Sunday, August 14, 2011 0 comments

Day #14

photo taken from : Brotherhood Arts


Alhamdulillah, tanpa kita sedari kita telah pun sampai ke fasa ke-2 dalam bulan Ramadhan. Iaitu fasa keampunan (maghfirah). Jom cek balik diri kita dan amalan-amalan yang kita kerjakan pada 13 hari yang telah berlalu pergi. Adakah kita telah berusaha untuk mengaut keuntungan pada fasa 1 (rahmah) . Jika tidak, yuk kita sama-sama segera bangkit untuk mengutip serta mengambil peluang yang sebaik-baiknya di fasa ke-2 ini.

Di Fasa keampunan ini, banyak-banyakkanlah memohon keampunan dari Allah, jangan lepaskan bonus dari Allah ini!

Jom amalkan doa ini :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا

Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa

Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya Engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami.

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,

Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”

Wednesday, July 6, 2011 0 comments

Mendamba KasihMu

Tuhan,

Terasa lembutnya belai sayangMU,

Bersama kurnia sekalung hidayah,

Tapi,

Adakalanya terasa membahang kemurkaanMU,

Seiring patahnya sayap mujahadahku,


Tuhan,

Langkahku bagaikan mati,

Mendaki kasihMU nan sayup tinggi,

Namun cintaku bukan palsu,

Biar langkahku ke sana sering terganggu,


Tuhan,

Terlerai sudah ribuan taubatku,

Terungkai bersama semua janjikan yang dulu,

Kataku sering ku mungkiri,

Walau ku tahu cintaMu tak pernah meminggir,


Tuhan,

Walau apa pun, aku masih terus di sini,

Mengemis di dermaga janjiMu yang pasti,

Di sini aku masih mendamba kasihMu,

Kerna ku yakin kasih Mu tak pernah sirna selama-lamanya..







Kasih sayang Allah kepada hambaNya tidak pernah terbatas.. Namun, hanya hambaNya saja yang sering lalai dan leka dengan kenikmatan dunia yang fana ini.. Rasa sangat malu diri ini terhadapMu...


"Mengharap Cinta Sejati,
Mendamba Kasih ILAHI..."

mood: muhasabah diri yang sering lalai dan alpa sambil menghayati kembali lirik nasyid Damba Kasih by Inteam..


“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,

Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”



Tuesday, June 28, 2011 1 comments

Warkah buat sahabat

Kehadapan sahabatku yang sangat dirindui,
moga terus di bawah naungan rahmat dan kasih sayangNYA,

Tatkala diri ini bermusafir di alam maya, lalu hati ini seolah-olah ditarik-tarik untuk singgah di teratak maya mu yang telah lama tidak ku singgahi. Namun, persinggahan ku di teratakmu kali ini seolah-olah persinggahan seorang musafir yang tidak disedari kehadirannya oleh tuan teratak itu. Bukan kerana tidak sudi bersapa denganmu, namun hati ini tidak cukup kuat untuk bertemu denganmu, sahabatku.. Hati ini seolah-olah terhambat dek perasaan malu, malu terhadap diri ini yang tidak pernah menunaikan hak ukhuwah itu dengan sebenar-benarnya.

Dulu, di saat kita bersama-sama di 'taman-taman syurga', kita sering berkata : "moga ukhuwah yang kita bina di jalan ini akan terus kekal", "ukhuwah fillah abadan abada", "ingatlah diri ini dalam setiap doamu", "susah senang harungi bersama".. dan bermacam-macam lagi janji-janji manis yang kita pahatkan ketika itu. Namun, sahabatku.. maafkanlah diri ini.. kerana tidak menunaikan janji itu dengan sebaik-baiknya. Terasa diri ini seolah-olah telah mengabaikan hak-hak seorang sahabat terhadap dirimu. Hatiku tersentak setelah mendengar berita mengenaimu dari seorang sahabat. Di saat itu, monolog dalaman menjerit-jerit sekuat hati berkata: " bilakah kali terakhir jari-jarimu menekan keypad di handphone dan keyboard pada laptop untuk bertanya khabar padanya??", "Adakah setiap kali selepas solat kau mendoakannya?". Ya Allah, betapa telah lama ku abaikannya..

