya, bab 1 iaitu menolak al-hawwa menceritakan mengenai dalam hidup ini hanya mempunyai 2 jalan iaitu syariat dan al-hawwa atupun petunjuk Allah dan tipu daya syaitan sahaja. Sebagai manusia, kita mestilah memilih salah satu sahaja daripada 2 jalan ini, xde jalan tengah. Firman Allah ta’ala:

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” (45:18)

Menurut Syed Qutb dlm Fi Zilal, “Sama ada syariat Allah atau hawa orang-orang yang jahil. Tiada andaian yg ketiga dan tiada jalan tengah antara syariat dan hawa. Sesiapa yang meninggalkan syariat Allah sebenarnya telah berhukumkan hawanya. Semua yang lain dari syariat Allah adalah hawa yang terperosok ke dalamnya orang yang jahil”

Di dalam bab ini juga menceritakan mengenai fitnah dan kewaspadaan, mengenai orang yang menolak syariah Allah adalah kufur, namun kita xboleh mengkufurkan seseorang itu sehinggalah terdapat bukti yang nyata.
Bab 2: Hanya Gerhana, Bukan terbenamnya matahari pula tentang harapan yanga masih ada. Walaupun realiti hidup umat zaman kini yang sedang leka mengejar kekayaan, dan diserang dengan pemikiran jahiliyah, namun sebenarnya masih ada harapan untuk Islam kembali gemilang.
Bab3: Golongan baik yang dibinasakan. Jika ingin mengaitkan bab 3 dengan bab2 yang sebelumnya adalah apabila kita telah membuat pilihan antara syariat dan al-hawwa, kita kena yakin dengan janji-janji Allah walaupun mungkin kita lihat keadaan sekeliling tidak akan menyebelahi kita, namun kita kena yakin dengan janji Allah bahawa masih ada harapan untuk Islam kembali gemilang dan apabila kita dah yakin, kita mestilah buat dn bekerja dengan bersungguh-sungguh agar harapan itu berjaya direalisasikan, kerana ssebuah negara yang makmur juga boleh musnah apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang yang baik. Bab 4 pula mengenai kewajipan dakwah ke jalan Allah banyak menjelaskan dalil dan bukti-bukti kewajipan berdakwah dan menerangkan mengenai kewajipan dakwah, adakah dakwah itu fardhu kifayah atau fardhu ain? Manakala bab5 pula membincangkan mengenai perkara yang lebih awla. Begitulah sedikit sebanyak sinopsis yang diterangkan oleh ustaz daripada bab1 sehingga bab5.

Setelah selesai menceritakan tentang sinopsis, barulah ustaz bermula dengan muqaddimah dari buku ini bermula selepas zohor sehinggalah waktu malam khamis, penerangan ustaz belum lagi berakhir mengenai muqaddimah buku ini. Antara point yang penting dalam bahagian ini adalah mengenai seorang dai’e itu sentiasa terdedah kepada 2 tarikan, iaitu tarikan iman dan tarikan syaitan. Antara tarikan iman adalah niat,himmah,ksedaran dan perasaan tnggungjawab, manakala tarikan syaitan pula adalah futur, cintakan dunia yang menyebabkan seseorang itu malas, panjang angan-angan, suka berlengah-lengah dan sebaginya.


Sebenarnya 2 tarikan ini adalah ketetapan Allah dan ia akan terus berlaku, kerana itulah para mukmin perlu menghadiri jilsah-jilsah tafakkur, merenung diri, tanassuh iaitu saling menasihati agar dapat check diri takut-takut dihinggapi takabbur dan menyeleweng. Sebenarnya buku muntalaq ni ditulis untuk para du’at bagi menyelesaikan masalah dunia islam hari ini.

sepanjang daurah ustaz ada bagi homework..antaranya:
1. dengar pengisihan mengenai ilmu dan fiqh
2. hadis 40
3. cek blk tafsir juz 29&30
4. baca buku asas2 islam (al-maududi)- bab akhir: beza fiqh&syariat
5. bc buku 4 istilah quran (al-maududi) : bab ad-din
6. baca kitab bimbingan mukmin: bab takabbur
7. cek balik risalah usrah: rukun usrah

mungkin bnyak lagi homework dan pengisian yang ustaz bagi masa hari terakhir, tapi xsempat nak ikuti pengisian untuk hari terakhir sebab kena balik awal, insyaAllah, jika ada peluang, akan ikuti juga sambungan daurah muntalaq ini.. Sekarang tengah cuba dapatkan rakaman mp3 bagi pengisian ini.. mungkin lambat lagi dapat, tapi InsyaAllah, akan cuba dapatkan jugak.. ^_^ Wallahua'lam
Friday, February 4, 2011 0 comments

FRESH'11


Rasanya macam dah lama je xupdate..mungkin dah berhabuk kot blog ni. Ermm..knape ye? malas?xde idea?owh..malas??malas nk menaip?maksudnya malas nak berkongsi atau menyampaikan sesuatu yang dah dapat? Hmm..mungkinkah ini tanda-tanda futur??
Allah..kuatkanlah hatiku agar diri ini tidak sentiasa terdedah kepada tarikan syaitan namun, KAU tuntunlah diriku yang agar sentiasa ke arah tarikan iman..

