Sunday, November 29, 2009

.: Salam aidiladha :.





maksudnya:
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syari`atkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat.

Selamat menyambut hari raya aidil adha kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, ibadah Qurban yang dijalankan pada hari raya aidiladha dapat mengingatkan kita terhadap sejarah pengorbanan nabi Ibrahim a.s yang taat kepada perintah Allah S.W.T yang memerintahkan baginda menyembelih anak kesayangan baginda iaitu nabi Ismail a.s. Walaupun baginda sedih untuk melaksanakannya, tetapi perintah Allah mesti dilaksanakan malah Nabi Ismail a.s sendiri turut merelakannya setelah mengetahui itu adalah perintah daripada Allah S.W.T. Subhanallah!! begitu hebat ketaatan baginda terhadap perintah dan suruhan Allah. Adakah kita sebagai hamba Allah dapat mencapai ketaatan terhadap Allah sebegini rupa...fikir-fikirkanlah...

Ibadah Qurban sebenarnya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T malah ia juga salah satu daripada tanda kesyukuran kita terhadap Allah. Disebabkan itulah, famili ku xpernah terlepas daripada menjalankan ibadah ini pada setiap tahun. Kelmarin kami telah menjalankan ibadah Qurban di kampung umi ku di Kg. Batu 6, Kuala Terengganu...setelah selesai sembelihan,kami membahagikan daging2 tersebut kepada orng yang septutnya...manakala hari ini pula di SRI Al-Amin KT...petang ini tugasku bersama adik-adik untuk menghantar ke rumah orang seperti yg disuruh oleh umi n abah...

0 comments:

 
;