Kehadapan sahabatku yang sangat dirindui,
moga terus di bawah naungan rahmat dan kasih sayangNYA,
Dulu, di saat kita bersama-sama di 'taman-taman syurga', kita sering berkata : "moga ukhuwah yang kita bina di jalan ini akan terus kekal", "ukhuwah fillah abadan abada", "ingatlah diri ini dalam setiap doamu", "susah senang harungi bersama".. dan bermacam-macam lagi janji-janji manis yang kita pahatkan ketika itu. Namun, sahabatku.. maafkanlah diri ini.. kerana tidak menunaikan janji itu dengan sebaik-baiknya. Terasa diri ini seolah-olah telah mengabaikan hak-hak seorang sahabat terhadap dirimu. Hatiku tersentak setelah mendengar berita mengenaimu dari seorang sahabat. Di saat itu, monolog dalaman menjerit-jerit sekuat hati berkata: " bilakah kali terakhir jari-jarimu menekan keypad di handphone dan keyboard pada laptop untuk bertanya khabar padanya??", "Adakah setiap kali selepas solat kau mendoakannya?". Ya Allah, betapa telah lama ku abaikannya..
Sahabatku, sedang diri ini bergembira, tidak ku tahu bahawa dirimu sedang berperang dengan perasaanmu sendiri, sedang cuba menguatkan hatimu itu bagi menghadapi ujian-ujian dariNya. Tidak pernah terjangkau di fikiran ini bahawa kau akan menghadapi ujian ini, ujian yang pernah aku hadapi.. Sangkaanku pada mulanya ujian itu hanya pada waktu itu sahaja. Namun, sangkaan ku benar-benar meleset kerana baru ku sedar bahawa ujian itu berganda-ganda yang telah tergalas di bahumu.
Ya Allah.. terlalu banyak ujian yang kau timpa kepadanya, tidak ku sangka 3 tahun yang berlalu telah membuka lembaran episod baru dalam kehidupannya. Dia yang ku kenal memang selayaknya mendapat kelebihan itu, namun benarlah.. kuasaMU itu mengatasi segala-galanya. Ayat 2:216 kembali menjengah mindaku. Benarlah, tidak semua yang kita impikan dan bayangkan akan menjadi milik kita kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Sahabatku, kau yang ku kenal sentiasa bersangka baik denganNYA, sentiasa mendekatkan diri denganNYA, di saat kau jatuh, kau terus bangkit dan terus merintih mengharapkan belas kasihan dan juga pengampunanya kerna kau sering berkata kemungkinan doamu itu tidak terjawab adalah kerana kekhilafan dirimu sendiri dan juga kerana si DIA masih merindui rintihan-rintahan darimu.
Sahabatku, tahukah dirimu, bahawa aku cemburu terhadapmu.. cemburu kerana seolah-olah dirimu sentiasa menjadi perhatian dariNYA. Terasa hebatnya dirimu di mata NYA kerana tidak jemu-jemu DIA ingin meninggikan darjatmu di sisiNYA.Cemburu kerana kekuatanmu menghadapi ujian-ujian dariNYA. Cemburu kerana engkau semakin matang dalam mengharungi kehidupan ini.
Sahabatku, bersama-sama kesulitan itu ada kemudahan. Diri ini tidak pernah diuji sehebat itu dan ku kira diri ini tidak termampu untuk menggalasinya kerana itulah diriku tidak dipilih untuk menerimanya. Dan ku tahu bahawa dirimu akan terus melangkah walau seberat manapun bebanan yang terpikul di bahumu itu. DIA tidak akan bebankan kita dengan bebanan yang tidak mampu kita pikul.
Akhir kata buatmu Sahabatku, maafkanlah diri ini kerana tidak menunaikan hak-hak terhadapmu sebaik mungkin. Sesungguhnya aku tidak pernah melupakan kehadiranmu dalam hidupku. Doaku agar dirimu terus thabat dalam meniti jalan dakwah yang panjang ini disamping terus kuat menghadapi pelbagai ujian yang telah digalaskan di bahumu serta moga dirimu dikurniakan jannah berkat kesabaran mu ini.. InsyaAllah..
Dedikasi buat seorang sahabat yang jauh di mata, namun dekat di hati, InsyaAllah..
ikhlas dariku, sahabatmu yang serba kekurangan.
Baiti Jannati
- 280611-
02.53 a.m
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”


1 comments:
terima kasih shbatku yg dicintai Allah...
aku hanyalah hamba yang lemah lagi hina disisiNya...
Post a Comment