Entri kali ini sekadar ingin berkongsi mengenai FRESH'11 (Follow the Risalah, Spread the Halawah) yang diadakan di Brindley Training& Camp di PD pada 28 hingga 30 Januari baru-baru ini. Alhamdulillah, banyak yang ana dapat dalam mukhayyam kali ini. Setiap slot dan aktiviti yang diadakan mempunyai mesej-mesejnya yang tersendiri dan Alhamdulillah, mesej yang ingin disampaikan itu dapat difahami oleh para peserta.

Kalau nak cerita mengenai aktiviti sepanjang program ini mungkin panjang kot, tapi, bolehlah cerita sekadar yang termampu aje. Program ini dimulakan malam 28 Jan dengan sedikit briefing dari Kem Komanden mengenai perjalanan serta peraturan2 sepanjang program yang akan berlansung pada keesokan harinya dan kami juga dibahagikan kepada 10 kumpulan dan nama kumpulan tersebut diberikan berdasarkan 10muwassofat tarbiyah. Kami juga diberikan barang amanah yang perlu dijaga sepanjang program.

Esoknya kami bertolak dengan menaiki bas ke PD. Aktiviti dimulakan dengan sesi ice breking kemudian diikuti dengan sesi Badar 313. Bnyak ibrah yang kami dapat melalui slot ini. Antaranya ialah bangkitkan semangat jihad dalam diri kami sebab kami kena menjaga 'izzah atau panji kami sebagai umat islam agar tidak dirampas oleh pihak musuh dengan apa cara sekalipun. Aktiviti ini mengingatkanku kepada Rasulullah dan para sahabat baginda yang sanggup berperang demi mempertahankan syiar Islam. Mungkin ada antara kami yang hampir pengsan ketika menjaganya, namun apalah sangat kami ini jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah yang memegang panji di dalam satu peperangan, apabila tngan kanannya yang memegang panji itu ditetak, beliau memegangnya dengan tangan kiri, dan apabila tangan kiri beliau turut ditetak, beliau memeluk panji tersebut dengan lengan yang masih ada sehinggalah beliau syahid dan perjuangan tersebut diteruskan oleh para sahabat yang lain. Subhanallah!!!! hebatnya mereka! Selain itu, apa yang ana dapat adalah kita mestilah pandai menyusun strategi, peka dengan keadaan sekeliling, kepatuhan terhadap ketua dan banyak lagi ibrah yang dapat melalui Badar 313.

Peperangan tersebut mungkin agak meletihkan kami, namun..sikit pun tak melunturkan semngat kami untuk meneruskan program, malah menambahkan lagi semangat kami. slot yang seterusnya adalah rafting. iaitu kami diajar cara untuk memasang rakit dan kami perlu memasangnya sendiri. Bagiku memasang rakit ini agak mencabar coz ni 1st time kena pasang sendiri rakit mengikut kumpulan, kalau naik rakit yang orang dah siap pasang takpelah. mungkin disebabkan ramai peserta yang 1st tym belajar dan cuba untuk pasang rakit ni, ramai yang agak teruja dan xsabar-sabar nak memulakannya. Bila rakit dah siap terpasang, kami kena bertanding untuk mendapatkan bendera di tengah laut dan kembali ke darat serta simpan ke semua peralatan yang digunakan tadi termasuk life jacket dan berkumpul di satu tempat dan barulah blh dianggap pemenang. Namun, bila berakhir slot ni, xde sape pun yang menang sebab seri. tapi, xkisahlah menang ke kalah, yang penting kami dapat mesej yang cuba disampaikan melalui aktiviti ini. Antaranya ialah kesatuan serta kerjasama dalam memasang rakit, kalau kami xbekerjasama, mustahil kami dapat siapkan rakit ini dalam masa lebih kurang 40minit, tambahan pula ramai antara kami yang masih baru dalam memasang rakit ni.. even, dalam dakwah pun kita semua kena bersatu sebab takkan tertegaknya Islam tanpa jemaah. Selain itu, kefahaman juga penting dalam sesuatu perkara, termasuklah nak pasang rakit ni, kami kena faham betul2 apa yang dikatakan oleh pakcik yang mengajar kami tentang cara pemasangan rakit, macam mana dan bila nak naik rakit ble rakit dah masuk dalam air, cara nak mendayung, macam-macam lagilah. Perkara ni pun kita kena apply dalam dakwah. Sebab kefahaman itu sangat penting, kalau kita sebagai dai'e sendiri xfaham betul-betul kenapa dan apa matlamat kita dalam dakwah ni, macam mana kita nak berdakwah dan banyak lg.