Sahabatku, sedang diri ini bergembira, tidak ku tahu bahawa dirimu sedang berperang dengan perasaanmu sendiri, sedang cuba menguatkan hatimu itu bagi menghadapi ujian-ujian dariNya. Tidak pernah terjangkau di fikiran ini bahawa kau akan menghadapi ujian ini, ujian yang pernah aku hadapi.. Sangkaanku pada mulanya ujian itu hanya pada waktu itu sahaja. Namun, sangkaan ku benar-benar meleset kerana baru ku sedar bahawa ujian itu berganda-ganda yang telah tergalas di bahumu.

Ya Allah.. terlalu banyak ujian yang kau timpa kepadanya, tidak ku sangka 3 tahun yang berlalu telah membuka lembaran episod baru dalam kehidupannya. Dia yang ku kenal memang selayaknya mendapat kelebihan itu, namun benarlah.. kuasaMU itu mengatasi segala-galanya. Ayat 2:216 kembali menjengah mindaku. Benarlah, tidak semua yang kita impikan dan bayangkan akan menjadi milik kita kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sahabatku, kau yang ku kenal sentiasa bersangka baik denganNYA, sentiasa mendekatkan diri denganNYA, di saat kau jatuh, kau terus bangkit dan terus merintih mengharapkan belas kasihan dan juga pengampunanya kerna kau sering berkata kemungkinan doamu itu tidak terjawab adalah kerana kekhilafan dirimu sendiri dan juga kerana si DIA masih merindui rintihan-rintahan darimu.

Sahabatku, tahukah dirimu, bahawa aku cemburu terhadapmu.. cemburu kerana seolah-olah dirimu sentiasa menjadi perhatian dariNYA. Terasa hebatnya dirimu di mata NYA kerana tidak jemu-jemu DIA ingin meninggikan darjatmu di sisiNYA.Cemburu kerana kekuatanmu menghadapi ujian-ujian dariNYA. Cemburu kerana engkau semakin matang dalam mengharungi kehidupan ini.

Sahabatku, bersama-sama kesulitan itu ada kemudahan. Diri ini tidak pernah diuji sehebat itu dan ku kira diri ini tidak termampu untuk menggalasinya kerana itulah diriku tidak dipilih untuk menerimanya. Dan ku tahu bahawa dirimu akan terus melangkah walau seberat manapun bebanan yang terpikul di bahumu itu. DIA tidak akan bebankan kita dengan bebanan yang tidak mampu kita pikul.

Akhir kata buatmu Sahabatku, maafkanlah diri ini kerana tidak menunaikan hak-hak terhadapmu sebaik mungkin. Sesungguhnya aku tidak pernah melupakan kehadiranmu dalam hidupku. Doaku agar dirimu terus thabat dalam meniti jalan dakwah yang panjang ini disamping terus kuat menghadapi pelbagai ujian yang telah digalaskan di bahumu serta moga dirimu dikurniakan jannah berkat kesabaran mu ini.. InsyaAllah..


Dedikasi buat seorang sahabat yang jauh di mata, namun dekat di hati, InsyaAllah..
ikhlas dariku, sahabatmu yang serba kekurangan.
Baiti Jannati
- 280611-
02.53 a.m


“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,

Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”


Wednesday, June 15, 2011 0 comments

Syukur

Syukur??

Sebutnya memang sangat mudah..

Tapi, adakah ia benar-benar di hati?

Lidah sentiasa menyebut,

"Errmm..aku bersyukur dengan nikmatNya yang ada padaku.."


Namun..

Tatkala ku melihat orang yang lebih dariku,

Kadang kala terdetik di hati kecil..

" Oh.. Kenapa dia mendapat lebih dari ku?"

" Kenapa aku tak dapat macam dia? sedangkan kami sama-sama berusaha.."

" Ish.. alaa.. sikit je lagi nak dapat..kenapa lah aku tak dapat benda ni??"

Kenapa..kenapa..dan kenapa??

Persoalan yang tidak pernah akan berakhir..


Adakah ini erti syukurku pada nikmatNYA?

Sering mempersoalkan kenapa dan mengapa?

Lidah sangat mudah untuk menuturkan bicara, namun..hati bagaimana?

Kadangkala diri sendiri memujuk..

