Saturday, September 15, 2012 0 comments

Tetamu itu..

Apabila tetamu itu datang bertandang,
Seringkali hati ini menyambutnya dengan keluh kesah..
Sering juga dirasakan kedatangannya 
Merupakan satu bebanan yang berat,
Malah, andai diri ini bisa diberikan pilihan,
Sudah tentu diri ini tidak bisa bertemu dengannya,

Kadang-kadang  tertanya,
Kenapa gerangan tetamu itu juga yang datang menemui ku?
Kenapa tidak pada orang lain?.
Di saat ia tiba menemui diri ini, terasakan diri ini terlalu lemah dan tak berdaya.. 
Sehingga titis-titis air jernih itu tanpa segan silu  terus menitis..

Namun, ketika itu juga ayat-ayat cinta darinya terus menjawab segala-galanya..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" [2:286]

Sungguh, DIA sangat mengerti dan memahami hamba-hambaNya, 
kerana di saat hamba-Nya berkata kenapa tetamu bertandang kepada hambaNya itu sahaja,
DIA telah pun sediakan jawapannya 
bahawa tetamu itu hanya akan mendatangi orang yang mampu berhadapan dengannya sahaja,
bukan orang yang tidak mampu untuk menghadapi.

ya..benar.. Tetamu yang sering tidak dialu-alukan itu adalah UJIAN 
Ujian hanya pada mereka yang mampu memikulnya sahaja
setiap orang didatangkan ujian yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing..
jadi adakah kita akan terus persoalkan kenapa kita diuji sebegini,
 kenapa mereka tidak dapat rasakan seperti yang kita rasa?
  
DIA juga menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? " [29:2]

Sebenarnya tetamu itu didatangi menemui kita 
untuk tingkatkan darjat kita di sisi-Nya,
Namun, segala-galanya juga bergantung kepada diri kita,
bagaimana kita menghadapi serta melayan tetamu tersebut.





Bicara hati:
  • lemah kan diri kita?? di saat kita diuji, terus kita terasa keluh kesah, kita rasa lemah, malah kadang-kadang kita rasa seolah-olah kita tidak mampu berdiri dengan sendiri, tapi kita rasa sangat memerlukan tempat untuk kita bergantung.
  • Di saat itu juga kita tercari-cari si DIA. Cuba kita fikirkan, di saat kita tidak ditimpa dengan ujian yang hebat adakah si DIA juga akan kita cari sepertimana di saat kita di datangi ujian??
  • So, ingatlah DIA di saat kita senang&susah.
  • Bersangka baiklah dengan DIA dalam setiap perkara kerana setiap sesuatu yang DIA berikan kepada kita pasti terselit hikmahnya.
  • Ingatlah, betapa banyak nya nikmat yang telah DIA kurniakan kepada kita sehingga kita sendiri tak terdaya untuk menghitungnya



Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati, 
Tetapkanlah hatiku dengan agamaMu serta ketaatan kepadaMu...


Tuesday, March 6, 2012 2 comments

saya sayang sangat kat awak!


بسم الله الرحمن الرحيم..
Assalamu’alaikum..apa khabar semua? Bagaimana iman? Bagaimana hati? Sihat kah? Moga-moga sihat laa ye.. Errmm..rasanya macam dah lama xpost pape kt sini.. nak kata tak sempat, betul ke tak sempat ea?? Pape pun, ni laa post pertama saya untuk semester ni.. Owh, rupanya sudah 6 semester ku bergelar pelajar sarjana muda pentadbiran muamalat di USiM ni.. [errk…dah jadi yg plg senior laa ye kt fakulti..yelaa budak2 tahun 4 tengah ber “LI”..bila dah jadi senior=org tua  lebih pengalaman sikit je J, kenalah lebih matang dalam semua perkara kan.. InsyaAllah!]

Hmm..panjang laa plak muqaddimahnya.. Wah..Post kali ni, tajuknya agak……. Opss..belum baca, belum tahu kan? So, jangan cepat-cepat buat prejudgement.. macam omputeh kata laa.. “Don’t judge a book by its title cover” kan.. So, mehlaa baca..