Malam itu pula, kami dikehendaki mengadakan persembahan, persembahan tersebut adalah mengenai sirah dan muwassofat dengan menggunakan kretiviti kumpulan masing2. Bnyak juga bakat yang tersembunyi di kalangan para peserta rupanya. Melalui persembahan ini, kami dapat mengenali sahabat Rasulullah yang sebelum ini kami sendiri jarang dan tak pernah dengar, contohnya sahabat yang bernama Abdullah bin Huzafah. Melalui sirah-sirah ini sebenarnya dapat menginsafi diri kita di saat kita terleka malah dapat menaikkan lagi semangat di kala diri terasa down..

Ermm..akhirnya, tibalah kepada hari yang terakhir,dan aktiviti yang terakhir, iaitu aktiviti explorace mengenai 10muwassofat tarbiyah. Uniknya explorace ini adalah untuk pergi ke satu checkpoint tersebut, kami mesti mentadabbur ayat al-quran dahulu barulah bertemu dengan klu checkpoint tersebut hinggalah tiba ke checkpoint yang terakhir iaitu checkpoint yang kami dah b'kali-kali tersilap disebabkan oleh tersilap klu. Di checkpoint terakhir kami diminta mencari remis, dan dengan syarat remis tersebut tidaklah terlalu kecik dan tidak dibenarkan melepasi kawasan yang ditetapkan. melalui aktiviti di checkpoint terakhir, apa yang dapat ana kaitkan dengan dunia dakwah ini adalah untuk mencari mad'u, kita juga perlulah memilih juga mereka yang mempunyai sifat-sifat tertentu agar memudahkan kerja dakwah kita dan mereka juga akan menyampaikan dakwah kepada orang lain pula. Wallahua'lam.. sekadar ini sahaja yang dapt dikongsikan di sini mengenai FRESH'11, kalau nak tau yang selebihnya, bolehlah berkongsi di lain waktu..

moga-moga semangat yang kita semua dapat akan taerus berkekalan dan dapat di 'apply' kan dalam kehidupan.. InsyaAllah!!!!!

Maaf bahasa agak tunggang-langgang.. ^_^
Monday, January 3, 2011 1 comments

Cinta

melihat kepada persoalan yang telah dilontarkan kepada diri ini sebelum ini.. ana rasa mcm nk jwb persoalan 2 kt entri baru plak.. ana tk pandai sgt dlm bg pndgn, tp ana bleh berkongsi dgn artikel yg ana bc dlm satu lmn web..

Cinta Sebelum Berkahwin:
Cinta sebelum berkahwin telah menjadi gaya hidup zaman kini akibat pengaruh budaya luar. Cinta dalam Islam adalah sesuatu yang unik, suci, jujur dan amanah. Ianya tidak akan ada melainkan dengan ikatan perkahwinan yang sah. Islam mengajar umatnya supaya bercinta dalam bentuk yang sah dengan penuh jujur, amanah, menjaga maruah dan beradab. Semuanya tidak wujud dalam cinta sebelum berkahwin.

Daripada Ibn ‘Abbas katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Kami tidak melihat bagi dua orang yang berkasih sayang seperti perkahwinan. (Ibn Majah: no. 1847)

Jika ada cinta dan kasih di antara dua orang maka itu kasih itu tidak dapat menandingi hubungan perkahwinan yang didiri atas tuntutan syariat. Sebab itu, cinta tidak kena pada tempatnya dan sebelum masanya dikira sebagai penyakit kronik, kerana ia lari dari sifat dan cara asalnya. Sebelum menyintai seseorang atau sesuatu, hendaklah cinta dan kasih kepada Allah bertapak kemas dalam diri. Jika ini ada, maka seseorang tidak akan berani menyintai sesuatu yang tidak harus baginya.

