Monday, January 5, 2009

Doa Iblis untuk para Malaikat...

DIRIWAYATKAN, bahawa malaikat Israfil a.s telah terbaca catatan di Luh Mahfuz tentang hamba Allah yang telah beramal ibadat kepada Allah Taala selama lapan puluh ribu tahun, tetapi ibadatnya itu titolak dan dia dilaknat oleh Allah S.W.T. Nama hamba Allah itu tidak dijelaskan dalam catatan tersebut. Oleh sebab itu, Israfil terlalu dukacita dan menangis kerana khuatirkan dirinya sendiri yang dimaksudkan dengan hamba Allah tersebut.

Para malaikat bertanya kepada Israfil untuk mengetahui kenapa dia menangis. Lalu Israfil menyatakan apa yang telah dilihatnya (dibacanya) di Luh Mahfuz itu. Para malaikat semuanya turut menangis. Masing-masing khuatir kalau-kalau keadaan yang amat malang itu akan berlaku ke atas diri mereka.

Dalam keadaan berdukacita itu, para malaikat itu tiba-tiba teringat kepada Izazil, hamba Allah yang terkenal dengan doanya yang paling mustajab. Lalu mereka mengambil keputusan untuk pergi meminta pertolongan kawan mereka yang bernama Izazil itu. Secara beramai-ramai mereka pergi menemui Izazil. Kepada Izazil mereka ceritakan masalah yang mereka hadapi itu dan seterusnya memnta Izazil berdoa supaya nasib yang malang itu tidak melibatkan mereka. Izazil pun berdoalan untuk para malaikat itu, tetapi terlupa hendak mendoakan dirinya sendiri.

Sebenarnya, Izazil sendiri pernah melihat satu surat di atas pintu syurga yang mengisahkan tentang seorang hamba Allah, diantara hamba-hamba Allah yang muqarrabin, yang enggan mematuhi satu perintah Allah S.W.T. Lalu Izazil mengutuk hamba Allah yang ingkar itu, selepas memohon keizinan untuk berbuat demikian daripada Allah S.W.T. Maka terlaknatlah hamba Allah itu selama seribu tahun. Tidak disangkanya, bahawa hamba Allah itu ialah dirinya sendiri.

Kedua-dua suratan yang tercatat di Luh Mahfuz dan di atas pintu syurga itu sebenarnya mengenai diri Izazil sendiri, iaitu apabila dia enggan mematuhi perintah Allah S.W.T supaya sujud keapda Adam a.s. Sejak itulah namanya diubah daripada "Izazil" kepada "Iblis". Dan seterusnya, Iblis atau Izazil ditolak dari pintu rahmat Allah S.W.T untuk selama-lamanya.


Wallahu a'lam...

0 comments:

 
;