Awak…
Awak tahu tak saya sayang sangat kat awak??
Awak tahu tak awak sangat special bagi saya??
Saya masih ingat lagi detik pertemuan kita yang pertama..
Sangat manis, sangat indah..
Kita bertemu di tempat yang sangat special..
Tempat yang saya tak pernah jumpa kawan-kawan yang sebelum ni pernah rapat dengan saya..
Sebab tu saya kata awak special.. sebab kita sama-sama mencari-cari sesuatu yang bukan semua orang nak cari.. Even tempat yang kita bertemu tu pun orang lain jarang pergi tau!
Malah, orang lain pun pelik kenapa lah kita pergi kat situ... aissh...banyak lagi tempat lain kot.. adeh!

Awak..
Saya tak sangka tau, pertemuan pertama kita tu menemukan kita kembali malah sampai sekarang saya bersama awak,
Sampai orang lain pun pelik macam mana kita boleh rapat.. tempat tinggal tak sama, sekolah tak sama.. macam-macam laa yang tak sama.. tapi, kita boleh aje rapat macam orang lain..
Tapi kan awak, saya rasa macam tak perlu pun pelik.. sebab sebelum kita kenal, kita memang dah telah diikat dengan ikatan satu aqidah, ikatan itu sebenarnya lebih kuat dari ikatan darah..

Awak..
Pertemuan kita yang pertama itulah yang telah mengikat hati-hati kita,
Di pertemuan pertama kita itulah kita telah memilih dan telah tentukan sesuatu dalam hidup kita,
Awak ingat tak, di situ kita dah tahu, kita dah faham matlamat kita sama,
Kita dah tahu kenapa kita kat dunia ni,
Lepas tu, kita pun pilih untuk berada di “sini”,
Di “landasan” ini, di “jalan” ini untuk sama-sama capai matlamat yang satu,
Matlamat ni teramatlah besar bagi kita manusia yang sangat kerdil ni,
Kita sama-sama berusaha mencari, mengejar serta menggapai matlamat itu,
Kita cuba untuk meraihnya..

Namun..
Kadang-kadang, dalam perjalanan meraih matlamat itu,
Kadang-kadang awak letih..
Saya pun sama.. kadang-kadang saya terjatuh..
Bila saya terjatuh, awak cepat-cepat bantu saya bangun kembali..
Ya!! Saya sangat gembira sebab bila saya terjatuh, ada orang tolong bantu saya,
Bila awak tertidur, saya tolong kejutkan awak, bila saya lemah, awak tolong kuatkan saya,
Bila awak malas, saya ingatkan awak tentang matlamat kita..
Wah.. awak tahu tak, betapa istimewanya hubungan kita..
Yelaa, bukan semua orang tau yang sanggup nak jaga kita..
Sebab tu saya kata sayang awak tau..

Awak..
Disebabkan rasa sayang saya pada awaklah,
Saya rasa saya perlu untuk tegur awak kalau ada kesilapan yang awak lakukan,
Sebab saya pun nak awak tegur saya, betulkan kesilapan saya..
Saya tak kisah kalau awak bosan dengar leteran atau teguran saya,
Sebab saya sentiasa berharap agar kekhilafan dan kesilapan itu akan hilang dan lari sebab bosan dengar teguran dan leteran itu,
Kita sama-sama hamba-Nya yang lemah, sering lakukan kesilapan..
Sebab itulah kita perlu saling kuat dan menguatkan..

Awak...
Saya nak kita sentiasa sama-sama beriringan dalam mencapai matlamat kita yang satu,
Iaitu untuk mencapai “Mardhatillah”
Saya nak awak sentiasa bersama-sama meneruskan perjalanan panjang kita
Di jalan dakwah ini,
Saya tak nak saya ataupun awak yang tersasar dari jalan ini,
Kalau saya buat sesuatu yang menyebabkan saya tersasar dari jalan ini,
Saya nak awak tarik saya balik ke jalan ini..
Saya tak nak jauh dari awak..
Saya tak nak awak jauh dari saya..
Saya tak nak kita bersama-sama kat dunia ni je..
Tapi.. Saya nak berpimpin tangan dengan awak hingga ke Syurga..
Sebab saya sayangkan awak kerana Allah..

