Saturday, June 4, 2011 0 comments

Taubat di Pinggiran Hati



Ermm..ketika tengah asyik mengembara di alam maya, tiba-t
iba tergerak hatiku untuk membaca satu artikel dari laman iluvislam.com.. Setelah membacanya, hatiku tiba-tiba terasa sayu, kerana kadang-kadang kita merasakan seolah-olah kita melalui hari-hari tanpa melakukan sebarang dosa tanpa kita sedari kita sendiri telah melakukan dosa itu, dan adakah kita telah bermuhasabah diri dan memohon taubat yang sebenar-benar taubat darinya? Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk bermuhasabah perbuatan ku hari ini.. di sini ingin ku kongsikan artikel tersebut..:

Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? Dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?

Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.

Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, "ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus", seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita?

Lalu kita terus mengikuti dosa dengan dosa, sedangkan Rasulullah berpesan:

"Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmidzi)

Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.

Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa, agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat ia memasuki hati. Namun, dalam satu sudut yang lain, tidak harus kita berangan-angan akan Rahmat Allah lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita memujuk hati dengan mengatakan, "Allah itu kan Maha Pengampun, jadi tak ada masalah berbuat dosa berkali-kali." Anggapan yang sebegini akan menjerumuskan kita lebih jauh ke dalam lembah kemaksiatan sehingga semakin sukar untuk kita kembali.

Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.

Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na'udzubillah!

"Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah."

(An-Nisaa': Ayat 27-28)

Tajuk: Epilog Silam

Munsyid : Haikal

Dalam Mengenang Kisah Hidup Silam

Ku Sedar Dari Kesilapan Lalu

Tuhan Beratnya Dosa Dosaku

Masihkah Ada Ampunan Buatku

Tuhan Dalam Menempuh Hidup Ini

Banyaknya Dugaan Datang Menguji

Tuhan Ada Yang Dapatku Gagahi

Dan Ada Yang Gagalku Hindari

Tuhan Dosaku Menggunung Tinggi

Tapi Taubatku Takku Tepati

Tuhan RahmatMu Melangit Luas

Terlalu Sedikitku Bersyukur

Kiniku Kembali PadaMu

Mengharap Maghfirah DariMu

Mogakan Terampunlah Dosa Dosaku

Biarpun Ujian Melanda

Ku Tetap Berkasih PadaMu

Kernaku Yakin KasihMu

Kekal Tiada Sudahnya





“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”
Thursday, June 2, 2011 0 comments

Dakwah Fardiah [DF]

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang dan kesempatan untukku terus menulis dan berkongsi sedikit input yang dapat ketika daurah bina iman selepas exam hari tu . Sebenarnya ikut planning asal nak post pasal sirah atau sahabat, tapi bila tengok post Kak Hanifah pasal DF di 61:14 rasa nak berkongsi and nak bagi sedikit penambahan melalui pembacaan buku ini sebelum ni..


Suka untuk saya berkongsi satu ayat yang ditulis di bahagian kata pengantar buku ini:

“ Setiap mereka yang melaksanakan DF hendaklah menentukan tempoh masa tertentu untuk dia membawa seorang mad’u ke jalan dakwah. Dia hendaklah berfikir, tekun dan menggunakan sepenuh tenaganya untuk menjayakannya. Dia hendaklah menganggapnya sebagai ujian bagi dirinya.. Kejayaan dakwah fardiah yang dilakukan bermakna dia telah berjaya menambah bilangan pekerja Islam, pembawa panji-panji jihad di jalan Allah, bermakna dakwah dapat disebarkan dengan cepat, bermakna meramaikan bilangan muslimin (betul-betul muslim), dan memperkuatkan kekuatan mereka, bermakna kita telah mara ke hadapan untuk merealisasikan cita-cita muslimin…..” [ kata pengantar dari : Pusat Kajian dan Pelajaran Islam (Majalah Ad- Dakwah) ]


Mungkin kita semua dapat bermuhasabah melalui kata pengantar tersebut bahawa seorang da’ie seharusnya menentukan, menetapkan atau dalam erti kata lain mempunyai target untuk berapa lama tempoh masa yang akan kita gunakan ketika men“DF” kan mad’u kita. Dan jika kita mempunyai target bagi sesuatu perkara, sudah tentu kita akan cuba dengan sedaya upayanya untuk mencapai target tersebut. Sebelum ini saya juga pernah tertanya-tanya adakah kita sepatutnya mempunyai tempoh tertentu bagi melaksanakan DF dan berkesankanh DF kita pada orang yang di“DF”kan itu. Kata-kata di atas turut menyentuh bagaimanakah kejayaan sebenarnya DF itu, iaitu apabila seorang da’ie itu telah berjaya menambahkan bilangan pekerja Islam yang mana maksudnya seorang da’ie itu telah berjaya membina mad’u itu sehingga mereka mendapatkan kefahaman yang sepenuhnya terhadap Islam, malahan turut bersama-sama menyampaikan dakwah kepada orang lain juga.