Persoalan itu adalah untuk memperbaiki diriku yang kurang..yang lemah..

Ermm..Alhamdulillah..bagusnya niat di hati ini..

Namun, adakah benar aku cuba mengislahkan diri aku ini?

Adakah selepas persoalan itu berlegar-legar,

Terus aku mengislah, memperbaiki diri,

Agar tidak masih di takuk lama?

Atau itu adalah sekadar alasanku kepada diri sendiri,

Kerana takut untuk mengatakan diri ini kurang bersyukur?


Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu karena hal itu lebih patut agar engkau sekalian tidak menganggap rendah nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu" [HR Bukhari]


Dalam erti kata lain,

Dalam kita masih lagi sibuk memikirkan kenapa aku tak dapat itu dan ini

selepas kita melihat orang yang lebih dari kita,

Kita juga sepatutnya melihat orang yang berada lebih bawah dari kita,

Kerana apabila kita melihat mereka,

InsyaAllah, akan terlahir rasa syukur itu,

Namun, cepat-cepatlah beristighfar,

agar perasaan riak pula tidak menghadirkan diri..


Eh..tapi, kan.. bukankah sebagai umat Islam kita sepatutnya cuba mendapatkan yang terbaik?

Ya..kita memang sepatutnya dapat yang terbaik..!

Habis tu, kalau nak dapatkan yang terbaik kita kena ada benchmark kan?

dan ia mesti lebih baik dari kita kan?

Bila kita tengok yang kat bawah, kita akan rasa cepat puas hati

dan rasa macam ada kat zon selesa kan?

Ya.. tepat sekali..

Untuk mencapai sesuatu yang terbaik kita mesti mencontohi yang terbaik,

Supaya kita lebih bersemangat untuk mendapat yang terbaik..


Namun.. apabila natijahnya tidak yang sebaik kita inginkan,

kita juga perlu melihat mereka yang kurang dari kita..

Di saat itu akan terdetik di hati..

"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana kurniakan rezeki itu kepada ku..

sesungguhnya masih ada insan yang berada di luar sana yang masih belum berpeluang untuk mencapainya..”


Sesungguhnya, setiap sesuatu perkara yang Allah jadikan,

ada hikmah yang tersembunyi..

Bukan kerana DIA tidak sayangkan kita..

Namun, DIA masih merindui rintihan dari hamba-hambaNYA

Yang tidak pernah berputus asa merintih, meminta, serta memohon pertolonganNYA.

Malah, DIA sendiri pernah berkata kepada kita:

“ Berdoalah kepada KU, nescaya akan KU perkenankan”


Mungkin ianya lambat sedikit termakbul,

Namun janjiNYA itu pasti,

Dia tetap akan perkenankannya,

Kalau tidak di sini, insyaAllah di sana nanti,

Seandainya kita tidak dapat mencapai sesuatu yang kita inginkan,

Kita akan terus minta dan terus meminta,

Umpama seorang anak kecil yang inginkan sesuatu dari ayahnya,

Dia akan terus berusaha mendapatkannya,

Terus mendekatkan diri, terus berbuat baik kepada ayahnya

sehingga hasratnya tercapai,

Dan setelah bersusah payah mendapatkannya,

Dia akan berterima kasih dan menghargai pemberian itu..

Itulah umpanya seorang hamba kepada Penciptanya.


Namun, sedarkah kita,

Dengan lambat termakbulnya permintaan itu,

Pencipta kita telah memberikan peluang dan ruang untuk kita lebih dekat kepadaNYA?

Kita akan berbangga seandainya kita dekat dan rapat dengan Sultan, Agung, PM kan?

Tapi, cuba kita bayangkan kita ini sangat dekat,

Dengan DIA yang lebih hebat daripada Sultan, Agung, serta PM,

Malah DIA sentiasa mendengar semua rintihan dan masalah kita..


Tidakkah itu sudah cukup membuatkan kita lebih rasa berbangga dan bersyukur?

ALLAH..besarnya nikmat yang KAU beri..

Terima Kasih, Ya Allah..




::Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan. Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu! ::

Mood : Muhasabah

Baiti Jannati, Gong Badak, Kuala Terengganu [02.25 pm- 150611-]


“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,

Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”


 
;