Friday, March 25, 2011 0 comments

:: Futur ::




Post kali ini juz nak share lirik nasyid yang bertajuk Futur yang dilagukan oleh Kumpulan Fatih dari Indonesia.



Kadangku merasa bimbang
Berada didunia yang lapang ini
Sampai kapan aku berjuang
Dijalan dakwah panjang

Takutku akan semua
Semua yang takkan berlanjut lagi
Hanya karna memikirkan
Nafsu dunia yang fana



Rasa futurku menghalangiku
Menempuh semua perjalanan imanku
Akupun ingat semua teman-temanku
Yang masih coba membimbingku


Dalam mengharungi jalan dakwah yang panjang ini, banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi, sehingga kadang-kadang terasa diri ini terlalu lemah untuk menempuhinya. Kadang-kadang terasa diri ini seolah-olah tidak dapat memberi manfaat yang banyak dalam jalan ini. Seringkali aku mengatakan bahawa diriku adala seorang dai'e..tetapi.. apakah yang telah dilaksanakan sebagai seorang dai'e atau sebagai khalifah Allah? layakkah aku diberi gelaran sebagai khalifah Allah? layakkah diri ini memegang 'title' yang sangat mulia itu?? Layakkah??

Namun..sama ada layak atau tidak, title khalifah itu telah Allah letakkan,berikan serta taklifkan kepada hamba-hambaNya dan walau macam manapun, walau apa pun yang kita fikirkan untuk dijadikan alasan untuk mengatakan bahawa diri kita tidak layak bergelar khalifah,bergelar sebagai da'ie.. Kita wajib laksanakan tanggungjawab yang telah Allah amanahkan kepada kita semua, tiada siapa pun yang dikecualikan kerana Allah sendiri telah berfirman:


" Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 2:30

Di sini kita dapat lihat bahawa Allah sendiri berfirman ketika DIA ingin mencipta manusia yang pertama diciptakan bahawa DIA ingin menjadikan khalifah di muka bumi ini. Kalau kita fikir-fikirkan, kenapa mesti Allah berkata bahawa DIA ingin menjadikan khalifah di muka bumi ini, kenapa bukan Allah berkata DIA ingin menjadikan manusia di muka bumi ini?? Tidakkah kita semua dapat berfikir dan melihat bahawa Allah menciptakan setiap seorang di muka bumi ini sebagai khalifah??


Dan title sebagai khalifah itu bukanlah hanya sekadar title semata-mata.. Namun, seorang khalifah mestilah melaksanakan tugasan sebenar sebagai khalifah. Apakah tugas-tugas seorang khalifah? Amar Ma'ruf Nahi Munkar (DAKWAH) ?? Hmm.. Cuba kita muhasabah diri kita balik adakah kita TELAH melaksanakan tugasan2 itu? Adakah kita telah CUBA melaksanakannya? Kalau belum, adakah kita INGIN melaksanakannya? atau adakah tugasan itu kita hanya mendengar seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri? tanpa ada rasa sedikit pun bahawa tugasan itu merupakan tugasan, taklifan, amanah yang dipertanggungjawabkan oleh ALLAH kepada kita??


Post kali ini sebenarnya juga adalah untuk memuhasabahkan diri ini sendiri yang seringkali lemah dan terleka. Semasa mendengar lagu Futur dari kumpulan Fatih ini, terdetik juga rasa bimbang di hati kecil ini bahawa sekarang aku masih lagi berada di jalan dakwah yang panjang ini, ditambah pula dengan pesona dunia yang melekakan ini, tiba-tiba timbul rasa takut,risau, apakah berkemungkinan bahawa diri ini akan terkeluar dari "landasan" ini?? Nauzubillahiminzaalik..

