Sunday, March 7, 2010

ED

Alhamdulillah, pada waktu tengah hari, sabtu 5 Mac 2010 kami telah berjaya mengikuti program Eksplorasi Du’at (ED) yang telah diadakan di DF. Bermula pada hari jumaat malam. Secara umumnya, banyak manfaat yang kami semua dapat melalui ED seperti tips2 untuk seimbangkan antara dakwah, akademik, aktiviti kokurikulum, serta kelab dan perstuan yang disampaikan oleh Farha, Munirah dan Kak Izyan pada hari jumaat malam dalam slot `Sharing is Caring’. Antara tips2 yang diberi ialah kita kena tau dulu kemampuan kita sendiri, time management kena betul, kalau kita pernah menghadapi kegagalan, jangan putus asa, tapi kena cepat2 bangkit semula, dan yang paling penting hubungan kita dengan Allah kena jaga dan banyak lagi tips yang diberikan. Pada malam itu juga kami disajikan dengan tayangan movie Sang Murabbi yang menceritakan mengenai Ustaz Rahmat yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam menjalankan dakwah walaupun pada mulanya Ustaz Rahmat juga pernah dikatakan sesat kerana method dakwah yang digunakannya tidak sama dengan cara yang digunakan oleh orang-orang sebelum ini. Tetapi beliau tidak mudah melatah, malah beliau bertemu dengan orang yang berkata begitu dan tunjukkan apa yang disampaikannya sebelum ini kepada orang ramai dan bertanya kepadanya adakah apa yang disampaikannya itu salah dan sesat maka terbuktilah apa yang disampaikan oleh beliau itu langsung tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Saya cukup tertarik melihat ustaz Rahmat berdakwah kepada sekumpulan pemuda yang minum arak itu. Caranya sangat halus dan tidak menimbulkan rasa marah mereka terhadap beliau. Begitulah, lain mad’u yang ingin kita berdakwah, lain cara yang patut kita gunakan dan banyak lagi pengajaran yang dapat menaikkan semangat para da’ie melalui cerita ini.

Pada hari terakhir pula, kami semua disediakan dengan banyak santapan rohani sehingga berakhirnya program iaitu pada mulanya kami diberikan pengisian yang disampaikan olah Kak Wardah yang bertajuk kepentingan tarbiyah yang menyentuh mengenai 3 persoalan kehidupan yang mana 3 persoalan inilah adalah menentukan cara hidup kita sendiri kerana jika kita tidak tahu jawapan yang sebenar-benarnya jawapan bagi persoalan ini kita mungkin tidak akan mencapai matlamat sebenar kita dijadikan. 3 persoalan tersebut adalah

1. Min aina??

2. limaza??

3. Ila aina??

Bagi jawapan min aina itu adalah kita datang dari Allah. Allah yang menjadikan kita daripada tanah seperti firman Allah dalam surah Al-Hajj:5 yang bermaksud:

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. “


Manakala bagi persoalan ke2 pula yang menyebut kenapa kita dijadikan? Jawapannya adalah kita dijadikan sebagai khalifah dan juga untuk beribadah kepadaNya seperti firman Allah dalam surah Az-Zaariyat: 56 dan surah Al-Baqarah:30 yang membawa maksud:


Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” 51:56

“ Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 2:30


Manakala persoalan ke3 pula adalah ke mana kita akan pergi@ kembali. Sudah tentulah jawapannya kita akan kembali kepada Allah seperti firmanNya dalam surah al-mu’minun:114-115.


“Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui . Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? 23:114-115.


Begitulah jawapan bagi 3persoalan kehidupan kita ini. Setelah selesai penyampaian daripada kak Wardah, tibalah acara kemuncak bagi program eksplorasi du’at ini iaitu eksplorace. Checkpoint bagi kumpulan kami adalah pondok pak guard --> pondok kosong--> belakang rumah DF --> taman permainan --> depan tasik nilam. Bila difikir2 kembali kenapa kami diberi task sebegitu rupa? Kenapa task itu tidak bermula dari DF dan terus berakhir di Tasik Nilam, tanpa perlu berpatah balik? Sebenarnya itulah perjalanan hidup kita sebagai seorang da’ie bukanlah mudah, malah dipenuhi dengan ujian-ujian dan cabaran-cabarannya tersendiri. Eksplorace ini juga sebenarnya mengenai 10 muwassofat tarbiyyah. Itulah antara sedikit sebanyak yang diperolehi dalam program Eksplorasi Du’at ini...Wallahua’lam.

0 comments:

 
;