Cinta sebelum berkahwin mengundang pelbagai kemungkinan. Titik permulaannya ialah dia terpesona dengan wanita. Inilah yang dinamakan fitnah. Apabila penyakit terpesona ini menimpai maka akan melarat kepada pertemuan, perbualan, bersunyian. Dari cara yang sederhana kepada yang lebih mesra. Daripada serius kepada senda gurau. Seterusnya dilitupi awan-awan khayalan. Walaupun pada asalnya dia mempunyai niat yang baik namun, niat yang baik tidak sekali-sekali mengharuskan sesuatu yang tidak harus.

Banyak batas-batas syariat yang dilanggar apabila terjerat dalam perangkap cinta:-

1 - Pandangan mata yang tidak dapat dikawal kerana terfitnah dan terpesona akibat panahan mata kekasih.

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah al-Nur: 30)

Pandangan mata wajib dijaga kerana banyak perkara dan juga masalah lain yang mengikutinya.

2 – Terpesona percakapan dan suara yang lunak

Apa yang selalu berlaku di kalangan pasangan bercinta ialah suka berbual sehingga dalam perkara yang tidak mendatang manfaat sama ada secara bersemuka, talian telefon mahupun internet. Perbualan bukan sekejap.

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah al-Ahzab: 32)

Walaupun perintah menjaga kata ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. ia juga merangkumi ummatnya kerana mempunyai illah (sebab hukum yang sama, iaitu kata-kata yang manja dan lunak itu ada pada orang perempuan.

3 - Hati yang menyembunyi pelbagai perasaan

Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. (Surah Ghafir: 19)


Allah s.w.t. mengetahui persuatan seseorang mencuri pandangan kepada orang yang bukan mahramnya, dan perasaan jahat atau baik yang yang tersembunyi di dalamnya.

4 - Hawa nafsu bergelora dalam diri

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya; (Surah al-Nur: 33)

Perintah Allah s.w.t. supaya menjaga kesucian diri dan mengawal hawa nafsu dengan cara menjaga pandangan, bersabar dan berpuasa


Cinta sebelum berkahwin bukan satu jaminan kepada kebahagian akan datang. Alam percintaan adalah sesuatu yang tidak realistik, penuh khayalan dan mengelirukan. Sekian ramai pasangan yang dilamun cinta mendirikan rumah tetapi usia perkahwinan mereka lebih singkat daripada tempoh bercinta. Jika sudah terperangkap maka hendaklah menyegerakan perkahwinan kerana ia satu-satunya jalan pengubatannya.

Jika hati sudah terpesona kepada seseorang atau apabila sudah sampai seru untuk berkahwin, mintalah keluarga pergi untuk merisik calon. Ini lebih beradab dan bertanggungjawab daripada mengemukakan sendiri. Oleh kerana perkahwinan melibatkan banyak aspek kepentingan, tanggungjawab, persaudaraan dan kekeluargaan maka sewajibnya ia dimulakan dengan cara yang betul penuh ketaqwaan bukan terikut-ikut dengan budaya asing. Perkahwinan bukan hanya didirikan atas dasar cinta sahaja tetapi tanggungjawab dan juga amanah.

mungkin ada yang mengatakan susah untuk mengelakkan perasaan ini, sebab cinta itu kan fitrah manusia. tp, cinta kepada orang yang masih belum halal kepada kita adakah dibenarkan syariat?? fikir-fikirkan balik.. fitrah manusia juga sukakan kebaikan. Adakah cinta sebelum kahwin itu dapat memberi kebaikan lebih banyak daripada kemudaratan??

yang penting,jaga hubungan kita dengan Allah, kuatkan iman untuk bermujahadah melawan nafsu.. InsyaAllah akan berhasil.. Memang MUJHAHADAH itu pahit, kerana SYURGA itu manis.. ^_^

Wallahua'alam..
Saturday, January 1, 2011 2 comments

Akhwat Jatuh Cinta??


baru-baru ini ada terbaca 1puisi mengenai akhwat.. ingin share di sini, mudah-mudahan kita dapat sama-sama mengambil pengiktibaran darinya..


Akhwat Jatuh Cinta??

Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...

Bukankah cinta adalah fitrah manusia???

Tak pantaskah akhwat jatuh cinta???

Mereka juga punya hati dan rasa...


Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...

Namun sebaliknya...

Ketika Akhwat Jatuh Cinta...

Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat,
atas sebuah hijab yang tersingkap...
Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya,
yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya,
yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sbuah asa yang tak semestinya…

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…

Ketika Akhwat Jatuh Cinta…

Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan,
tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…

Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…

Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat,
akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…

Ketika mereka jatuh cinta,
maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...

Alangka kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…

Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…

Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…

Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…

Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…

Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu,
jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…

Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja…

Semua Akan Indah Pada Waktunya…



By: Ummu Sa'ad 'Aztriana'

 
;