Wednesday, February 16, 2011

AKU CINTA DIA [ACD]

Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu menanggung derita yang melanda
biarpun perit pedih terseksa kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya contoh terbaik umat akhir zaman
akhlak mu tinggi kan kami jejaki sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumanmu penawar hiba di hati kami kaulah segalanya

Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu menanggung derita yg melanda
biarpun perit pedih terseksa kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya contoh terbaik umat akhir zaman
ahklakmu tinggi kan kami jejaki sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumannmu penawar hiba di hati kami kaulah segalanya

Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira di akhirat kita kan bersua


Ungkapan cinta memang mudah untuk dilisankan. Pelbagai ungkapan indah yang digunakan untuk menzahirkan rasa cinta itu. Tapi,ungkapan tersebut adakah juga mudah untuk kita buktikan dan zahirkan melalui perbuatan kita?? Apabila kita bertanya kepada orang ramai, di manakah kedudukan cinta kita kepada ALLAH?? Cinta kepada RASULULLAH?? Mereka mesti akan menjawab cinta kepada ALLAH adalah kedudukan paling tertinggi bagi mereka, selepas cinta kepada ALLAH sudah tentulah cinta kepada RASULULLAH. Mesti ada yang pelik bila ditanyakan sebegini.. “ish.. budak ni takkanlah benda basic macam ni pun tak tau kot...,” sudah pasti ada yang berfikir sebegini rupa.

Erm..sebenarnya cuba kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan, betulkah cinta kita terhadap ALLAH dan RASULULLAH melebihi segala-galanya? Apa buktinya kita cintakan RASULULLAH? Mesti ada yang jawab berselawat, mendalami sirah baginda, ikut sunnah baginda, contohi akhlak baginda, hayati perjuangan baginda, teruskan perjuangan baginda dan macam-macam lagi. Adakah bukti-bukti yang diseneraikan di sini hanyalah sekadar yang terkeluar melalui lidah kita semata-mata? Ataupun kita memang laksanakannya?

Jom kita cek satu persatu, berselawat kepada baginda. Alhamdulillah, rasanya semua orang akan berselawat ke atas baginda setiap hari. Kedua mendalami sirah baginda, sejauh mana kita mendalami sirah baginda? Adakah sirah yang hanya dipelajari ketika di sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu semata-mata? Atau berapa banyakkah buku sirah yang kita miliki? Dan sudahkah kita habis membaca dan menghayati buku-buku tersebut? Yang ketiga, ikut sunnah baginda. Berapa banyakkah sunnah baginda yang kita semua ikut? Solat berjemaah, qailullah, follow cara baginda makan, tidur dan sebagainya. Dalam beberapa perkara tersebut sudah terbuktikah kita memang benar-benar cintakan baginda? Cuba kita fikir betul-betul, adakah kita sedar sunnah baginda yang paling besar yang baginda tinggalkan kepada kita, dan adakah kita melaksanakan sunnah terbesar tersebut? Dan apakah sunnah tersebut? Sunnah tersebut adalah DAKWAH. Betapa besarnya jasa baginda yang tak pernah berhenti menyebarkan dakwah walaupun dipulaukan, dicaci serta dihina sehingga baginda berjaya membentuk individu-individu yang sangat hebat yang turut menyebarkan dakwah serta memperjuangkan Islam sehinggalah Islam pernah menguasai 2/3 daripada dunia ini. Cuba kita bayangkan seandainya, sunnah terbesar itu tidak dilaksanakan oleh baginda, para sahabat serta umat-umat selepasnya adakah Islam akan sampai kepada kita?? Itu merupakan salah satu bukti cinta baginda kepada kita.

Sebagai umat yang sangat dicintai oleh baginda, adakah kita sudah melaksanakan sunnah tersebut yang juga merupakan taklifan kepada kita?? Jika sudah, berapa kalikah sunnah itu kita laksanakan? Adakah kita masih meneruskannya walaupun ada perkara yang menggugat kita? Jika belum laksanakan, adakah kita akan laksanakannya? Jika ya, bilakah kita akan memulakannya? Adakah ia merupakan satu beban kepada kita? Tak sanggupkah kita melaksanakannya bagi membuktikan rasa cinta kepada baginda? Tak malukah kita kepada baginda yang sentiasa memikirkan kita sebagai umatnya? Sehingga saat sakaratul maut baginda, kita sentiasa diingati dan masih disebut oleh baginda, “ummati..ummati..ummati..” malahan baginda turut meminta agar Allah menimpakan kesakitan umat baginda di saat sakaratul maut ke atas baginda, janganlah ditimpa kesakitan itu kepada kita semua. Di padang mahsyar kelak, baginda akan sentiasa mencari umat baginda untuk diberikan syafaat. Subahanallah!!!!!!!! Sayangnya dan cintanya baginda kepada kita!!!!

Jika hendak dibandingkan dengan cinta baginda kepada kami umatmu, malu rasanya nak mengatakan diri ini memang benar-benar mencintai dirimu, kerana masih banyak sunnahmu yang masih aku belum laksanakan, masih banyak kisah-kisah engkau yang belum aku ketahui. Walaupun jauh di sudut hati ini menjerit-jerit ingin mengatakan “AKU CINTA PADAMU”.. Ya Rasulullah.. terasa kerdil dan hinanya diri ini di hadapanmu...


Muhasabah kembali diri ini setelah berakhirnya program AKU CINTA DIA bersama-sama akhawat pada hari Selasa, 15 Februari 2011. Moga-moga perasaan cinta terhadap baginda akan menguatkan lagi diri ini di jalan ini.. ....AKU CINTA DIA....

0 comments:

 
;