Friday, February 4, 2011

FRESH'11


Rasanya macam dah lama je xupdate..mungkin dah berhabuk kot blog ni. Ermm..knape ye? malas?xde idea?owh..malas??malas nk menaip?maksudnya malas nak berkongsi atau menyampaikan sesuatu yang dah dapat? Hmm..mungkinkah ini tanda-tanda futur??
Allah..kuatkanlah hatiku agar diri ini tidak sentiasa terdedah kepada tarikan syaitan namun, KAU tuntunlah diriku yang agar sentiasa ke arah tarikan iman..

Entri kali ini sekadar ingin berkongsi mengenai FRESH'11 (Follow the Risalah, Spread the Halawah) yang diadakan di Brindley Training& Camp di PD pada 28 hingga 30 Januari baru-baru ini. Alhamdulillah, banyak yang ana dapat dalam mukhayyam kali ini. Setiap slot dan aktiviti yang diadakan mempunyai mesej-mesejnya yang tersendiri dan Alhamdulillah, mesej yang ingin disampaikan itu dapat difahami oleh para peserta.

Kalau nak cerita mengenai aktiviti sepanjang program ini mungkin panjang kot, tapi, bolehlah cerita sekadar yang termampu aje. Program ini dimulakan malam 28 Jan dengan sedikit briefing dari Kem Komanden mengenai perjalanan serta peraturan2 sepanjang program yang akan berlansung pada keesokan harinya dan kami juga dibahagikan kepada 10 kumpulan dan nama kumpulan tersebut diberikan berdasarkan 10muwassofat tarbiyah. Kami juga diberikan barang amanah yang perlu dijaga sepanjang program.

Esoknya kami bertolak dengan menaiki bas ke PD. Aktiviti dimulakan dengan sesi ice breking kemudian diikuti dengan sesi Badar 313. Bnyak ibrah yang kami dapat melalui slot ini. Antaranya ialah bangkitkan semangat jihad dalam diri kami sebab kami kena menjaga 'izzah atau panji kami sebagai umat islam agar tidak dirampas oleh pihak musuh dengan apa cara sekalipun. Aktiviti ini mengingatkanku kepada Rasulullah dan para sahabat baginda yang sanggup berperang demi mempertahankan syiar Islam. Mungkin ada antara kami yang hampir pengsan ketika menjaganya, namun apalah sangat kami ini jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah yang memegang panji di dalam satu peperangan, apabila tngan kanannya yang memegang panji itu ditetak, beliau memegangnya dengan tangan kiri, dan apabila tangan kiri beliau turut ditetak, beliau memeluk panji tersebut dengan lengan yang masih ada sehinggalah beliau syahid dan perjuangan tersebut diteruskan oleh para sahabat yang lain. Subhanallah!!!! hebatnya mereka! Selain itu, apa yang ana dapat adalah kita mestilah pandai menyusun strategi, peka dengan keadaan sekeliling, kepatuhan terhadap ketua dan banyak lagi ibrah yang dapat melalui Badar 313.

Peperangan tersebut mungkin agak meletihkan kami, namun..sikit pun tak melunturkan semngat kami untuk meneruskan program, malah menambahkan lagi semangat kami. slot yang seterusnya adalah rafting. iaitu kami diajar cara untuk memasang rakit dan kami perlu memasangnya sendiri. Bagiku memasang rakit ini agak mencabar coz ni 1st time kena pasang sendiri rakit mengikut kumpulan, kalau naik rakit yang orang dah siap pasang takpelah. mungkin disebabkan ramai peserta yang 1st tym belajar dan cuba untuk pasang rakit ni, ramai yang agak teruja dan xsabar-sabar nak memulakannya. Bila rakit dah siap terpasang, kami kena bertanding untuk mendapatkan bendera di tengah laut dan kembali ke darat serta simpan ke semua peralatan yang digunakan tadi termasuk life jacket dan berkumpul di satu tempat dan barulah blh dianggap pemenang. Namun, bila berakhir slot ni, xde sape pun yang menang sebab seri. tapi, xkisahlah menang ke kalah, yang penting kami dapat mesej yang cuba disampaikan melalui aktiviti ini. Antaranya ialah kesatuan serta kerjasama dalam memasang rakit, kalau kami xbekerjasama, mustahil kami dapat siapkan rakit ini dalam masa lebih kurang 40minit, tambahan pula ramai antara kami yang masih baru dalam memasang rakit ni.. even, dalam dakwah pun kita semua kena bersatu sebab takkan tertegaknya Islam tanpa jemaah. Selain itu, kefahaman juga penting dalam sesuatu perkara, termasuklah nak pasang rakit ni, kami kena faham betul2 apa yang dikatakan oleh pakcik yang mengajar kami tentang cara pemasangan rakit, macam mana dan bila nak naik rakit ble rakit dah masuk dalam air, cara nak mendayung, macam-macam lagilah. Perkara ni pun kita kena apply dalam dakwah. Sebab kefahaman itu sangat penting, kalau kita sebagai dai'e sendiri xfaham betul-betul kenapa dan apa matlamat kita dalam dakwah ni, macam mana kita nak berdakwah dan banyak lg.

Malam itu pula, kami dikehendaki mengadakan persembahan, persembahan tersebut adalah mengenai sirah dan muwassofat dengan menggunakan kretiviti kumpulan masing2. Bnyak juga bakat yang tersembunyi di kalangan para peserta rupanya. Melalui persembahan ini, kami dapat mengenali sahabat Rasulullah yang sebelum ini kami sendiri jarang dan tak pernah dengar, contohnya sahabat yang bernama Abdullah bin Huzafah. Melalui sirah-sirah ini sebenarnya dapat menginsafi diri kita di saat kita terleka malah dapat menaikkan lagi semangat di kala diri terasa down..

Ermm..akhirnya, tibalah kepada hari yang terakhir,dan aktiviti yang terakhir, iaitu aktiviti explorace mengenai 10muwassofat tarbiyah. Uniknya explorace ini adalah untuk pergi ke satu checkpoint tersebut, kami mesti mentadabbur ayat al-quran dahulu barulah bertemu dengan klu checkpoint tersebut hinggalah tiba ke checkpoint yang terakhir iaitu checkpoint yang kami dah b'kali-kali tersilap disebabkan oleh tersilap klu. Di checkpoint terakhir kami diminta mencari remis, dan dengan syarat remis tersebut tidaklah terlalu kecik dan tidak dibenarkan melepasi kawasan yang ditetapkan. melalui aktiviti di checkpoint terakhir, apa yang dapat ana kaitkan dengan dunia dakwah ini adalah untuk mencari mad'u, kita juga perlulah memilih juga mereka yang mempunyai sifat-sifat tertentu agar memudahkan kerja dakwah kita dan mereka juga akan menyampaikan dakwah kepada orang lain pula. Wallahua'lam.. sekadar ini sahaja yang dapt dikongsikan di sini mengenai FRESH'11, kalau nak tau yang selebihnya, bolehlah berkongsi di lain waktu..

moga-moga semangat yang kita semua dapat akan taerus berkekalan dan dapat di 'apply' kan dalam kehidupan.. InsyaAllah!!!!!

Maaf bahasa agak tunggang-langgang.. ^_^

0 comments:

 
;