Ya Allah.. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan itu, Ya Allah..Kuatkanlah aku agar sentiasa terus kuat dan thabat di jalanMu ini.. Aku tidak mahu terkeluar dari "daerah ini". Janganlah KAU hadirkan rasa futur yang boleh menghalangi perjalanan imanku dan teman-teman seperjuanganku...tetapi, KAU hadirkanlah kepadaku teman-teman yang sentiasa cuba untuk membimbingku, menegurku, mengingatkanku kepada MU seandainya diri terleka di setiap waktu, dan KAU kuatkanlah ikatan hati antara kami agar sentiasa bersama-sama dalam memikul beban dakwahMu,Ya Allah..

Tuesday, March 1, 2011 0 comments

Lagi Sayang Lagi diuji??

entri kali ini hanyalah sekadar perkongsian daripada pembacaan dari laman iluvislam.com
moga-moga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita .. InsyaAllah..


"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

"Macam mana kalau tak betul?"

Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.

Adikku,

Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.

Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?

Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya:

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)

Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu

Adikku,

Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?

Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?

Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka?Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.

Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?

Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.

Ujian Ini Nikmat Keimanan

Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?

Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?

Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah

Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?

Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?

Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.

Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!
Wednesday, February 23, 2011 0 comments

Epilog Seorang Pejuang



Tika senja melabuh layarnya,
Kicauan burung sayup kedengaran,
Terpaku diri mengimbau semula,
Erti sebuah perjuangan..

Arus hidup yg penuh kepalsuan,
Deruan ombak badai kesesatan,
Terdampar diri asing tersi
sih..

Hakikat hidup bak roda berputar,
Seringkali kita terkeliru,
Oleh dunia yang menipu,
Oh Tuhanku, itulah diriku..

Kumenyedari siapa diri ini,
Mengharap menanti kejayaan di dalam hidup,
Tanpa pengorbanan..

Di kala rembulan mengambang indah,
Cahayanya menerang kegelapan,
Tika itulah kum
enangis gundah,
Terkenangkan kesilapan..

Bagaikan musafir kehilangan punca,
Melangkah kaki pasrah dan berserah,
Menyerah diri tawakkal berusah
a..

Dan kini kuakur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandas iman..

Epilog Hidup Seorang Pejuang,
Mengharung mehnah dan ujian,
Berjuanglah dan terus berkorban..

Tika mentari memancar sirna,
Bumi bertuah menyamb
ung usia,
Dalam segala kesuraman untukku terus berjuang..




Wednesday, February 16, 2011 0 comments

AKU CINTA DIA [ACD]

Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu menanggung derita yang melanda
biarpun perit pedih terseksa kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya contoh terbaik umat akhir zaman
akhlak mu tinggi kan kami jejaki sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumanmu penawar hiba di hati kami kaulah segalanya

Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu menanggung derita yg melanda
biarpun perit pedih terseksa kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya contoh terbaik umat akhir zaman
ahklakmu tinggi kan kami jejaki sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumannmu penawar hiba di hati kami kaulah segalanya

Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira di akhirat kita kan bersua


Ungkapan cinta memang mudah untuk dilisankan. Pelbagai ungkapan indah yang digunakan untuk menzahirkan rasa cinta itu. Tapi,ungkapan tersebut adakah juga mudah untuk kita buktikan dan zahirkan melalui perbuatan kita?? Apabila kita bertanya kepada orang ramai, di manakah kedudukan cinta kita kepada ALLAH?? Cinta kepada RASULULLAH?? Mereka mesti akan menjawab cinta kepada ALLAH adalah kedudukan paling tertinggi bagi mereka, selepas cinta kepada ALLAH sudah tentulah cinta kepada RASULULLAH. Mesti ada yang pelik bila ditanyakan sebegini.. “ish.. budak ni takkanlah benda basic macam ni pun tak tau kot...,” sudah pasti ada yang berfikir sebegini rupa.

Erm..sebenarnya cuba kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan, betulkah cinta kita terhadap ALLAH dan RASULULLAH melebihi segala-galanya? Apa buktinya kita cintakan RASULULLAH? Mesti ada yang jawab berselawat, mendalami sirah baginda, ikut sunnah baginda, contohi akhlak baginda, hayati perjuangan baginda, teruskan perjuangan baginda dan macam-macam lagi. Adakah bukti-bukti yang diseneraikan di sini hanyalah sekadar yang terkeluar melalui lidah kita semata-mata? Ataupun kita memang laksanakannya?

