Selamat menyambut maal hijrah buat seluruh umat Islam di dunia ini. Semoga dengan kedatangan tahun baru Islam ini,kita semua tanamkan azam baru dalam diri kita agar lebih baik dari tahun sebelum ini. Tapi, sebelum tu…sama-sama lah kita muhasabah diri kita adakah telah tercapai semua yang diazamkan sebelum ini? Kalau masih belum tercapai, kenal pasti dulu segala kelemahan yang membuatkan azam kita tidak tercapai agar tidak berulang kembali kerana
“ …..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri mengubah nasib mereka……” 13:11
Di sini kita dapat memahami bahawa untuk berubah atau untuk melakukan sesuatu, kita sebagai umat Islam tidak boleh semata-semata bertawakkal kepada Allah tanpa sebarang usaha sebaliknya kita seharusnya berusaha terlebih dahulu sebelum bertawakkal. Akhir kata, Salam Maal Hijrah 1431.. Semoga hari ini kita lebih baik dari semalam dan Esok pasti lebih baik dari hari ini… Wallahua’lam…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment