
" Salam.. SPMM akan menganjurkan konvensyen pendakwah muda peringkat kebangsaan bermula dari 23/11-25/11 yang melibatkan seluruh ipt dan seramai 1000 orang peserta dan urusetia terlibat. Sesiapa yang berminat untuk menjadi AJK program, sila berikan nama penuh, no. i/c, no. fon,no matrik dan nama fakulti pada Saadah...."
begitulah mesej yang bertarikh 12 September 2009 yang telah diterima daripada Kak Saadah. Setelah mendapat mesej tersebut, aku terfikir-fikir dan cuba untuk buat keputusan adakah aku mampu untuk turut bersama-sama menjayakan program ni? yelaa...final exam bagi semester1 ni bermula pada 4/11/09 dan berakhir pada 11/11/09..jauh tu jarak masanya..akal fikiranku asyik berperang dengan suara hatiku yang bersetuju untuk mengikuti program ini kerana aku telah mengetahui bahawa pembentang-pembentang yang dijemput sepanjang program ini merupakan orang yang hebat-hebat belaka. Lagipun, tak rugi sekiranya aku mengikuti program ini kerana dalam usaha aku turut bersama menjayakan program ini, aku akan turut mendapat ilmu yang bermanfaat dan berguna daripada apa yang disampaikan melalui Wacana, Forum dan tidak ketinggalan juga sesi ESQ. Akhirnya aku bersetuju dengan tawaran tersebut malah turut mengajak 4 orang sahabat-sahabatku untuk menyertai program ini agar mereka turut sama-sama mendapat manfaat daripada program tersebut.
Setelah berhempas pulas bagi menghadapi final exam bagi semester1 ini,satu pertemuan telah diadakan pada 19/11/09 bagi semua urusetia dan AJK pelaksana untuk menerangkan serba sedikit tentang program yang bakal dijalankan agar program berjalan dengan lancar serta turut membantu menyiapkan kerja-kerja yang masih belum dapat disiapkan. Akhirnya,tanggal 22/11/09 tiba lah jua saat yang dinanti-nantikan tersebut iaitu ketibaan para peserta dari pelbagai IPT di seluruh pelusuk negara ini. Di situ aku dapat melihat peserta-peserta yang menyertai wehdah '09 ini merupakan peserta-peserta yang mantop-mantop semuanya.. terasa seakan diri ini sangatlah kerdil di hadapan mereka. Tapi, walau macam mana pun, semua ini harus diteruskan..pada malm tersebut sesi taklimat bgi semua peserta dan urusetia diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3&4 (DKP3&4) disebabkan oleh bilangan peserta yang dikatakan mencecah 800 orang. keesokan harinya program dimulakan dengan ucaptama dan diikuti dengan wacana1 yang bertemakan " Sikap Sosial" di mana tajuk perbincangannya merupakan 1. kesedaran berdakwah..2. Mehnah & Tribulasi Dakwah..3. Persiapan para pendakwah muda. manakala bagi wacana2 pula tema nya adalah "strategi Dakwah" di mana tajuk perbincangannya adalah 1. Rsulullah sebagai suri teladan: Manhaj & Strategi Dakwah Rasulullah.. 2. Dakwah kontemporari/ dakwah bil hal : penulisan dan media massa...3. kesatuan dalm usaha gerakan dakwah. Alhamdulillah, kedua-dua sesi wacana ini aku dapat mengikutinya dengan baik. banyak input-input yang bermanfaat dapat diambil daripada kupasan-kupasan perbincangan yang dibentangkan oleh para pembentang. hanya 2sesi ini sahajalah yang aku dapat mengikuti sepenuhnya..tetapi aku tidak dapat mengikuti sesi Forum,ESQ 165, Bengkel, Wacana Khas sepenuhnya disebabkan oleh ada lagi tanggungjawab lain yang terpaksa aku pikul. aku rasa agak terkilan disebabkan oleh tidak dapat mengikuti sesi-sesi tersebut kerana pada mulanya niatku dan semangat aku agak berkobar-kobar dan terlalu excited untuk mengikuti semua sesi tersebut..tetapi disebabkan oleh perkara yang tak dapat dielakkan, aku tidak dapat mengikutinya.. Sedih betul...Namun begitu, Alhamdulillah...banyak juga yang aku dapat pengajaran secara tidak langsung sepanjang pelaksanaan program ini iaitu:
1. ukhuwah...2.kesabaran...3.Tanggungjawab...4. kerjasama... dan banyak lagi lah... aku juga banyak belajar mengenai pelbagai ragam manusia yang sebelum ini belum pernah aku lihat pada nya tetapi ditunjukkan pada waktu-waktu tertentu..tapi itu semua dapat aku jadikan pedoman dalam menempuhi hari-hari yang bakal ditempuhi pada masa depan kerana pengalaman lah yang mengajar erti hidup ini. Akhir kata...mohon maaf kepada semua urusetia dan ajk pelaksana program wehdah 09 seandainya diri ini telah melakukan kesilapan secara langsung atau tidak langsung sebelum,sepanjang dan selepas program berlangsung... 'Buang yang keruh, ambiklah yang jernih" dan apa yang baik itu kita jadikan sebagai teladan dan yang buruk itu sebagai sempadan..seandainya terdapat kesalahan daripada pihak-pihak tertentu, sama-salah kita bermaaf-maafan...janganlah kita menyalahkan di antara satu sama lain kerana kita semua dalam satu team..sama-sama memikul tugas dalam berdakwah...Wallahua'lam....
disebalik tabir: bersama-sama menyiapkan kerja yang masih belum selesai... :-)


0 comments:
Post a Comment