Nota kaki : sangat bersyukur kerana DIA memberi peluang kepada saya untuk mengenali nikmat ukhuwah.. tau tak, DIA sangat sayangkan kita!! J Sebab tu dia hantarkan “AWAK” (akhawat) untuk menjaga saya,untuk  ingatkan saya tau.. Kalau DIA tak sayangkan saya, Kalau DIA tak sayangkan kita, mesti dibiarkan kita terus hanyut dan lalai kat dunia yang hanya sementara ini.. Wallahu a’lam..

02.40 am, 06032012
-KKSI, Putra Nilai-

Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati, 
Tetapkanlah hatiku dengan agamaMu serta ketaatan kepadaMu...

Monday, January 30, 2012 0 comments

Saat itu pasti akan tiba!

 2 Januari 2012.. lebih kurang pukul 9 @ 10 malam.. : Tengah sibuk bertungkus-lumus menghabiskan pembacaan yang masih belum lagi habis sebab esoknya 3 Jan 2012 pukul 2.30 ptg akan menghadapi final exam bagi paper Human Resource Management.. 
Tiba-tiba........
"When U're searching for the light an u see no hope inside......" ringtone handphone ku berbunyi, dan nombor telefon rumahku tertera di skrin. Rasa sangat pelik. tak kan umi call guna telefon rumah, biasanya umi call guna handphone je.. pantasku mengangkat handphoneku, dan kedengaran suara adikku cemas. Lagilah pelik! 

Ainun : Kakngah, Abg Hok baru meninggal tadi, arwah naik motor, accident dengan lori. Umi kata mak bagitau hospital tepon kata jenazah arwah tak dituntut kat hospital Kuantan.
Saya : ..........[speechless]. Eh, jangan nak main-mainlah! kalau betul nak b'gurau, gunalah modal lain!!

Ainun : Sape main-mainnya! Ade ke orang bergurau pasal mati? umi pesan suruh ikut su dgn paksu balik keratong malam ni jugak. Nak tepon orang lain plok ni.. Assalamualaikum.


Saya masih lagi terdiam 1000 bahasa, masih tak percaya.. benarkah berita itu, dan dalam masa yang sama kedengaran suara terkejut makcik ku dari tingkat bawah seperti baru menerima berita itu dari panggilan telefon makcik ku yang berada di Keratong 5. Masa tu baru tersedar itulah kebenaran dan terus ku khabarkan pada adikku di bilik sebelah, dan menelefon kakak ku. Masing-masing terkejut dan rasa macam tak percaya, susah untuk menelan pahitnya kebenaran itu. Malam itu juga semua berangkat ke Felda Keratong 5 untuk menziarahi arwah bagi kali yang terakhir. Namun saya tidak dibenarkan ikut sebab esoknya ada exam. Perasaan ketika itu bercampur-baur, terkejut, rasa macam tak percaya, rasa terkilan sebab tak dapat tengok arwah untuk kali terakhir, sedih, sebak dan macam-macam lagi perasaan. dan masa tu juga terlintas dalam fikiran..



"Ya Allah, arwah muda lagi! lebih tua 2 tahun je dariku! benarlah kematian tak mengenal usia, sihat atau sakit! ya!! arwah tidak demam ataupun sakit-sakit lain sebelum bertolak ke Kuantan! tapi tiba-tiba dapat tahu arwah dah takde! rasa macam kematian tu dekat sangat dengan diri ini.. bila-bila je Allah boleh ambil nyawa ni..!! Ya Allah.. KAU tempatkanlah dia di kalangan hamba-hambaMu yang beriman, serta kalangan hamba-hamba yang KAU redhai.."


Ya!!! Saat itu pasti tiba! Dan setiap insan pasti akan merasainya tanpa mengira tua atau muda, miskin atau kaya..sihat atau sakit..

Kematian!! apakah yang biasa bermain di  fikiran kita apabila disebut tentang kematian?  

Adakah ini respond kita : -

 "arggh..apa laa mati,mati ni..aku lambat lagi laa nak mati. Aku kan muda lagi..haiih.." 

atau...

"Aku taknak mati lagi..amal aku masih belum cukup lagi..." [hanya berkata-kata tanpa berbuat sesuatu]

atau..

"Kematian? mati itu adalah pasti.. Namun, amalku masih belum cukup. Aku kena perbaiki diri aku agar bertemu dengan-Nya dalam keadaan yang baik sebab bila-bila masa je DIA boleh jemput aku.." [cuba untuk perbaiki diri dari semasa ke semasa]


Yang mana satu akan terdetik dalam hati kita setiap kali mendengar perkataan kematian?? Tepuk dada, tanyalah iman di hati.. 

Hakikatnya kematian itu adalah satu kepastian. Satu ketetapan yang telah ditetapkan-Nya tanpa kita semua ketahui bilakah saatnya itu. Kita tahu setiap insan pasti akan menghadapi detik kematian! Namun, kadang-kadang seringkali kita terlupa bahawa kematian itu semakin lama semakin menghampiri kita. Kita terlupa bahawa tidak mustahil sebentar lagi Izrail akan datang menjemput kita.. Ya!! Kita sering terlupa dan terleka! 

Diri ini juga seringkali terleka dengan nikmat dunia yang sementara sehingga kadang-kadang terlupa bila-bila masa je Allah boleh ambil balik nyawa, sedangkan kita sering memohon dan berdoa agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah, tapi adakah amalan dan segala perbuatan kita selama ini melayakkan kita untuk mendapatkannya????? 

Moga-moga kematian dapat memotivasikan kita untuk mendekatkan diri kepada-Nya dan perbaiki kelemahan diri kita. Jom sama-sama perbaiki diri dan amalan kita..

nota kaki: 
1. Semoga roh arwah sepupuku, Ishak bin Sidek dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan diredhai-Nya.. Amin..
2. Moga-moga kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertaubat dan memperbaiki diri kita agar kita dapat melayakkan diri kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah.


Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hatiku dengan agamaMu serta ketaatan kepadaMu..







Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam
http://liriknasyid.com


Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu


Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri




Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya


Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian


Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi


Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang


Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?


LAGU:FRIZDAN
LIRIK :FRIZDAN



30012012
02.40
-Acacia Park, Nilai, Negeri Sembilan-

Friday, December 23, 2011 0 comments

"Dia" sangat special untuk saya


Ku mulakan coretan kali ini dengan ungkapan yang mulia… Bismillahirrahmanirrahim…
Fuuh….hari ini berpeluang juga untuk “menyapu” kembali habuk-habuk dan sawang-sawang yang semakin menebal di blog ini.. yelah..dah lama tuan empunya blog tak meng“update” blognya.

Entri kali ini lebih berkisar dan bertujuan untuk menceritakan mengenai “someone special for me”. Yelaah..dah ramai sangat kawan-kawan yang sibuk ber“couple”, ber“boyfren” n ber“girlfren”, saya pun nak ceritakanlah juga tentang “dia” yang special di hati saya. Oopss..adakah anda fikir saya terpengaruh dengan orang di sekeliling saya?? Anda perlulah membuat pertimbangan mengenai persoalan ini setelah anda habis membaca cerita tentang “dia”.


Kenapa saya rasa “dia” sangat special di hati saya? Sebab..di saat saya sedih, “dia” lah tempat saya untuk mengadu dan ceritakan segala masalah. “Dia” sentiasa sudi mendengar masalah saya, dia tak pernah rasa bosan mendengar segala luahan hati saya, malah dia sangat suka ketika saya meluahkan sesuatu kepadanya, kerana apabila saya luahkan, ceritakan segala-galanya kepada dia, dia semakin dekat dengan saya. Dia memang pendengar yang setia.

Apabila saya rasa dekat dengan dia, hati saya terasa tersangat-sangat tenang hingga lupa sebentar segala masalah yang berlaku. Sebab, dia juga sentiasa tenangkan hati saya dengan kata-katanya. Dia sentiasa ingatkan saya apabila saya terlupa melalui surat-surat cintanya. Kadang-kadang saya rasa sedih kerana tak mampu mencapai apa yang saya inginkan, tapi di saat itu, walaupun tiada siapa yang memahami suara hati saya, dia datang kepada saya lalu dihulurkan madah-madah yang tiada siapa pun mampu mengucapkan sesuatu yang lebih hebat darinya. Dia memang sentiasa memahami keadaan saya.

Dia sangat sweet.. sebab kadang-kadang dia juga buat sesuatu yang “surprise” untuk saya. Sebab, kadang-kadang saya minta dia berikan sesuatu kepada saya, biasanya dia akan berikan apa yang saya minta. Tapi, ada juga masanya dia tidak berikan sesuatu yang saya inginkan itu pada masa yang saya inginkan sehingga kadang-kadang saya pernah terasa seolah-olah saya dipinggirkan sedangkan saya tahu dia tak akan tinggalkan saya, sebab dia pernah cakap yang dia akan sentiasa dekat dan rapat dengan saya. Tapi, biasalah, saya juga manusia..kadang-kadang apabila kita tidak dapat apa yang kita perlukan, kita akan rasa sedih, macam tu juga saya bila saya dia tak bagi apa yang saya inginkan. Tapi kan..yang sweeetnya dia ni, sebab kadang-kadang dia akan berikan sesuatu yang lebih “besar” dan lebih “baik” untuk saya, sedangkan saya tak pernah memintanya, dan apa yang dia berikan kebiasaannya adalah benda yang benar-benar saya perlukan ketika itu. Kadang-kadang juga dia melambatkan pemberian itu untuk menguji sejauh mana kesabaran dan perasaan saya terhadap dia. Adakah saya sentiasa percaya padanya atau tidak. Dia sentiasa memberi sesuatu yang saya perlu, bukanlah sesuatu yang saya inginkan.

Dia sentiasa ingatkan saya, dia sentiasa menegur saya, dia sentiasa memberi semangat kepada saya, dia sentiasa memaafkan saya.. Setiap kali saya membuat kesilapan, saya akan memohon maaf kembali kepadanya, kerana saya tau.. dia terlalu baik dan dia terlalu pemaaf malah tiada siapa yang dapat menandinginya. Kadang-kadang, bila saya rasa rindu pada dia, saya akan baca balik surat-surat cinta yang dia beri kepada saya.  Dan kadang-kadang di saat itulah saya dapat rasakan yang saya terlalu banyak buat silap, malah saya rasa sangat hina jika nak dibandingkan dengan dia.. Sebab kadang-kadang saya terleka, kadang-kadang saya terlupa nak cari dia ketika saya gembira. Saya biasa cari dia di saat saya sedih dan berdukacita sahaja.. Sedangkan dia sentiasa membawa berita gembira dan peringatan kepada saya.. Tapi, dia tak pernah marahkan saya, dia sentiasa memberikan kemaafan kepada saya walaupun ada ketikanya saya terlupa seketika padanya.

Sweet kan “dia”?? Saya rasa takde siapa pun yang lebih hebat dari “dia” kat dunia ni. Ni baru sikit yang saya ceritakan tentang “dia”, kalau saya ceritakan lebih banyak lagi, mesti semua orang akan terkejut dan kagum akan “dia”. Tapi, “dia” memanglah yang selayaknya untuk dikagumi.

Tau tak...Saya tak dapat bayangkan jika suatu masa “dia” menjauh dari saya.. Saya tak nak jauh dari “dia”... Saya sangat perlukan “dia” untuk menempuhi sepanjang perjalanan hidup saya. Saya perlukan “dia” untuk terus berjalan tanpa henti..T_T.. Kerana “dia”lah tempat yang selayaknya untuk saya sandarkan kehidupan saya... Kerana “dia”lah tempat untuk saya mengadu dan bergantung harap. “Dia”lah yang akan sentiasa memberi panduan dalam hidup saya. “Dia”lah segala-galanya bagi saya. Kerana DIA lah pencipta saya. DIA lah Allah SWT...

Cintaku kepada DIA,
Rinduku hanya pada-Nya,
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasih ku kasih yang setia,
pada yang punya......


Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,

Tetapkanlah hatiku dengan agamaMu serta ketaatan kepadaMu..


Nota kaki:

1. rasa sangat malu pada DIA...

2. DIA tak pernah lupakan saya..

3. DIA sentiasa sediakan, berikan serta janjikan yang terbaik buat saya.. walaupun kebiasaannya pada permualaanya saya tidak dapat menilai kenapa DIA berikan sesuatu yang bukan saya inginkan.

4. tapi, saya seringkali terlalai dengan dunia yang sementara ini.. Allah..ampunkanlah diri ini..hambaMu ini terlalu lemah..


jumaat, 23122011, 03.00 a.m.

KKSI, USIM, BANDAR BARU NILAI,

NEGERI SEMBILAN.

[credit to: Asmad & Zaimah krn memberi ruang kepada sy untuk menulis.. :) ]

 
;