sekadar ingin berkongsi sebuah cerita yang diterima dari seorang sahabat. Kisah ni sebenarnya menggambarkan kehidupan kita sebagai manusia. Semoga kita dapat bermuhasabah diri kita...
UNTUK RENUNGAN BERSAMA ….
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sam bil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikirbagaiman nak selamat, tiba-tiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... macam maner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sam pai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua sebagai manusia. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..
Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat pada pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka dijalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan
Allah ghayatuna
Ar-Rasul Qudwatuna
Al-Quran dusturuna
Al-Jihadu sabiluna
Al-Mautu fi sabilillah asma amanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran Pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
cita-cita kami tertinggi
Bila ku renung kembali lirik lagu ini aku terfikir memang setiap umat Islam mengatakan bahawa Allah adalah matlamat hidup ini, Rasul pula ikutan kita, Al-Quran sebagai pedoman hidup, jihad adalah jalan juang dan syahid di jalan Allah adalaah cita-cita tertinggi hidup ini, begitu juga dengan diri ini. Tetapi benarkah kita benar-benar mengaplikasikannya dalam kehidupan ini?
Adakah semua perintahNya kita ikuti dan laranganNya kita tinggalkan? Adakah semua sunnah Rasulullah kita ikuti..Hmm..bila ku renung kembali diri ini, banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk menjadikan sesuatu yang diimpi-impikan sebagai satu kenyataan. Wallahua'lam..
Adakah semua perintahNya kita ikuti dan laranganNya kita tinggalkan? Adakah semua sunnah Rasulullah kita ikuti..Hmm..bila ku renung kembali diri ini, banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk menjadikan sesuatu yang diimpi-impikan sebagai satu kenyataan. Wallahua'lam..
'Pesan Terakhir' ini adalah merupakan nukilan terakhir As-Syahid Sayyid Qutb sebelum beliau ke tali gantung. aku sungguh kagum dengan kesungguhan beliau dalam menyampaikan dakwah walaupun sebelum beliau menerima hukuman gantung oleh Presiden Naseer ketika itu namun beliau masih mampu titipkan pesanan buat umat Islam di dunia ini. Malah ketika beliau ditangkap dan diperintahkan agar memohon maaf kepada presiden Naseer kerana kritikan Sayyid Qutb kepadanya. Namun begitu, beliau tidak memohon maaf kepadanya malah beliau dengan tegas menjawab :
Saudara…
“Telunjuk yang bersyahadah setiap kali bersolat bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhamad Rasulullah, tidak akan aku menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benar aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan”.
Subhanallah..sungguh kuat beliau dalam mempertahankan yang benar. Semoga kita dapat mencontohi beliau dalam menempuhi hidup ini.. Hayatilah nukilan terakhir beliau..
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau sirami pusaraku dengan air matamu,
Maka diatas tulang belulangku yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat umat ini,
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya.
Saudara...
Kematianku adalah suatu perjalanan,
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu,
Taman-taman syurgaNya bangga menerimaku,
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku,
Bahagialah hidupku di alam abadi.
Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan hancur,
Dan alam ini kan disinari fajar lagi,
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya,
Janganlah gentar berkelana di alam abadi,
Nun di sana fajar sedang memancar.
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let's start question in ourselves
Isnt this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
NO..
[chorus]
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by suprise
Take us in the best way
[ALLAH]
Guide us every single day
[ALLAH]
Keep us close to you
Until the end of time
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running i your veins
What about anger love and pain
And all the thing you are feeling
Can you touch them with your hand
So are they really there
lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
NO..
[chorus]
When a baby's born
So helpless and weak
And you are watching him growing
So why deny
whats in front of your eyes
the biggest miracle of life
[chorus]
ALLAH
YOU created everything
We belong to YOU
Ya Rabb we raised our hand
Forever we thank you...
الحمدلله...
Lirik lagu ni sangat bagus untuk kita semua renung2 kan kembali kepada kebesaran & kekuasaan serta keindahan ciptaan Allah S.W.T..
Semoga kita turut tergolong dalam kalangan golongan yang mensyukuri nikmat Allah...Wallahua'lam...
Subscribe to:
Posts (Atom)


- Follow Us on Twitter!
- "Join Us on Facebook!
- RSS
Contact