Wednesday, December 23, 2015 0 comments

cintaku itu hanyalah cinta PALSU??

Bismillahirrahmanirrahim..setelah lama tidak bertemu di alam maya, Alhamdulillah diberi juga kesempatan untuk menulis hari ini..




My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers 
All for You..
And I SWEAR that I will NEVER put anyone
Or anything BEFORE YOU
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers
All for You..

[ I Love You So by Maher Zain]





Sunday, January 13, 2013 0 comments

Insan Istimewa

بسم الله الرحمن الرحيم

Post ini ditujukan buat adik-adik yang ku sayang kerana Allah..
Teringat daku di saat awal perkenalan kita
Bermacam-macam perasaan bermain di jiwa ku 
Terasa gembira, berdebar, gusar dan macam-macam lagi
Gembira kerana berpeluang mengenali dirimu,
Gembira juga kerana berpeluang menyampaikan mutiara-mutiara buat mu
Gembira juga kerana meneruskan perjalanan Rasulullah
Berdebar dan gusar kerana merasakan diri ini serba kekurangan
Juga kerana risau seandainya diri ini tidak mampu untuk menggalas amanah yang besar ini,
Amanah untuk membina umat Nabi Muhammad agar turut menelusuri jalan yang dilalui oleh Baginda.

Sepanjang perkenalan ini, banyak yang dapat ku pelajari darimu ukhti..
Aku dapat belajar erti bersabar, erti berlapang dada, erti kehidupan..
Di saat ku terasa lemah, dirimu lah yang memotivasikan diri ku agar lebih kuat,
Diri mu jua lah yang banyak menginsafkan diriku dari segala kekhilafan

Kini detik pertemuan kita yang singkat di sini makin hampir ke penghujungnya.. 
Namun ku akur pada hakikat setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Ku ingin diri mu mengerti bahawa dirimu sangat istimewa untukku
Kerana dirimu telah banyak mengajar ku erti kehidupan

Terima kasih  Mutarobbiku, 
Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau menghadirkan insan istimewa ini untuk ku

Buat Mutarobbi ku yang ku sayangi,
Doaku moga dirimu terus istiqamah dan thabat di jalan ini,
Dikau adalah penyambung mutiara perjuangan Rasulullah
Jangan pernah gentar, jangan pernah rasa goyah di jalan ini
Yakinlah jalan ini adalah jalan yang benar!
Di saat kau terasa lemah, singkap lah kembali perjalanan hidup Rasulullah
Ujian yang Baginda dan para sahabat lalui memang langsung tak dapat kita bandingkan dengan ujian yang kita lalui!

Ukhti, moga kita bisa dipertemukan lagi pada masa akan datang..
Andai akan datang kita tidak bisa bertemu di dunia hakiki,
Moga kita bertemu dalam mimpi, 
Andai kita tidak bisa dipertemukan di dalam mimpi indah,
Moga kita terus bertemu di dalam rabitah,
Andai tidak bisa juga memadailah jika kita bertemu di Syurga kelak .. 
Teringin berpimpin tangan dengan mu sambil menuju Syurga-Nya 


"Kita laungkan Allahu Akbar, Allah Maha Besar, 
Seiring Sehaluan SATU CITA dan IMPIAN,
Susah dan senang kita harungi bersama,
Bertemu berpisah kerana ALLAH.."   
[Seiring Sehaluan by UNIC]  

Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati, 
Tetapkanlah hatiku dengan agamaMu serta ketaatan kepadaMu...
Saturday, September 15, 2012 0 comments

Tetamu itu..

Apabila tetamu itu datang bertandang,
Seringkali hati ini menyambutnya dengan keluh kesah..
Sering juga dirasakan kedatangannya 
Merupakan satu bebanan yang berat,
Malah, andai diri ini bisa diberikan pilihan,
Sudah tentu diri ini tidak bisa bertemu dengannya,

Kadang-kadang  tertanya,
Kenapa gerangan tetamu itu juga yang datang menemui ku?
Kenapa tidak pada orang lain?.
Di saat ia tiba menemui diri ini, terasakan diri ini terlalu lemah dan tak berdaya.. 
Sehingga titis-titis air jernih itu tanpa segan silu  terus menitis..

