Pejam celik, pejam celik dah lebih kurang 2 bulan aku duduk kat rumah. Sepanjang cuti ni tak tau la ape yang aku buat..buat kerja rumah,kemas rumah,basuh kain,masak,main laptop,pergi sekolah ramai2…jumpe cikgu2…banyak jugak dapat nasihat dari cikgu2 sume..Jumpe kawan2 masa form5 dulu… dan pape jela lagi…. Masa cuti skolah plak pergi Pahang,Johor dan Melaka dengan family, rumah mak cik..actually, Johor tu lalu je..dari Pahang nak ke Melaka. Lalu r ikut Johor..tu je.. Masa kat Pahang tu ade buat BBQ,bess r jugak,dah lame xjumpe sepupu2,ni blh jumpe ramai2 of coz r bess..Rasa macam sekejap je masa berlalu…Esok dah nak balik usim, nampaknye adik2 ku ponteng skolah r esok,sabtu n ahad ni sebab nak pegi htr ku…lusa plak,Jumaat, 26 Jun 2009 dah kne daftar hostel dah..Lepas ni,bermula lah kehidupanku sebagai pelajar Tahun1 Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat Dengan Kepujian di Usim. Alhamdulillah…Semua persiapan nak masuk usim balik dah siap..medical checkup,bayar yuran,baju,barang-barang dah beres.. tapi, bersediakah mindaku untuk menempuh cabaran sebagai pelajar sarjana muda?? Sebahagian dari mindaku ini masih lagi belum bersedia sebab masih lagi ingin bercuti n nak duduk kat rumah lagi.. Sebahagian lagi dah tak sabar nak jumpe dengan kawan2.. Tifah,Siti,Intan,Kakyu,nenek n kawan2 yg laen..especially warga B3-3..Safa,ili,shepah n azie...lamenye kita xjumpe…Miss u all…Aku terfikir jugak adakah aku juga tergolong dalam kalangan manusia yang tak reti bersyukur?? Yelaa...masa mula2 cuti,rasa bosan,nak balik KKCC balik,duk ngan kawan2...Tapi,sekarang bila hampir detik itu...rasa macam tak puas lagi bercuti kat rumah..bile tanye kawan2 pun, majoriti yang xpuas lagi duk kat rumah..tapi,apakan daya,kawan2...kita kena hadapinya jugak..lagipun kita masuk usim ni nk blaja...so,perbetulkan niat kita dan buatlah yang terbaik kali ni ye...make sure ape yang kita buat hari ini adalah lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini...Insyaallah...
0 comments:
Post a Comment