Dalam buku ini, Mustafa Masyhur membincangkan mengenai 2 aspek iaitu:

1. Uslub dan marhalah DF

2. Keistimewaan DF & ciri-ciri para da’ie yg melaksanakannya.

Dalam post yang sebelum ini kak Hanifah dah berkongsi mengenai 7 marhalah DF, so..saya hanya nak share mengenai Keistimewaan DF& ciri-ciri para da’ie. Antara keistimewaan DF yang disampaikan oleh Mustafa Masyhur dalam buku ini ialah:

1. Mewujudkan ikatan dan hubungan antara da’ie dan mad’u dan ia berbeza berbanding dakwah ‘ammah yang tidak dapat mewujudkan hubungan secara langsung antara da’ie + mad’u.

2. Memberikan pengalaman & pelaksanaanya melakukan dakwah secara praktikal.

3. Bekalkan da’ie: hasil & bekalan untuk melaksanakan tugas dakwah.

4. Mendorong para da’ie menjadi contoh teladan.

5. Memberi kesempatan kepada mad’u bagi meminta penjelasan tentang sesuatu kekeliruan & hapuskan keraguan dlm diri bagi menyempurnakan pembentukan dirinya.

6. Hasil DF mampu mencapai angka yang berlipat ganda dalam masa yang singkat. Mcm MLM

Seterusnya adalah antara ciri-ciri penting buat seorang da’ie:

1. Ikhlaskan niat kerana Allah

2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yg dipikul

3. Laksanakan tugas dengan bijaksana

4. Sikap: ramah mesra, akhlak yang baik, tidak cepat marah....dll

5. Faham cara hidup & budaya mad’u

6. Belajar & faham sirah Rasulullah à jadikan sebagai bekalan. [habiskan RM cepat2 ye!! J]

7. Hafaz Al-Quran à jadikan sebagai dalil dalam kerja dakwah.

8. Setiap perbualan+perbincangan, unsur logik akal dipandukan dengan unsur perasaan untuk membangkitkn unsur perasaan dan kejiwaan.

Wallahua’lam.. Moga-moga menjadi panduan dan bermanfaat untuk kita semua.. J

Berebut dengan ati & muni buku ni sebab tinggal 1 je lagi masa kat“LATIHAN DAKWAH INTERAKTIF” di Masjid Ladang.. Akhirnya, kami mengalah pada ati yang dah nak balik Kemaman, pastu kami pegi cari sendiri kat kedai pakcik Asmadi lepas hbs program.. ^_^

sekarang sedang mencari buku “Tips menjadi Murabbi Success”, and akan beli buku “How to Win Friends and Influence people”


“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”
Saturday, May 21, 2011 0 comments

.: I'dad Ijazah :.


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, akhirnya berakhir juga fatrah imtihan setelah beberapa minggu berhempas pulas mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ini. Namun, dalam kesibukan masing-masing cuba untuk dapatkan yang terbaik dalam final exam ini, InsyaAllah, tidak akan dilupakan tujuan sebenar hidup ini.. Bukan semata-mata untuk mendapatkan kejayaan di dunia sahaja, malahan kejayaan di akhirat juga kerana kejayaan di dunia itu sebagai satu 'alat' untuk mencapai kejayaan di akhirat kelak. InsyaAllah..
Setelah berakhir exam, majoriti dari kalangan mahasiswa/i kalau boleh nak balik ke kampung halaman secepat mungkin. Namun, kami ketika itu kami masih setia di Nilai, untuk mengikuti program Rehlah Jom Jalan-Jalan pada 14 - 15 Mei yang diadakan di Bagan Lalang sebagai persediaan kami sebelum pulang ke kampung. Actually, for me.. rehlah ini juga sebagai satu wasilah untuk kami semua "recharge" our 'IMAN' yang kemungkinannya semakin lemah dek kesibukan masing2 dengan ulangkaji pelajaran dan kadangkala terleka bagi menunaikan hak kepada nya. Banyak games dan aktiviti yang diadakan sepanjang rehlah 3J ini, antaranya BBQ, Explorace, Pengisian Tarbiyyah Dzatiyyah by Kak Nida, Tayangan Video dan sebagainya. [kupasan bg slot2 ini akan di post kan pada post yang akan datang]. Kami juga diberi beberapa tugasan sepanjang program ini termasuk hafal hadith 1..


Setelah selesai rehlah 3J pada 14&15 Mei 2011, kami menyambung lagi I'dad Ijazah @ 'Utlah kami dengan berdaurah pada 16-20 Mei 2011 yang bertempat di rumah Kak Nida di Nilai Impian. Antara pengisian bagi Daurah Bina Iman ini adalah mengenai Sirah Rasulullah + Sahabat, Hadith 12 & 13, Syahadah dan Tuntutannya, Manusia dan Kebenaran, Baitul Muslim, Dakwah Fardiah, Ziarah Tokoh.

InsyaAllah, akan ada entri yang akan mengupas slot2 yang kami ikuti sepanjang daurah bina iman ini dan Alhamdulillah,banyak yang dapat kami jadikan bekalan dan pedoman daripada setiap slot dalam daurah ini bagi menghadapi hari-hari yang mendatang di jalan yang sangat panjang ini. Wallahua'lam


[post kali ini adalah post yang sama dari blog baru kami iaitu: blog 61:14 ]




“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hatiku di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”

Sunday, April 17, 2011 0 comments

Cinta Dunia vs Cinta Akhirat

Hasan al-Basri r.hm. berkata: “tidaklah aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang yang tidak menggangap cinta dunia sebahagian dari dosa besar. Demi Allah! Sungguh orang yang mencintainya benar-benar termasuk dosa yang besar. Dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-cabang melainkan kerana mencintai dunia. Bukankah punca menyembah patung serta menderhakai al-Rahman adalah kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?” (Mawa’izh al-imam hasan al-basri, hal 138)


Al-imam sufyan al-tsauri r.hm. berkata: “telah sampai kepadaku bahawasanya akan datang satu masa kepada umat manusia di mana pada masa itu semua hati-hati manusia dipenuhi oleh kecintaan terhadap dunia, sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah s.w.t. Dan itu dapat engkau ketahui apabila engkau telah memnuhi sebuah bakul kulit dengan sesuatu hingga penuh, kemudian engkau cuba memasukkan barang lain ke dalamnya namun engkau tidak mendapati ruang untuknya lagi.”


Beliau berkata lagi : “sesungguhnya aku benar-benar dapat mengenali kecintaan seseorang terhadap dunia berdasarkan cara penghormatannya terhadap ahli dunia.” (Mawa’izh al-imam sufyan al-tsauri, hal 120)


Sifat orang cinta dunia
1. Tamak terhadap sesuatu
2. Tidak memberi peluang kepada orang lain
3. Suka salahkan orang apabila gagal
4. Menghalalkan segala cara dalam mencari rezeki
5. Sibuk dengan urusan dunia hingga melupakan akhirat
6. Tidak memiliki pendirian yang kuat dalam mencari kebenaran

Cinta akhirat
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi sesiapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Riwayat al-Tirmizi)


Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang menghendaki keuntungandi akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (Surah al-Syura 42:20)


Mereka yang cinta akhirat diberi kemudahan menikmati dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu. Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya dan hanya kepadanya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (Surah al-Mulk 67:15)

Untung cinta akhirat
1. Siapa yang beramal untuk akhiratnya, Allah akan mencukupkan dunianya.
2. Siapa yang memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia lain.
3. Siapa yang memperbaiki keadaan batinnya, Allah akan memperbaiki keadaan lahirnya.
4. Siapa yang menjadikan aktivitinya untuk akhirat, maka tidak akan lewat satu haripun melainkan dia akan kembali

Orang yang ingat akhirat
1. Tidak melihat urusan dunia kecuali dia akan mengaitkan dengan akhirat
2. Tidak berkumpul dengan keluarganya kecuali membayangkan akan berkumpul bersama penduduk syurga
3. Tidak mengenakan pakaian kecuali teringat akan pakaian sutera milik penghuni syurga
4. Tidak menyeberangi sebuah jambatan kecuali teringat akan titian sirat di atas neraka
5. Tidak mendengar suara yang kuat melainkan mengingatkannya akan tiupan sangkakala
6. Tidak pernah berbicara tentang suatu perkara, melainkan ada kaitannya dengan akhirat

Sumber : majalah solusi isu 18 hal 13

 
;