Namun, ketika itu juga ayat-ayat cinta darinya terus menjawab segala-galanya..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" [2:286]

Sungguh, DIA sangat mengerti dan memahami hamba-hambaNya, 
kerana di saat hamba-Nya berkata kenapa tetamu bertandang kepada hambaNya itu sahaja,
DIA telah pun sediakan jawapannya 
bahawa tetamu itu hanya akan mendatangi orang yang mampu berhadapan dengannya sahaja,
bukan orang yang tidak mampu untuk menghadapi.

ya..benar.. Tetamu yang sering tidak dialu-alukan itu adalah UJIAN 
Ujian hanya pada mereka yang mampu memikulnya sahaja
setiap orang didatangkan ujian yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing..
jadi adakah kita akan terus persoalkan kenapa kita diuji sebegini,
 kenapa mereka tidak dapat rasakan seperti yang kita rasa?
  
DIA juga menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? " [29:2]

Sebenarnya tetamu itu didatangi menemui kita 
untuk tingkatkan darjat kita di sisi-Nya,
Namun, segala-galanya juga bergantung kepada diri kita,
bagaimana kita menghadapi serta melayan tetamu tersebut.





Bicara hati:
  • lemah kan diri kita?? di saat kita diuji, terus kita terasa keluh kesah, kita rasa lemah, malah kadang-kadang kita rasa seolah-olah kita tidak mampu berdiri dengan sendiri, tapi kita rasa sangat memerlukan tempat untuk kita bergantung.
  • Di saat itu juga kita tercari-cari si DIA. Cuba kita fikirkan, di saat kita tidak ditimpa dengan ujian yang hebat adakah si DIA juga akan kita cari sepertimana di saat kita di datangi ujian??
  • So, ingatlah DIA di saat kita senang&susah.
  • Bersangka baiklah dengan DIA dalam setiap perkara kerana setiap sesuatu yang DIA berikan kepada kita pasti terselit hikmahnya.
  • Ingatlah, betapa banyak nya nikmat yang telah DIA kurniakan kepada kita sehingga kita sendiri tak terdaya untuk menghitungnya



Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati, 
Tetapkanlah hatiku dengan agamaMu serta ketaatan kepadaMu...


Tuesday, March 6, 2012 2 comments

saya sayang sangat kat awak!


بسم الله الرحمن الرحيم..
Assalamu’alaikum..apa khabar semua? Bagaimana iman? Bagaimana hati? Sihat kah? Moga-moga sihat laa ye.. Errmm..rasanya macam dah lama xpost pape kt sini.. nak kata tak sempat, betul ke tak sempat ea?? Pape pun, ni laa post pertama saya untuk semester ni.. Owh, rupanya sudah 6 semester ku bergelar pelajar sarjana muda pentadbiran muamalat di USiM ni.. [errk…dah jadi yg plg senior laa ye kt fakulti..yelaa budak2 tahun 4 tengah ber “LI”..bila dah jadi senior=org tua  lebih pengalaman sikit je J, kenalah lebih matang dalam semua perkara kan.. InsyaAllah!]

Hmm..panjang laa plak muqaddimahnya.. Wah..Post kali ni, tajuknya agak……. Opss..belum baca, belum tahu kan? So, jangan cepat-cepat buat prejudgement.. macam omputeh kata laa.. “Don’t judge a book by its title cover” kan.. So, mehlaa baca..

Awak…
Awak tahu tak saya sayang sangat kat awak??
Awak tahu tak awak sangat special bagi saya??
Saya masih ingat lagi detik pertemuan kita yang pertama..
Sangat manis, sangat indah..
Kita bertemu di tempat yang sangat special..
Tempat yang saya tak pernah jumpa kawan-kawan yang sebelum ni pernah rapat dengan saya..
Sebab tu saya kata awak special.. sebab kita sama-sama mencari-cari sesuatu yang bukan semua orang nak cari.. Even tempat yang kita bertemu tu pun orang lain jarang pergi tau!
Malah, orang lain pun pelik kenapa lah kita pergi kat situ... aissh...banyak lagi tempat lain kot.. adeh!

