Sunday, May 24, 2009 0 comments

WARKAH BUAT HAWA...

HAWA..

Andai engkau masih remaja,

Jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,

Andai engkau sudah bersuami,

Jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,

Andai engkau masih ibu,

Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA..

Andai engkau belum berkahwin,

Janganlah kau risau jodohmu,

Ingatlah janji tuhan kita,

Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu,

Kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,

Maka lahirnya senyuman

Maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan,

Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA..

Lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa,

Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya,

Lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya

Serta kemampuannya mengoncang iman lelaki,

Tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,

Peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya,

Kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya,

Lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta

Kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,

Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu
HAWA..

Jagalah pandanganmu,

Awasilah auratmu,

Peliharalah akhlakmu,

Kuatkan pendirianmu.

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,

Cukuplah hanya cinta ALLAH,

Yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,

Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,

Cukuplah sekadar cinta adik beradik,

Serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA..

Cintailah ALLAH dikala susah dan senang

Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH.

Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH,

Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia

Selain daripada cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia,

Juga mengoncangkan iman lelaki

.TUNDUKKANLAH PANDANGANMU

Thursday, May 7, 2009 0 comments

renungan bersama....

Dunia tempat kita menyemai,
Akhirat nanti tempat kita menuai,
Beribadahlah bagai kita akan mati esok hari,
Kerana itulah matlamat kita dijadikan,
DariNya kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang.



Namun, bekerjalah ...
Seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi,

Demi kecemerlangan diri
Dan pewaris generasi nanti,
Taburlah bakti
Sebanyak – banyaknya kepada insan,
Kerana ganjaran kebaikan,
Penuh kemanisan…


Friday, April 24, 2009 0 comments

:: alhamdulillah...habis juga akhirnya..::

Tepat jam 4.30 petang tadi, berakhir juga final exam bagi kertas bahasa arab3 ini bermakna berakhir lah final exam bagi semester 2 selama 2minggu..dan, ini juga bermaksud berakhir juga lah kehidupan sebagai pelajar tamhidi perakaunan dan muamalat,usim sesi 2008/2009… Alhamdulillah… setelah berhempas pulas ulangkaji pelajaran sebanyak 7subjek, akhirnya tamat juga final exam.. tapi berakhir kehidupanku sebagai pelajar tamhidi bukanlah bermaksud berakhir segala-galanya.. perjuangan masih belum selesai.. Insyaallah bulan Jun ini aku akan melangkah kembali ke usim sebagai Sarjana Muda pula, aku juga akan meninggalkan kolej kediaman Camellia Court pada hari Sabtu ni and pulang bercuti di kampung halamanku di kuala Terengganu.. Dah xsabar rasanye nak balik rumah,lamenye xbalik umah..kalau ikutkan hati nak balik Terengganu esok je,tapi nak buat camne…esok ade gathering bagi budak2 tamhidi perakaunan& muamalat..kitorang kena pergilah..kalau xpergi,bila lagi nak jumpa coz nanti bile dh masuk degree masing2 dh bawak haluan masing2…
Thursday, April 2, 2009 0 comments

APRIL FOOL???????

sambutan April fool tidak asing lagi di kalangan remaja..tidak kira sama ada org islam dan bukan islam..Wajarkah sambutan ini sebenarnya?? Rasanya masih belum terlambat untuk membincangkan hal ini pada tanggal 2 april ini...
“APRIL FOOL!” Wajarkah ia diraikan oleh umat Islam? Apakah rahsia di sebalik “event” ini? Setiap kali 1hb April, sesetengah orang kita yang begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini,adalah dipercayai bahawa ia mula-mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol,kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.Penduduk-penduduk Muslimin ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang beralabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan satu tipu muslihat,telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang telah dimaksudkan. Setelah berpuas hati,mereka membuat persiapan untuk bertolak.

keesokkan harinya (1hb April),mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat menaiki kapal itu kerana semuanya telah musnah dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki,perempuan,serta anak-anak kecil,tua,muda,ibu yang mengandung dan yang kurang upaya.Peristiwa tumpahan darah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera-tentera Kristian.Mereka berpesta dan meminum arak meraikan kemenangan mereka.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga diseluruh pelusuk dunia sebagai April Fool's Day.Yang menyedihkannya,ada juga dikalangan umat Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari yang mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.Cukup memalukan.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
 
;