Sampai2 je kat dalam dewan, ustaz Salam dah bagi GAB rehat untuk makan tengah hari. Sempat juga bertanya pada Sakinah, IPG Sultan Mizan ustaz bagi pengisian ape sebelum kami sampai? Rupanya ustaz terang mengenai kedudukan peta tanah Arab, Mesir, Palestin, Syria, Jordan n banyak lagi beserta dengan percentage umat Islam di sana.. dan ustaz minta mereka semua lukis dan hantar lukisan peta kepadanya dan ustaz bagi markah. Lepas makan tengah hari dan solat Zohor ustaz mulakan dengan muqaddimah and my expectation at that time that he will go to 1st chapter, but this muqaddimah is not a muqaddimah from that book, but muqaddimah ni mengenai biodata penulis iaitu Muhammad Ahmad Ar-Rasyid. Huhu..mula2 2 tercengang jugak.. tapi, terus je aku terfikir ustaz xkan buat sesuatu tanpa sebab, jadi setiap benda yang ustaz terangkan mesti ada sebab-sebabnya tertentu. Antara intipati di dalam penerangan ustaz mengenai penulis adalah mengenai persekolahan dan masa beliau. Beliau bersekolah di sekolah yang ternama di Baghdad, beliau suka membaca bahan kesusasteraan Arab sejak umur 8tahun. Cuba bayangkan, buku-buku sastera arab mempunyai gaya bahasa yang sangat tinggi, jadi xhairanlah beliau boleh menulis dengan bahasa yang sangat baik di dalam buku ini. Selain itu, ustaz juga menceritakan bagaimana penulis ini mengenali ikhwan sejak umurnya 13 tahun. Masa dengar ustaz cerita 2, rasa macam kelakar jugak, tp, Subhanallah! Bukan sia-sia sahaja setiap sesuatu yang terjadi, Allah memang dah susun dari awal lagi perjalanan hidup Sheikh ini. Antara intipati yang lain adalah mengenai guru-guru yang sheikh ini berguru, mengenai suasana di Iraq ketika itu, mengenai ilmu&fikrah, nasihat sheikh ini kepada ikhwan dan sebagainya.
Pada malamnya hinggalah keesokan paginya pula ustaz menerangkan mengenai sinopsis setiap bab bermula bab1 hingga bab5. Secara ringkasnya, bab 1 iaitu menolak al-hawwa menceritakan mengenai dalam hidup ini hanya mempunyai 2 jalan iaitu syariat dan al-hawwa atupun petunjuk Allah dan tipu daya syaitan sahaja. Sebagai manusia, kita mestilah memilih salah satu sahaja daripada 2 jalan ini, xde jalan tengah. Firman Allah ta’ala:
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” (45:18)
Menurut Syed Qutb dlm Fi Zilal, “Sama ada syariat Allah atau hawa orang-orang yang jahil. Tiada andaian yg ketiga dan tiada jalan tengah antara syariat dan hawa. Sesiapa yang meninggalkan syariat Allah sebenarnya telah berhukumkan hawanya. Semua yang lain dari syariat Allah adalah hawa yang terperosok ke dalamnya orang yang jahil”
Di dalam bab ini juga menceritakan mengenai fitnah dan kewaspadaan, mengenai orang yang menolak syariah Allah adalah kufur, namun kita xboleh mengkufurkan seseorang itu sehinggalah terdapat bukti yang nyata.
Bab 2: Hanya Gerhana, Bukan terbenamnya matahari pula tentang harapan yanga masih ada. Walaupun realiti hidup umat zaman kini yang sedang leka mengejar kekayaan, dan diserang dengan pemikiran jahiliyah, namun sebenarnya masih ada harapan untuk Islam kembali gemilang.
Bab3: Golongan baik yang dibinasakan. Jika ingin mengaitkan bab 3 dengan bab2 yang sebelumnya adalah apabila kita telah membuat pilihan antara syariat dan al-hawwa, kita kena yakin dengan janji-janji Allah walaupun mungkin kita lihat keadaan sekeliling tidak akan menyebelahi kita, namun kita kena yakin dengan janji Allah bahawa masih ada harapan untuk Islam kembali gemilang dan apabila kita dah yakin, kita mestilah buat dn bekerja dengan bersungguh-sungguh agar harapan itu berjaya direalisasikan, kerana ssebuah negara yang makmur juga boleh musnah apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang yang baik. Bab 4 pula mengenai kewajipan dakwah ke jalan Allah banyak menjelaskan dalil dan bukti-bukti kewajipan berdakwah dan menerangkan mengenai kewajipan dakwah, adakah dakwah itu fardhu kifayah atau fardhu ain? Manakala bab5 pula membincangkan mengenai perkara yang lebih awla. Begitulah sedikit sebanyak sinopsis yang diterangkan oleh ustaz daripada bab1 sehingga bab5.
Setelah selesai menceritakan tentang sinopsis, barulah ustaz bermula dengan muqaddimah dari buku ini bermula selepas zohor sehinggalah waktu malam khamis, penerangan ustaz belum lagi berakhir mengenai muqaddimah buku ini. Antara point yang penting dalam bahagian ini adalah mengenai seorang dai’e itu sentiasa terdedah kepada 2 tarikan, iaitu tarikan iman dan tarikan syaitan. Antara tarikan iman adalah niat,himmah,ksedaran dan perasaan tnggungjawab, manakala tarikan syaitan pula adalah futur, cintakan dunia yang menyebabkan seseorang itu malas, panjang angan-angan, suka berlengah-lengah dan sebaginya.
Sebenarnya 2 tarikan ini adalah ketetapan Allah dan ia akan terus berlaku, kerana itulah para mukmin perlu menghadiri jilsah-jilsah tafakkur, merenung diri, tanassuh iaitu saling menasihati agar dapat check diri takut-takut dihinggapi takabbur dan menyeleweng. Sebenarnya buku muntalaq ni ditulis untuk para du’at bagi menyelesaikan masalah dunia islam hari ini.
sepanjang daurah ustaz ada bagi homework..antaranya:
1. dengar pengisihan mengenai ilmu dan fiqh
2. hadis 40
3. cek blk tafsir juz 29&30
4. baca buku asas2 islam (al-maududi)- bab akhir: beza fiqh&syariat
5. bc buku 4 istilah quran (al-maududi) : bab ad-din
6. baca kitab bimbingan mukmin: bab takabbur
7. cek balik risalah usrah: rukun usrah
mungkin bnyak lagi homework dan pengisian yang ustaz bagi masa hari terakhir, tapi xsempat nak ikuti pengisian untuk hari terakhir sebab kena balik awal, insyaAllah, jika ada peluang, akan ikuti juga sambungan daurah muntalaq ini.. Sekarang tengah cuba dapatkan rakaman mp3 bagi pengisian ini.. mungkin lambat lagi dapat, tapi InsyaAllah, akan cuba dapatkan jugak.. ^_^ Wallahua'lam


0 comments:
Post a Comment