Awak..
Saya tak sangka tau, pertemuan pertama kita tu menemukan kita kembali malah sampai sekarang saya bersama awak,
Sampai orang lain pun pelik macam mana kita boleh rapat.. tempat tinggal tak sama, sekolah tak sama.. macam-macam laa yang tak sama.. tapi, kita boleh aje rapat macam orang lain..
Tapi kan awak, saya rasa macam tak perlu pun pelik.. sebab sebelum kita kenal, kita memang dah telah diikat dengan ikatan satu aqidah, ikatan itu sebenarnya lebih kuat dari ikatan darah..

Awak..
Pertemuan kita yang pertama itulah yang telah mengikat hati-hati kita,
Di pertemuan pertama kita itulah kita telah memilih dan telah tentukan sesuatu dalam hidup kita,
Awak ingat tak, di situ kita dah tahu, kita dah faham matlamat kita sama,
Kita dah tahu kenapa kita kat dunia ni,
Lepas tu, kita pun pilih untuk berada di “sini”,
Di “landasan” ini, di “jalan” ini untuk sama-sama capai matlamat yang satu,
Matlamat ni teramatlah besar bagi kita manusia yang sangat kerdil ni,
Kita sama-sama berusaha mencari, mengejar serta menggapai matlamat itu,
Kita cuba untuk meraihnya..

Namun..
Kadang-kadang, dalam perjalanan meraih matlamat itu,
Kadang-kadang awak letih..
Saya pun sama.. kadang-kadang saya terjatuh..
Bila saya terjatuh, awak cepat-cepat bantu saya bangun kembali..
Ya!! Saya sangat gembira sebab bila saya terjatuh, ada orang tolong bantu saya,
Bila awak tertidur, saya tolong kejutkan awak, bila saya lemah, awak tolong kuatkan saya,
Bila awak malas, saya ingatkan awak tentang matlamat kita..
Wah.. awak tahu tak, betapa istimewanya hubungan kita..
Yelaa, bukan semua orang tau yang sanggup nak jaga kita..
Sebab tu saya kata sayang awak tau..

Awak..
Disebabkan rasa sayang saya pada awaklah,
Saya rasa saya perlu untuk tegur awak kalau ada kesilapan yang awak lakukan,
Sebab saya pun nak awak tegur saya, betulkan kesilapan saya..
Saya tak kisah kalau awak bosan dengar leteran atau teguran saya,
Sebab saya sentiasa berharap agar kekhilafan dan kesilapan itu akan hilang dan lari sebab bosan dengar teguran dan leteran itu,
Kita sama-sama hamba-Nya yang lemah, sering lakukan kesilapan..
Sebab itulah kita perlu saling kuat dan menguatkan..

Awak...
Saya nak kita sentiasa sama-sama beriringan dalam mencapai matlamat kita yang satu,
Iaitu untuk mencapai “Mardhatillah”
Saya nak awak sentiasa bersama-sama meneruskan perjalanan panjang kita
Di jalan dakwah ini,
Saya tak nak saya ataupun awak yang tersasar dari jalan ini,
Kalau saya buat sesuatu yang menyebabkan saya tersasar dari jalan ini,
Saya nak awak tarik saya balik ke jalan ini..
Saya tak nak jauh dari awak..
Saya tak nak awak jauh dari saya..
Saya tak nak kita bersama-sama kat dunia ni je..
Tapi.. Saya nak berpimpin tangan dengan awak hingga ke Syurga..
Sebab saya sayangkan awak kerana Allah..

Nota kaki : sangat bersyukur kerana DIA memberi peluang kepada saya untuk mengenali nikmat ukhuwah.. tau tak, DIA sangat sayangkan kita!! J Sebab tu dia hantarkan “AWAK” (akhawat) untuk menjaga saya,untuk  ingatkan saya tau.. Kalau DIA tak sayangkan saya, Kalau DIA tak sayangkan kita, mesti dibiarkan kita terus hanyut dan lalai kat dunia yang hanya sementara ini.. Wallahu a’lam..

02.40 am, 06032012
-KKSI, Putra Nilai-

Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati, 
Tetapkanlah hatiku dengan agamaMu serta ketaatan kepadaMu...

 
;