Jom kita cek satu persatu, berselawat kepada baginda. Alhamdulillah, rasanya semua orang akan berselawat ke atas baginda setiap hari. Kedua mendalami sirah baginda, sejauh mana kita mendalami sirah baginda? Adakah sirah yang hanya dipelajari ketika di sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu semata-mata? Atau berapa banyakkah buku sirah yang kita miliki? Dan sudahkah kita habis membaca dan menghayati buku-buku tersebut? Yang ketiga, ikut sunnah baginda. Berapa banyakkah sunnah baginda yang kita semua ikut? Solat berjemaah, qailullah, follow cara baginda makan, tidur dan sebagainya. Dalam beberapa perkara tersebut sudah terbuktikah kita memang benar-benar cintakan baginda? Cuba kita fikir betul-betul, adakah kita sedar sunnah baginda yang paling besar yang baginda tinggalkan kepada kita, dan adakah kita melaksanakan sunnah terbesar tersebut? Dan apakah sunnah tersebut? Sunnah tersebut adalah DAKWAH. Betapa besarnya jasa baginda yang tak pernah berhenti menyebarkan dakwah walaupun dipulaukan, dicaci serta dihina sehingga baginda berjaya membentuk individu-individu yang sangat hebat yang turut menyebarkan dakwah serta memperjuangkan Islam sehinggalah Islam pernah menguasai 2/3 daripada dunia ini. Cuba kita bayangkan seandainya, sunnah terbesar itu tidak dilaksanakan oleh baginda, para sahabat serta umat-umat selepasnya adakah Islam akan sampai kepada kita?? Itu merupakan salah satu bukti cinta baginda kepada kita.

Sebagai umat yang sangat dicintai oleh baginda, adakah kita sudah melaksanakan sunnah tersebut yang juga merupakan taklifan kepada kita?? Jika sudah, berapa kalikah sunnah itu kita laksanakan? Adakah kita masih meneruskannya walaupun ada perkara yang menggugat kita? Jika belum laksanakan, adakah kita akan laksanakannya? Jika ya, bilakah kita akan memulakannya? Adakah ia merupakan satu beban kepada kita? Tak sanggupkah kita melaksanakannya bagi membuktikan rasa cinta kepada baginda? Tak malukah kita kepada baginda yang sentiasa memikirkan kita sebagai umatnya? Sehingga saat sakaratul maut baginda, kita sentiasa diingati dan masih disebut oleh baginda, “ummati..ummati..ummati..” malahan baginda turut meminta agar Allah menimpakan kesakitan umat baginda di saat sakaratul maut ke atas baginda, janganlah ditimpa kesakitan itu kepada kita semua. Di padang mahsyar kelak, baginda akan sentiasa mencari umat baginda untuk diberikan syafaat. Subahanallah!!!!!!!! Sayangnya dan cintanya baginda kepada kita!!!!

Jika hendak dibandingkan dengan cinta baginda kepada kami umatmu, malu rasanya nak mengatakan diri ini memang benar-benar mencintai dirimu, kerana masih banyak sunnahmu yang masih aku belum laksanakan, masih banyak kisah-kisah engkau yang belum aku ketahui. Walaupun jauh di sudut hati ini menjerit-jerit ingin mengatakan “AKU CINTA PADAMU”.. Ya Rasulullah.. terasa kerdil dan hinanya diri ini di hadapanmu...


Muhasabah kembali diri ini setelah berakhirnya program AKU CINTA DIA bersama-sama akhawat pada hari Selasa, 15 Februari 2011. Moga-moga perasaan cinta terhadap baginda akan menguatkan lagi diri ini di jalan ini.. ....AKU CINTA DIA....

 
;