Thursday, February 18, 2010

Pesan Terakhir

'Pesan Terakhir' ini adalah merupakan nukilan terakhir As-Syahid Sayyid Qutb sebelum beliau ke tali gantung. aku sungguh kagum dengan kesungguhan beliau dalam menyampaikan dakwah walaupun sebelum beliau menerima hukuman gantung oleh Presiden Naseer ketika itu namun beliau masih mampu titipkan pesanan buat umat Islam di dunia ini. Malah ketika beliau ditangkap dan diperintahkan agar memohon maaf kepada presiden Naseer kerana kritikan Sayyid Qutb kepadanya. Namun begitu, beliau tidak memohon maaf kepadanya malah beliau dengan tegas menjawab :

“Telunjuk yang bersyahadah setiap kali bersolat bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhamad Rasulullah, tidak akan aku menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benar aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan”.

Subhanallah..sungguh kuat beliau dalam mempertahankan yang benar. Semoga kita dapat mencontohi beliau dalam menempuhi hidup ini.. Hayatilah nukilan terakhir beliau..

Saudara…
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau sirami pusaraku dengan air matamu,
Maka diatas tulang belulangku yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat umat ini,
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya.

Saudara...
Kematianku adalah suatu perjalanan,
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu,
Taman-taman syurgaNya bangga menerimaku,
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku,
Bahagialah hidupku di alam abadi.

Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan hancur,
Dan alam ini kan disinari fajar lagi,
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya,
Janganlah gentar berkelana di alam abadi,
Nun di sana fajar sedang memancar.

p/s: Thanks to kak yan sebab bagi task tentang tokoh2 Islam di zaman moden ni. Sebelum ni memang dah tau serba sedikit tentang tokoh2 ni. Tapi, bila dah baca betul2 tentang perjalanan hidup beliau ni rasa bersemangat plak nak b'kongsi tentang perjalanan hidup Sayid Qutb dalam menegakkan syariat Islam ni...Can't wait to see u... Wallahua'lam..:-)

2 comments:

:: Zahratu Billaurah :: said...

Subahanallah.....
kuatnya iman .....kalau kita duk dlm situasi tu,ganelah agaknya....

berusaha jadi golongan Al-Muqarrabin....golongan yg mendampingi Allah...yg merasakan solat sunat itu seperti perkara yg wajib...

Hamba Allah said...

btl 2 b2...klo kte r..
agk2nye cmne kn??
kdg2 2 nk g kt tmpt yg baik pn kte rs brt ht kn..pdhl dh tau bnda 2 baek utk kte..mmg jauh b'beza keimanan kita dgn beliau kan..
pape pn..doakanlah agar kte trs thabat di jalan Allah..

 
;